Showing posts with label Cara Melabur Unit Trust. Show all posts
Showing posts with label Cara Melabur Unit Trust. Show all posts

Thursday, November 9, 2023

Tips Cara Melabur Dalam Unit Trust



Melabur dalam unit trust adalah satu cara yang popular untuk menyimpan duit dan melabur dalam pelbagai instrumen kewangan seperti saham, bon, dan harta tanah. Untuk melabur dalam unit trust, ikuti langkah-langkah berikut:


Tentukan Matlamat Pelaburan

Fikirkan mengenai matlamat pelaburan anda. Adakah anda ingin pertumbuhan jangka panjang atau pendapatan segera? Adakah anda bersedia mengambil risiko yang lebih tinggi untuk pulangan yang lebih besar, atau lebih suka risiko yang rendah?


Kenal Pasti Dana Unit Trust yang Sesuai

Selepas mengetahui matlamat pelaburan anda, cari dana unit trust yang sesuai dengan profil risiko dan matlamat anda. Terdapat pelbagai dana yang berbeza yang sesuai untuk pelbagai pelabur. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang dana-dana ini dari bank, syarikat pengurusan dana, atau ejen unit trust.


Pilih Syarikat Pengurusan Dana

Pilih syarikat pengurusan dana yang dipercayai dan berlesen untuk menguruskan pelaburan anda. Syarikat ini akan menguruskan dana unit trust dan membuat keputusan pelaburan. Pastikan anda memahami yuran dan kos yang berkaitan dengan pelaburan ini.


Buka Akaun Pelaburan

Anda perlu membuka akaun pelaburan dengan syarikat pengurusan dana yang dipilih. Anda mungkin perlu mengisi borang dan menyediakan maklumat peribadi serta dokumen-dokumen yang diperlukan.


Pilih Jenis Unit Trust

Pilih jenis unit trust yang anda mahu, seperti dana ekuiti (saham), dana bon, atau dana campuran. Anda juga boleh memilih untuk melabur dalam dana yang fokus pada industri tertentu atau kawasan geografi tertentu.


Melabur Dana Anda

Selepas akaun pelaburan anda dibuka, anda boleh memasukkan dana anda ke dalam unit trust yang dipilih. Anda boleh membuat pelaburan satu kali atau melabur secara berkala.


Pantau Pelaburan Anda

Pantau prestasi pelaburan anda secara berkala dan pastikan ia masih selaras dengan matlamat pelaburan anda. Anda boleh mendapatkan penyata pelaburan daripada syarikat pengurusan dana secara berkala.


Pelaburan Jangka Panjang

Ingatlah bahawa pelaburan dalam unit trust adalah untuk jangka panjang. Pasaran kewangan mungkin mengalami fluktuasi, jadi bersabarlah dan pertimbangkan untuk menyimpan pelaburan anda dalam tempoh yang lama.


Sebelum melabur dalam unit trust, adalah bijak untuk mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan atau pakar pelaburan yang berpengalaman untuk memastikan pelaburan anda sesuai dengan matlamat dan keperluan kewangan anda.

Wednesday, November 8, 2023

Kelebihan Unit Trust Berbanding Instrumen Kewangan Lain


Berikut adlah kelebihan yang ada dalam pelaburan unit trust:

Diversifikasi Risiko

Unit trust mengumpulkan dana dari pelbagai pelabur dan menguruskan pelaburan tersebut dalam pelbagai instrumen kewangan seperti saham, bon, hartanah, dan lain-lain. Ini memberikan pelabur peluang diversifikasi risiko, yang bermaksud pelabur tidak bergantung kepada satu aset tunggal. Diversifikasi boleh membantu mengurangkan risiko pelaburan.

Pengurusan Profesional

Unit trust diuruskan oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus pelaburan. Mereka membuat keputusan pelaburan berdasarkan analisis pasaran dan objektif pelaburan unit trust, yang boleh memberi peluang untuk pulangan yang lebih baik.

Kecairan

Unit trust biasanya boleh dibeli atau dijual pada harga tertentu setiap hari perdagangan, memberikan likuiditi kepada pelabur. Ini berbeza dengan beberapa instrumen kewangan yang mungkin memerlukan tempoh jangka panjang untuk membeli atau menjual.

Pelbagai Pilihan

Terdapat pelbagai jenis unit trust yang sesuai untuk pelbagai profil risiko dan objektif pelaburan. Ini termasuk unit trust ekuiti, unit trust pendapatan tetap, unit trust hartanah, dan lain-lain. Pelabur boleh memilih unit trust yang paling sesuai dengan keperluan dan matlamat mereka.

Pengurusan Kos

Kos pengurusan unit trust seringkali lebih rendah berbanding dengan kos untuk menguruskan pelaburan secara individu. Ini kerana kos dikongsi di antara pelabur yang menggunakan unit trust yang sama.

Akses kepada Pasaran Kewangan yang Luas 

Unit trust membolehkan pelabur mendapat akses kepada pelbagai pasaran kewangan dan instrumen kewangan yang mungkin sukar diakses secara individu.

Pemantauan dan Penyelenggaraan

Pengurus dana unit trust menguruskan pemantauan dan penyelenggaraan pelaburan, termasuk pembayaran dividen dan kupon. Ini memberi kemudahan kepada pelabur dan mengurangkan kerja yang perlu dilakukan secara individu.

Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa pelaburan dalam unit trust juga mempunyai risiko, dan prestasi unit trust boleh berubah-ubah mengikut prestasi pasaran kewangan. 

Oleh itu, sebelum melabur dalam unit trust, pelabur sepatutnya memahami risiko yang terlibat dan membuat penyelidikan yang teliti serta mendapat nasihat dari penasihat kewangan jika perlu.

Thursday, October 27, 2022

Cerita Tentang Kitaran Pasaran



Perjalanan saya selama lebih 17 tahun in unit trust ni tuan puan...

Saya dah jumpa macam macam cycle market....

Ada yang tengah meninggi, ada yang tengah menurun......
Bila menurun, pasti akan menaik , dont worry tuan puan...
Masa emosi tuan puan akan cukup bahagia.

Dan masa ni, saya dan assistant yang akan busy ...
Kami akan take action dari kenaikan..,,,
Ada yang kami switch profit....

Dan yang mana inform nak ambil cash, perlukan duit,,,
Kami beritahu option , untuk realised profit dengan jual.
Tahun 2020 dan 2021 tahun agak malang untuk saya...
Ada pelabur saya tak ada Public Mutual online, saya switch menggunakan forms...

Signature mereka berbeza, yelah ada yang dah invest 10 tahun.
Ada yang lebih 15 tahun...

Mana la boleh ingat sign mula mula invest kan...
Kesannya, Lesin saya digantung untuk sebulan each...

Dan mood saya masa tu jatuh merudum macam ni la tuan puan...
Digantung means, tak boleh buat apa transactions...

Tapi bila tengok clients untung, mood naik balik at maximum..

Ok kita sambung market cycle balik...
Lepas kenaikan, pasti akan jatuh...

Bila jatuh ni, akan memberi peluang pelabur baru, untuk nak buat investment....

Yang dah invest, kalau ada extra cash, tambah je...
Walopun previous investment less than 1-2 years negative ...
Yang penting, tuan puan., kawal emosi...
Buat pelaburan lagi....

Kalau guna akaun 1, lagi mudah...
Terus tambah every 3 months....

Tidak dinafikan, masa ni, maybe tuan puan akan rasa anxiety, or bimbang...
Perasaan takut, panic.......
Tapi tuan puan kena kawal emosi ni....

Be greedy when other people fearful..
Kena tamak sikit, time orang lain bimbang dan takut takut....
Principal ni tuan puan pegang in stock market, unit trust, etc.

Dan bila market naik lagi. tuan puan akan dapat dengan banyak...
Sebab beli dengan harga murah.......
Ambil peluang bila time cheap sales.....

Dan satu je saya nak pesan...
Bila panic tu, rileks je.....
Jangan sesekali jual time harga rendah....
Nak jual, tunggu kenaikan....

Kecuali tuan puan terdesak nak pakai cash...
Tu pon ada cara lagi, tuan puan ambil sikit sikit yang perlu sahaja...
Bila naik, untung, ambil semua.....

Dan again, tuan puan jaangan risau.....
Lepas kejatuhan, pasti ada kenaikan....
Sekarang ni, market China , Hongkong Tiawan macam 3 serangkai....
Jatuh bersama sama....

Dan lately, USA pon sama...
Jatuh together gether....sorrry cikgu english.

Yang penting, kawal emosi,
Dari frust akan akan ada hope, lega....dan optism...
Hati jadi gembira.....
Macam diagram kat bawah ni...
Tapi kena invest medium to long term....

Kalau tuan puan nak invest 10 juta pun dengan saya short term..
Saya takan ambil, sebab salah concept in unit trust...

Kalau long term, in sha Allah ok tuan puan....
Apapun, sama sama doakan ekonomi dunia, naik lepas ni.
Tak ada perang kat Ukraine Rusia....

Masa mula saya join dulu...berlakunya perang US - Iraq...
Masa tu, market local pon dropped.....
Then, start menaik...

Saya nak tunjuk performance untung banyak untuk long term tak boleh...

Sebab terikat dengan peraturan FIMM, tak boleh simply tunjuk pulangan...

Jika ada, saya kena gantung lagi...

Sure, kena gantung, mood saya akan menjunam level depression...😁

Nak start invest or tambah pelaburan, time harga rendah, boleh whatapps saya kat komen.

Shaari Anuar II

Perkongsian daripada GAM Shaari Anuar yang berpengalaman luas menguruskan portfolio pelaburan unit trust pelanggan beliau melebihi 100 juta.


Ahmad Hanizam

Wednesday, October 26, 2022

Layakkah Saya?



Ramai yang tanya nak invest akaun 1 ep£..

Nak tau berapa banyak boleh invest,

U all boleh kira macam ni...

Contohnya, umur u all 30 dan akaun 1 ada 50k

50,000 - 35,000 = 1,5000

Tapi tak boleh buat semua...

30% of 15 000

Bermakna, 15k x 0.30 = 4,500

Boleh invest setiap 3 bulan dengan pengiraan yang sama seperti di atas.

Siapa Sahaja Boleh Melabur



Baru selesai sesi sharing dengan salah seorang kakitangan kemas dari jb tentang benefit yang bakal diperolehi daripada melabur dalam unit trust.

Saya ceritakan di mana jika aset-aset yang dilaburkan itu naik nilainya, maka kenaikan ini akan diterjemahkan dengan kenaikan harga seunit unit trust.

Manfaat pertama ialah keuntungan modal apabila pelabur menjualnya semula dan khidmat nasihat ini akan saya berikan sebagai consultant beliau.

Di samping itu, aset-aset ini memberi pendapatan tunai seperti dividen atau sewa, makan pendapatan ini juga akan diterjemah dengan kenaikan seunit unit trust yang pelabur miliki.

Begitu juga sebaliknya apabila nilai aset-aset ini turun nilai dan tidak memberikan pendapatan maka harga seunit unit trust akan menurun.

Turun naik nilai aset-aset ini bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar interest, kadar tukaran matawang dan kecekapan pengurus yang menguruskan aset-aset pelabur.

Objektif pelaburan yang jelas itu penting selain perlu bijak memilih syarikat pelaburan, dana yang sesuai dan consultant yang mesra macam saya.

😉
Jika anda nak tahu kelayakan pelaburan melalui ep£ pun boleh pm saya ye.