- Anda tidak mempunyai bajet atau tidak memahami bagaimana mengelola kewangan anda.
- Anda merasa tidak pasti tentang bagaimana mencapai matlamat kewangan anda.
- Anda mempunyai banyak hutang yang perlu dikurangkan.
- Anda tidak mempunyai simpanan darurat yang cukup.
- Anda tidak mempunyai pelan persaraan yang jelas.
Monday, January 9, 2023
Apakah Itu Perancangan Kewangan
Wednesday, November 16, 2022
Teknik Kompas Kewangan
Teknik rancang kewangan guna kompas kewangan.
Anda patut cuba ini.
Merancang kewangan dengan baik boleh buatkan
kehidupan kita lebih teratur. Perkara ni sangat penting supaya kita tak sesak
di tengah-tengah bulan. Kalau tak, silap hari bulan, tengah bulan dah pening.
Mestilah korang tak nak berdepan dengan
situasi ni kan? .
Kami ada baca perkongsian yang boleh membantu
korang untuk rancang kewangan dengan baik.
Pada pandangan kami, ia sangat efektif untuk
di aplikasi. Perkongsian ni kami dapat dari Cik Nur Aliah Mohd Nor. Jom baca
sampai habis.
Lia yakin ramai usahawan yang hebat hebat pakar dalam bab kewangan. Bab nak belanja masih boleh kawal lagi , tapi bila masuk bab nak buat simpanan masih teramat lemah lagi.
Malah ada usahawan yang
tak pernah langsung nak simpan duit ni!
Bab simpanan ni yang Lia paling takutkan sangat. Ramai yang suka bagi alasan nak buat simpanan susah sebab selalu terguna duit untuk bayar itu bayar ini, sehingga tak dijadikan menyimpan itu sebagai satu hobi atau tidak meletakkan diri menjadi seorang yang suka menyimpan duit.
Betul betul?
Jadi, jangan risau dah. Dengan membaca
penulisan Lia ini, InshaaAllah Lia nak bantu semua usahawan di luar sana
menjadi seorang yang suka saving, suka buat investment dan rasa macam nak
berlumba-lumba menyimpan duit sambil tu boleh pergi shopping dengan relax.
Tak perlu dah fikir sangat pasal duit untuk
berbelanja. Jom!
Mulai dari bulan 12 2017, Lia nak anda semua
terus apply ilmu Kompas Kewangan ini. Apa maksud kompas kewangan?
Maksudnya ialah anda akan menguruskan duit
pendapatan dengan bahagikan kepada 4 perkara ini iaitu Untung (30%), Terpaksa
(60%), Bocor (5%) dan Sampah (5%).
Lia bagi contoh terus ya, katakanlah gaji kita
setiap bulan lepas dah tolak KWSP, SOCSO dan Zakat ialah RM2,500. Macam mana
nak bahagikan RM2,500 ini dalam bentuk Kompas Kewangan?
Teruskan baca di bawah ini untuk lebih faham ya.
#Untung (30%) = RM750 . 30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan
dari gaji yang kita dapat setiap bulan itu.
Simpanan ini termasuklah dengan simpanan
pendek, simpanan panjang, simpanan emergency, simpanan pelajaran, simpanan
pencen, simpanan pelancongan, simpanan wakaf, simpanan sedekah dan juga
lain-lain.
Mengikut contoh di atas, bahagian untung anda
perlu asingkan iaitu RM750 khusus untuk menyimpan saja ya. Kat mana tempat yang
terbaik untuk anda menyimpan?
Mesti la nak menyimpan di tempat yang selamat dan boleh biakkan lagi duit tu kalau dibiarkan saja dalam tu. Kan.
Ini
suggestion Lia,
- Tabung Haji
- Unit Trust
- Saham
- Takaful (Islamic Insurance)
- EPF
- ASB (boleh belajar dengan mentor Khairul Ezuwan)
- Hartanah (boleh belajar dengan mentor Tn Ahyat)
- Emas (boleh belajar dengan Aliah /LiaOmey) .
#Terpaksa (60%) = RM1,500 . Maksud terpaksa ni
ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua
jenis loan. Contohnya loan rumah, loan kereta, loan ASB (ASB Financing),
personal loan dan PTPTN.
Contoh untuk sara diri dan keluarga pula ialah
minyak kereta, bil telefon, bil api air dan apa apa sahaja keperluan keluarga.
Jadi, dari gaji contoh di atas tadi, 60% akan dapat RM1,500. .
Lia faham setengah orang loan itu amat penting
untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain
kegunaannya. Namun, kalau rasa rasa macam susah atau tak cukupkan, kena
pandai-pandai kawal di bahagian loan itu. .
Nasihat Lia kepada anak muda yang tak pernah ambil loan lagi tu kan, atau yang baru je officially jadi ¡®fresh graduate gituh, tolong! Tolong jangan sesekali ambil satu loan pon.
Once anda dah ambil,
anda akan sentiasa dihantui untuk membayar hutang piutang tersebut sepanjang
hidup anda. Fuh!
Jangan main-main dengan bab ini ya, Lia serious. . #Bocor (5%) = RM125 . Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.
Contoh bocor yang kita perlu elakkan dari membayarnya ialah membayar astro
(bayar setiap bulan, tv biar je terbuka, tapi mata dan tangan kita tertumpu di
gadget). .
Selain itu kredit kad, kita suka sangat nak swipe kredit kad, sikit sikit swipe,kan?
Bukan tak boleh, boleh je...kalau
pandai kawal boleh jadi cantik di mata bank, boleh cantikkan profile kewangan
kita, namun pada pendapat Lia sendiri sangat tidak digalakkan untuk mengambil
kredit kad ni.
Tanya balik pada diri sendiri tu, 'aku ni
boleh kawal diri ke tak boleh'? .
Kita tengok contoh dari gaji kita dapat tu,
RM2,500 kalau di bahagian bocor cuma boleh guna RM125 je. JANGAN lebih dari
RM125. Kalau lebih, habis akan kacau di bahagian kompas kewangan yang lain
pulak.
Jadi, bolehkan potong apa apa perkara yang tak
penting contohnya potong unifi, potong astro dan apa apa saja yang tak penting
lagi.
#Sampah (5%) = RM125 . Tengok nama pon agak agak boleh tahu tak
sampah ini apa kategori dalamnya? Untuk sampah 5% juga boleh belanja untuk setiap
bulan. Jadi RM125 saja yang anda boleh belanja di bahagian sampah ini.
Contohnya beli makanan fast food seperti
McDonald, KFC, Tea Live, Starbucks, beli rokok atau vape, beli makanan di mamak
dan tengok wayang. Dekat sini Lia tak cakap tak boleh ya, BOLEH cuma
berpada-pada bila berbelanja tu. RM125 mesti cukup punya nak layan movie dekat
TGV GSC yang tak sampai 5 minit je dah sampai dari rumah. Kan.
Jadi macam mana, faham ke faham ni Lia
terangkan di atas?
Bagi Lia, ini adalah method yang paling simple
untuk anda apply terus selepas ini. Kepada anda yang mungkin tertanya-tanya,
kenapa pentingnya kompas kewangan ini? . Pentingnya kerana kita ingin wujudkan
5 tiang impian kewangan kita.
Siapa taknak kan wujudkan impian kewangan?
Betul ke betul?
5 tiang kewangan ni ialah kita cipta
pendapatan kita (melalui business atau makan gaji), kita uruskan pendapatan kita
dengan baik menggunakan kompas kewangan, kita lindungi harta kita dengan baik,
kita dapat laburkan harta kita untuk masa depan, dan kita juga dapat agihkan
harta kita dalam keadaan yang baik setelah kita meninggal dunia.
Bila kita dapat lakukan 5 proses ini dengan baik, InshaaAllah hidup kita senang, mati pon senang. Hehe!
Lia harap dengan
perkongsian Kompas Kewangan¡± ini dapat membantu anda untuk menguruskan duit
dengan baik. Alhamdulillah ilmu ini Lia dapat di seminar Power Kewangan dan
Pengurusan Syarikat. .
Terima kasih kepada anda semua yang sudi baca
sehingga habis. Apa apa pon, paling penting sekali jangan lupa untuk sentiasa
bersedekah dan berzakat. Berbalik kepada niat utama kita semula nak banyak duit
sebab kita nak banyakkan bersedekah dan berzakat. Kan?
Tolong sampai-sampaikan ilmu ini pada keluarga dan rakan rakan bisnes anda yang lain ya.
#SHARE je post Lia ini dengan bahagia. Lia doakan semoga anda semua terus dilimpahkan rezeki yang sangat banyak. InshaaAllah. Amiin Ya Mujib. .
Sumber: http://www.halalmoney.my/teknik-rancang-kewangan-guna-kompas-kewangan-anda-patut-cuba-ini/
Thursday, November 10, 2022
6 Laws of Wealth
6 ‘laws
of wealth’ yang hanya orang kaya saja ikut:
1. Saving: Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kita.
2. Invest:
Biar simpanan yang bekerja untuk kita melalui pelaburan.
3. Bebas
Hutang: Bayar faedah berlebihan bukan budaya orang kaya.
4. Hentikan
mindset cepat kaya, fikir matlamat jangka masa panjang.
5. Labur
pada diri sendiri: jangan henti cari ilmu dan tambah skil.
6. Kepelbagaian:
Bahagi simpanan dan pelaburan anda di medium berbeza.
Tuesday, November 1, 2022
Wealth Principles
2. If you want to change the fruits, you will
first have to change the roots. If you want to change the visible, you must
first change the invisible.
3. Money is a result, wealth is a result, health
is a result, illness is a result, your weight is a result. We live in a world
of cause and effect.
4. Give me five minutes, and I can predict
your financial future for the rest of your life.
5. Thoughts lead to feelings. Feelings lead to
actions. Actions lead to results.
6. When the subconscious mind must choose
between rooted emotions and logic, emotions will always almost win.
7. If your motivation for acquiring money or
success comes from a non supportive root such as fear, anger, or the need to
“prove” yourself, your money will never bring you happiness.
8. The only way to permanently change the
temperature in the room to reset the thermostat. In the same way, the only way
to change your level of financial success “permanently” is to reset your
financial thermostat.
9. Consciousness is observing your thoughts
and actions so that you can live from true choice in the present moment rather
than being run by programming from the past.
10. You can choose to think in ways that will
support you in your happiness and success instead of ways that don't.
11. Money is extremely important in the areas
in which it works, and extremely unimportant in the areas in which it doesn't.
12. When you are complaining, you become a living,
breathing “crap magnet”.
13. There is no such thing as a really rich
victim!
14. If your goal is to be comfortable, chances
are you'll never get rich. But if your goal is to be rich, chances are you'll
end up mighty comfortable.
15. The number one reason most people don't
get what they want is that they don't know what they want.
16. If you are are not fully, totally, and
truly committed to creating wealth, chances are you won't.
17. The Law of Income: You will be paid in
direct proportion to the value you deliver according to the marketplace.
18. “Bless that which you want” -- Huna
philosophy.
19. Leaders earn a heck of a lot more money
than followers.
20. The secret of success is not to try to
avoid or get rid of or shrink from your problems; the secret is to grow
yourself so that you are bigger than any problem.
21. If you have a big problem in your life,
all that means is that you are being a small person.
22. If you say you're worthy, you are. If you
say you're not worthy, you're not. Either way you will live into your story.
23.“If a hundred-foot oak tree had the mind of
a human, it would only grow to be ten feet tall!” -- T. Harv Eker
24. For every giver there must be a receiver,
and for every receiver there must be a giver.
25. Money will only make you more of what you
already are.
26. How do you do anything is how do you
everything.
27. There's nothing wrong with getting a
steady paycheck, unless it interferes with your ability to earn what you're worth.
There's the rub. It usually does.
28. Never have a ceiling on your income.
29. Rich people believe “You can have your
cake and eat it too.” Middle-class people believe “Cake is too rich, so I'll
only have a little piece.” Poor people don't believe they deserve cake, so they
order a doughnut, focus on the hole, and wonder why they have”nothing”.
30. The true measure of wealth is net worth,
not working income.
31. Where attention goes, energy flows and
results show.
32. Until you show you can handle what you've
got, you won't get any more!
33. The habit of managing your money is more
important than the amount.
34. Either you control money, or it will
control you.
35. Rich people see every dollar as a “seed”
that can be planted to earn a hundred more dollars, which can then be replanted
to earn a thousand more dollars.
36. Action is the “bridge” between the inner
world and the outer world.
37. A true warrior can “tame the cobra of
fear”
38. It is not necessary to try to get rid of
fear in order to succeed.
39. If you are willing to do only what's easy,
life will be hard. But if you are willing to do what's hard, life will be easy.
40. The only time you are actually growing is
when you are uncomfortable.
41. Training and managing your own mind is the
most important skill you could ever own, in terms of both happiness and
success.
42. You can be right or you can be rich, but
you can't be both.
43. "Every master was once a disaster.”
-- T. Harv Eker
44. To get paid the best, you must be the
best.
Best use with the “Secrets of the Millionaire Mind” book by T. Harv Eker
(http://www.millionairemindbook.com).
Monday, October 31, 2022
Mula Tanam 7 Prinsip Ini Dalam Diri Kalau Anda Nak Kaya Cepat
Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan.
Saya sendiri pun amalkan prinsip ni. Dan Alhamdulillah, ia memang berkesan:
Prinsip #1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi.
Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.
Prinsip #2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkanmacam Tabung Haji (tak ada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat.
Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.
Prinsip #3 – Mulakan simpanan sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan,yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan.
Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tak akan jadi kaya.
Prinsip #4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja.
Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.
Prinsip #5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan.
Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup.
Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta. Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, In Shaa Allah.
Prinsip #6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, re-invest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.
Prinsip #7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang. Tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal.
Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan.
Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful.
Contohnya: simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan, dan lain-lain), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan, atau sebagainya.
Bak kata Zig Ziglar:
“WEALTH ARE ACQUIRED BY 20% HEAD KNOWLEDGE AND 80% BEHAVIOR”
Benar. Kita bergantung 100% kat rezeki yang Allah berikan. Tapi kalau kita sendiri tak mulakan tindakan, tak jadi juga. Kalau tak ada usaha, sampai bila-bila kita tak layak jadi kaya. Dan ini bermula dengan membenih tabiat menyimpan.
Bila kita dapat kuasai asas ini, kekayaan akan datang tanpa dijemput, dan kita pula “terpaksa” jadi kaya.
Wednesday, October 26, 2022
5 Langkah Untuk Mencapai Kestabilan Kewangan
- Rekod aliran wang masuk dan keluar setiap bulan.
- Sekiranya anda mempunyai hutang faedah yang tinggi seperti kad kredit dan pinjaman peribadi, langsaikannya secepat mungkin.
- Sekiranya anda ingin memberikan ganjaran kepada diri sendiri, tetapkan had.
- Sebaiknya, anda harus mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung 3 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan anda.
- Melabur untuk persaraan anda atau untuk mencapai matlamat kewangan lain seperti pendidikan untuk anak-anak anda.


.jpg)

