Wednesday, November 2, 2022

Keajaiban Kompaun Interest (Faedah Terkumpul)


Albert Enstein pernah mengatakan FAEDAH TERKUMPUL atau COMPOUND INTEREST adalah "The Eigth Wonder Of The World" atau "Keajaiban Kelapan Dunia". 

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan istilah faedah terkumpul ini? 

Secara ringkasnya, ia adalah nilai terkumpul yang akan diperolehi untuk tempoh tertentu dengan kadar faedah yang tertentu. 

Sebagai contoh, jika anda menyimpan wang secara deposit tetap atau "fixed deposit" di bank sebanyak RM1,000 dengan kadar faedah 4% setahun, berapakah nilai terkumpul yang akan anda perolehi selepas 10 tahun. 

Menggunakan formula M x (1 + f)^t anda akan memperolehi 1000 x (1 + 0.04)^10 iaitu sebanyak RM1480, kenaikan 48% daripada modal asal.

M = Modal 

f = Kadar faedah setahun 

t = Tempoh dalam tahun 

^ = Simbol gandaan

Perhatikan wang terkumpul yang akan diperoleh jika modal RM1,000.00 disimpan dengan dengan kadar faedah berlainan dan tempoh dilanjutkan sehingga 30 tahun. 

Kadar Faedah ===> Wang terkumpul 

------------------------------------------

4% ===> RM3243

5% ===> RM4322

8% ===> RM10,063

10% ===> RM17,449

12% ===> RM29,960

15% ===> RM66,218

18% ===> RM143,371

22% ===> RM389,758

27% ===> RM1,300,504




Tuesday, November 1, 2022

Tips Penting Sebelum Anda Melabur



Langkah Pertama

Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Matlamat kewangan anda mungkin untuk :

  • Membeli kereta
  • Membeli rumah
  • Menghantar anak-anak anda untuk pengajian tinggi
  • Pergi bercuti
  • Merancang persaraan yang selesa untuk masa hadapan

 ..

Objektif pelaburan anda adalah sama ada untuk:

  • Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi amaun pokok yang dilaburkan
  • Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda
  • Meningkatkan nilai asset bersih anda
  • Gabungan mana-mana daripada yang di atas

....

Anda boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangka masa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai.

Selain itu, adalah penting bagi rancangan pelaburan anda bersesuaian dengan objektif perancangan kewangan keseluruhan anda bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk mencapai matlamat anda.

Langkah Dua

Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur.

Memandangkan pelaburan ialah komitmen jangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan.

Antara isu utama yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:

  • Berapa banyakkah wang yang anda punyai untuk komitmen jangka sederhana dan panjang?
  • Adakah anda benar-benar memahami produk yang anda hendak laburkan?
  • Adakah pelaburan yang dirancang bersesuaian dengan portfolio keseluruhan anda?
  • Sudahkah anda membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama?
  • Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah annda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung? (iaitu berapa banyakkah perubahan harga/nilai pelaburan yang anda boleh tanggung)
  • Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda? (iaitu berapa banyakkah pulangan yang akan memuaskan anda)
  • Berapa lamakah tempoh pelaburan anda? (sebagai contoh, 5 tahun, 1 tahun, dsbnya)
  • Adakah anda mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak?
  • Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah? 
  • Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda.

Langkan 3

Tahu strategi dan konsep melabur:

--> Pempelbagaian

Strategi yang sudah terbukti berjaya dalam pelaburan ialah pempelbagaian – iaitu mempelbagaikan pelaburan anda. Pempelbagaian merupakan cara yang berkesan untuk meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatility dalam sesuatu kelas asset atau industry.

Jenis pleaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan pempelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbani oleh perolehan pelaburan lain.

--> Nilai Masa Wang

Masa ialah asset yang terbesar bagi sesiapa yang hendak melabur. Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda. Ini disebakan oleh prinsip faedah kompaun di mana anda memperolehi faedah atas pelaburan asal anda dan atas faedah yang telah anda perolehi daripada pelaburan anda.

Walaupun dengan perbezaan satu mata peratusan, kesan dalam jangka panjang boleh menjadi ketara.

--> Impak Inflasi dan Cukai

Perancangan yang baik serta memastikan kadar pulangan purata yang minimum bagi pelaburan dalam jangka panjang juga penting kerana wang yang anda punyai pada hari ini berkemungkinan tidak lagi mempunyai nilai yang akan membolehkan anda membeli jumlah barangan yang sama pada masaa hadapan.

Ini disebabkan inflasi menyusutkan nilai wang. Walaupun anda memperolehi pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi.


Matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang anda melebihi kadar inflasi. Cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan anda mendapat pengecualian cukai.


Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang.

Wealth Principles


1. Your income can grow only to the extent you do!

2. If you want to change the fruits, you will first have to change the roots. If you want to change the visible, you must first change the invisible.

3. Money is a result, wealth is a result, health is a result, illness is a result, your weight is a result. We live in a world of cause and effect.

4. Give me five minutes, and I can predict your financial future for the rest of your life.

5. Thoughts lead to feelings. Feelings lead to actions. Actions lead to results.

6. When the subconscious mind must choose between rooted emotions and logic, emotions will always almost win.

7. If your motivation for acquiring money or success comes from a non supportive root such as fear, anger, or the need to “prove” yourself, your money will never bring you happiness.

8. The only way to permanently change the temperature in the room to reset the thermostat. In the same way, the only way to change your level of financial success “permanently” is to reset your financial thermostat.

9. Consciousness is observing your thoughts and actions so that you can live from true choice in the present moment rather than being run by programming from the past.

10. You can choose to think in ways that will support you in your happiness and success instead of ways that don't.

11. Money is extremely important in the areas in which it works, and extremely unimportant in the areas in which it doesn't.

12. When you are complaining, you become a living, breathing “crap magnet”.

13. There is no such thing as a really rich victim!

14. If your goal is to be comfortable, chances are you'll never get rich. But if your goal is to be rich, chances are you'll end up mighty comfortable.

15. The number one reason most people don't get what they want is that they don't know what they want.

16. If you are are not fully, totally, and truly committed to creating wealth, chances are you won't.

17. The Law of Income: You will be paid in direct proportion to the value you deliver according to the marketplace.

18. “Bless that which you want” -- Huna philosophy.

19. Leaders earn a heck of a lot more money than followers.

20. The secret of success is not to try to avoid or get rid of or shrink from your problems; the secret is to grow yourself so that you are bigger than any problem.

21. If you have a big problem in your life, all that means is that you are being a small person.

22. If you say you're worthy, you are. If you say you're not worthy, you're not. Either way you will live into your story.

23.“If a hundred-foot oak tree had the mind of a human, it would only grow to be ten feet tall!” -- T. Harv Eker

24. For every giver there must be a receiver, and for every receiver there must be a giver.

25. Money will only make you more of what you already are.

26. How do you do anything is how do you everything.

27. There's nothing wrong with getting a steady paycheck, unless it interferes with your ability to earn what you're worth. There's the rub. It usually does.

28. Never have a ceiling on your income.

29. Rich people believe “You can have your cake and eat it too.” Middle-class people believe “Cake is too rich, so I'll only have a little piece.” Poor people don't believe they deserve cake, so they order a doughnut, focus on the hole, and wonder why they have”nothing”.

30. The true measure of wealth is net worth, not working income.

31. Where attention goes, energy flows and results show.

32. Until you show you can handle what you've got, you won't get any more!

33. The habit of managing your money is more important than the amount.  

34. Either you control money, or it will control you.

35. Rich people see every dollar as a “seed” that can be planted to earn a hundred more dollars, which can then be replanted to earn a thousand more dollars.

36. Action is the “bridge” between the inner world and the outer world.

37. A true warrior can “tame the cobra of fear”

38. It is not necessary to try to get rid of fear in order to succeed.

39. If you are willing to do only what's easy, life will be hard. But if you are willing to do what's hard, life will be easy.

40. The only time you are actually growing is when you are uncomfortable.

41. Training and managing your own mind is the most important skill you could ever own, in terms of both happiness and success.

42. You can be right or you can be rich, but you can't be both.

43. "Every master was once a disaster.” -- T. Harv Eker

44. To get paid the best, you must be the best.

Best use with the “Secrets of the Millionaire Mind” book by T. Harv Eker

 (http://www.millionairemindbook.com).

 


Public Mutual declares RM201mil gross distributions for 11 funds

 


KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual Bhd, has declared gross distributions amounting to more than RM201 million for 11 funds for the financial year ended Oct 31, 2022.

In a statement today, the unit trust manager announced gross distributions of 2.5 sen per unit for Public Islamic Bond Fund and 1.5 sen per unit for Public Industry Growth Fund.

It also declared a 0.75 sen gross distribution per unit for both Public South-East Asia Select Fund and Public Islamic Dividend Fund.

For Public Vietnam-Global Equity Fund and PB Australia Dynamic Balanced Fund, the gross distribution is 0.6 sen per unit.

The rest of the 11 funds are Public Sector Select Fund (gross distribution of 0.5 sen per unit), Public Asia Ittikal Fund (0.4 sen per unit), PB Asia Real Estate Income Fund (0.4 sen per unit), Public Growth Balanced Fund (0.25 sen per unit), and Public Islamic Growth Balanced Fund (0.2 sen per unit).

Public Mutual is the country’s largest private unit trust company with more than 170 funds under its management. - Bernama

source: The Star

Lima Mitos Pasaran Saham





Berikut adalah andaian salah paling umum mengenai pasaran saham yang perlu kita ambil tahu. Sebolehnya kita perlu elakkan.

Pasaran saham ialah kasino!

Tidak, pasaran saham BUKAN kasino. Melabur dalam saham pada dasarnya berbeza daripada berjudi. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli menuntut hak terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat. 

Selalunya, pelabur berfikir bahawa membeli saham merupakan cara untuk mencuba nasib dan mendapat keuntungan dengan cepat. Tanggapan ini salah.

Hanya untuk orang kaya

Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham. 

Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan dan mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.

Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pasaran “bul”

Ketika pasaran bul atau ketika pasaran sedang naik dan aktif, bukanlah satu-satunya masa paling baik untuk melabur. 

Berbekalkan maklumat yang baik dan pemilihan saham yang teliti, pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang baik pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika pasaran bul atau bear (apabila pasaran jatuh dan tidak aktif).

Mustahil melabur tanpa “maklumat panas”

Walaupun tanpa “maklumat panas” pelabur masih boleh membuat keputusan pelaburan yang baik jika mereka melakukan penyelidikan sendiri. Pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai pelaburan mereka dan tidak bergantung hanya kepada maklumat panas. 

Sekiranya pelabur tidak mempunyai pengetahuan atau mempunyai hanya sedikit pengetahuan mengenai pelaburan, lebih baik jika mendapatkan khidmat nasihat penasihat pelabur. Pastikan dia mempunyai lesen yang sempurna.




Beli saham harga murah ketika pasaran bulis

Membeli saham harga murah ketika pasaran bulis dengan harapan harganya akan naik ketika pasaran sedang bulis bukan merupakan strategi pelaburan yang berkesan. 

Strategi lebih baik ialah membeli saham syarikat yang mempunyai asas yang baik pada harga berpatutan. 

Ini kerana harga merupakan hanya satu bahagian daripada pelaburan saham. Jangan keliru dengan konsep pelaburan nilai.

Ini bukan bermakna membeli saham apa sahaja syarikat yang harga pasarannya sedang menjunam, seperti kata pepatah lama Wall Street,


“Siapa yang cuba menangkap pisau yang jatuh, pasti luka”. 


Pelaburan nilai ialah membeli saham syarikat berkualiti tinggi yang dinilai rendah oleh pasaran.