Friday, August 4, 2023

Kenapa Syarikat Tersenarai di Bursa Malaysia?


Syarikat tersenarai adalah syarikat yang sahamnya boleh didagangkan di pasaran saham awam, seperti Bursa Malaysia. Syarikat tersenarai mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan berbanding dengan syarikat Sdn Bhd. 

Antara kelebihan syarikat tersenarai ialah;

- Mempunyai akses kepada modal yang lebih besar dan lebih murah berbanding sumber kewangan lain, seperti pinjaman bank dan sebagainya.

- Meningkatkan reputasi dan kredibiliti syarikat di mata pelanggan, pembekal, pekerja dan pihak berkepentingan yang lain.

- Meningkatkan nilai syarikat dan pemegang saham melalui peningkatan harga saham dan pengagihan dividen.

- Memberikan peluang kepada pemilik asal untuk menjual sebahagian atau keseluruhan pegangan mereka dengan mudah dan cepat.

- Memberikan insentif kepada pengurusan dan kakitangan untuk meningkatkan prestasi syarikat melalui skim opsyen saham – Employee Share Option Scheme (ESOS) atau bonus saham.

Antara kekangan syarikat tersenarai ialah:

- Perlu mematuhi peraturan dan piawaian yang ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan, seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia.

- Perlu menanggung kos yang tinggi untuk menyediakan dan mengemukakan laporan kewangan, audit dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak pengawalselia dan pelabur.

- Perlu bersedia untuk menghadapi tekanan dan persaingan yang sengit daripada pelabur, penganalisa, media dan pesaing dalam pasaran saham.

- Perlu menjaga hubungan yang baik dengan pelabur, pengawalselia, media dan pihak berkepentingan lain yang boleh mempengaruhi persepsi, sentimen dan kepercayaan terhadap syarikat.

- Perlu mengambil kira kepentingan pemegang saham minoriti dan menjaga tadbir urus yang baik dalam membuat keputusan perniagaan.

Oleh itu, syarikat tersenarai mempunyai peluang dan cabaran yang berbeza daripada syarikat Sdn Bhd. Syarikat yang ingin tersenarai perlu menimbang kemaslahatan dan risiko yang terlibat sebelum membuat keputusan tersebut.


FY Al Haj

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Thursday, August 3, 2023

Kenapa Melabur Saham?

 


Bila kita melabur saham bermakna kita menjadi sebahagian dari pemilik syarikat tersebut.


Oleh kerana negara kita merupakan negara yang membangun ini bermakna kebanyakan syarikat yang ada dalam negara ini merupakan syarikat yang sedang dalam proses membesar.


Kebanyakan syarikat kita belum lagi mengeluarkan produk dan perkhidmatan untuk dipasarkan ke seluruh dunia. Ia setakat dalam Malaysia, Asia Pasifik mahupun timur tengah dan hanya segelintir yang dapat menembusi pasaran Eropah dan Amerika. 

 

Jadi syarikat-syarikat ini akan membangun selari dengan pembangunan negara ke arah negara maju.


Oleh itu untuk tidak ketinggalan dalam era pembangunan ini maka kita mesti mengambil langkah untuk melabur dalam saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia ini!


Membesarnya syarikat Greatec, Atech, Inari, Public Bank, dan sebagainya akan secara langsung membawa keuntungan kepada kita sebagai pelaburnya.


Anda tiada beza dengan Warren Buffett yang melabur dalam saham Coca Cola yang akhirnya menguasai pasaran dunia...


Tapi janganlah beli dan simpan saham cap ayam yang dah nak bankrap!

 

Apapun kalau anda nak belajar melabur saham dengan betul dengan kaedah yang terbukti berkesan menjadi pelabur IPO, investor atau trade jemputlah datang ke seminar saham From Zero to Hero yang FY jalankan.


FY Al Haj

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad


Kredit to : Faizal Yusup aka FY

Tuesday, July 11, 2023

Market Capitalization Public Bank

 


TAHUKAH ANDA?


📌Public Bank Berhad merupakan syarikat yang mempunyai nilai “Market Capitalization” kedua terbesar di papan Bursa Malaysia pada masa kini.


📌Telah menyenaraikan syarikat mereka di pertukaran stok pada 6 April 1967.


📌Nilai “Market Capitalization” adalah RM75.31B


📌Nilai satu saham semasa (saham biasa) adalah RM3.88


📌Public Bank menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia.


📌Public Bank Berhad disenaraikan di Pasaran Utama (Main Market).

Friday, July 7, 2023

Apa Itu Sole Proprietorship


🟡 Sole proprietorship ialah pemilikan tunggal merupakan salah satu jenis syarikat yang paling mudah untuk ditubuhkan.

🟡 Pemilikan tunggal memerlukan hanya seorang pemilik, dan liabilitinya tidak terhad.

🟡 Pendapatan peribadi atau aset pemilik tidak akan dilindungi sekiranya syarikat diisytiharkan muflis atau berhutang.

🟡 Hanya warganegara Malaysia dan pemastautin tetap boleh mendaftarkan entiti ini.

🟡 Anda perlu membayar yuran tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)) untuk memastikan syarikat itu diperbaharui.

🟡 Entiti jenis ini tidak perlu mengemukakan audit atau menjalankan pemfailan tahunan.

Tuesday, July 4, 2023

Saiz Pasaran Maybank


TAHUKAH ANDA?


📌 Malayan Banking Berhad merupakan syarikat yang mempunyai nilai “Market Capitalization” terbesar di papan Bursa Malaysia pada masa kini.


📌 Telah menyenaraikan syarikat mereka di pertukaran stok pada 17 Februari 1962.


📌 Nilai “Market Capitalization” adalah RM105.35B.


📌 Nilai satu saham semasa (saham biasa) adalah RM8.74.


📌 Maybank menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia.


📌 Malayan Banking Berhad disenaraikan di Pasaran Utama (Main Market).