🎯 Ringkasan Asas Unit Trust: Pelaburan Mudah untuk Pekerja Makan Gaji
📌 Apa Itu Unit Trust?
Unit Trust ialah pelaburan kolektif di mana wang anda digabungkan dengan pelabur lain dan diuruskan oleh pengurus dana profesional untuk dilaburkan dalam pelbagai aset seperti saham, bon & hartanah.
---
🔑 Ciri-Ciri Utama:
✅ Mudah & Mampu Milik: Serendah RM100
📊 Diversifikasi Risiko: Dana dilabur dalam banyak syarikat
👨💼 Diurus Pakar: Pengurus dana berlesen
🔄 Mudah Cair: Boleh jual beli unit bila-bila masa (T+1 atau T+3)
Unit trust, atau dalam bahasa Malaysia disebut sebagai "unit amanah," adalah satu bentuk pelaburan kolektif di mana ramai pelabur menggabungkan wang mereka untuk melabur dalam portfolio aset seperti saham, bon, atau instrumen kewangan lain. Portfolio ini diuruskan oleh pengurus profesional.
Setiap pelabur memiliki "unit" dalam unit amanah tersebut, yang mewakili bahagian mereka dalam portfolio keseluruhan. Keuntungan atau kerugian dari pelaburan ini akan dikongsi oleh semua pelabur berdasarkan jumlah unit yang mereka miliki.
Unit amanah adalah pilihan yang popular bagi mereka yang ingin melabur tetapi tidak mempunyai pengetahuan atau masa untuk mengurus pelaburan sendiri. Ia juga menawarkan kepelbagaian, yang membantu mengurangkan risiko.
Komponen Penting Unit Trust
Unit trust (unit amanah) mempunyai beberapa komponen asas yang penting untuk difahami. Berikut adalah komponen-komponen tersebut dalam bahasa Malaysia:
1. Pengurus Unit Amanah
- Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir dana unit amanah.
- Tugas mereka termasuk membuat keputusan pelaburan, memilih aset, dan memastikan portfolio diurus dengan baik.
2. Pemegang Unit
- Individu atau pelabur yang membeli unit dalam unit amanah.
- Mereka memiliki sebahagian daripada portfolio aset berdasarkan bilangan unit yang dimiliki.
3. Dana (Fund)
- Kumpulan wang yang dikumpulkan daripada pelabur untuk dilaburkan dalam pelbagai aset seperti saham, bon, atau instrumen kewangan lain.
- Dana ini diuruskan oleh pengurus unit amanah.
4. Prospektus
- Dokumen penting yang menerangkan butiran tentang unit amanah, termasuk objektif pelaburan, risiko, yuran, dan prestasi sejarah.
- Pelabur perlu membaca prospektus sebelum melabur.
5. Nilai Aset Bersih (NAB)
- Nilai sebenar setiap unit dalam unit amanah.
- Dikira dengan membahagikan jumlah nilai aset dana tolak liabiliti, dengan bilangan unit yang diterbitkan.
6. Yuran dan Caj
- Unit amanah biasanya mengenakan yuran seperti yuran pengurusan, yuran penjualan, atau yuran penebusan.
- Yuran ini digunakan untuk menampung kos pengurusan dana.
7. Pemegang Amanah (Trustee)
- Bertindak sebagai penjaga kepentingan pelabur.
- Memastikan pengurus unit amanah mematuhi peraturan dan objektif pelaburan.
8. Risiko Pelaburan
- Setiap unit amanah mempunyai tahap risiko yang berbeza bergantung pada jenis aset yang dilaburkan.
- Pelabur perlu memahami risiko sebelum melabur.
Dengan memahami komponen-komponen ini, pelabur boleh membuat keputusan yang lebih bijak tentang unit amanah yang sesuai dengan matlamat kewangan mereka.
Karangan ini khas untuk pelabur unit trust dan juga agen unit trust, khususnya bagaimana nak baca Quaterly Fund Report.
Seterusnya agent dapat memberi penerangan yang berkualiti kepada pelabur dan kemudiannya pelabur menjelaskan kepada isterinya pula.
Begitu ramai agent yang menyebarkan ajaran sesat pengiraan pulangan pelaburan. Sesat dan menyesatkan. Sesat di dunia pelaburan boleh terjerumus ke neraka wang.
Di akhir karangan ini, diharapkan ajaran sesat pengiraan pulangan unit trust boleh lah dihapuskan hendaknya.
Untuk itu, saya ambil prestasi FUND A (bukan nama betul) sebagai kajian kes.
Total Return FUND A untuk 10 tahun ialah 190.54% manakala Annualised Return ialah 11.24%. Saya akan tunjukkan apa kaitan antara Total Return dan Annualised Return.
Total Return
Total return bermakna jumlah untung berbanding dengan nilai pelaburan asal. Contohnya jika saya melabur RM 1000 di dalam FUND A sepuluh tahun dulu dengan service charge 3%, berapakah jumlah keuntungan saya sekarang dalam RM?
Profit
= RM 1000÷ 1.03 × 190.54 ÷ 100
= RM 1849.90
Ini bermakna nilai semasa pelaburan saya sekarang ialah;
= Modal + Profit
= RM 1000 + RM 1849.90
= RM 2849.90
Total return digunakan untuk mengira berapa nilai semasa pelaburan berbanding nilai asal. Ini tentunya lebih mudah untuk difahami berbanding jika diberitahu pulangan dalam bentuk peratus.
Contohnya saya nak tahu berapa kali gandakah nilai pelaburan saya? Dalam contoh ini, nilai pelaburan sudah berganda sebanyak;
1 + (190.54 ÷ 100 ÷ 1.03) = 2.849 kali ganda, ini sudah termasuk service charge sebanyak 3%.
Oleh itu jika saya mula melabur sebanyak RM 88,000 sepuluh tahun dulu dalam FUND A, nilai pelaburan saya sekarang ialah
RM 88,000 x 2.849 = RM 250,791.46
Saya untung RM 162,791.46, (berbanding service charge RM 2,563.11 sahaja)
Annualised Return
Sekarang jom kita kira bagaimana nak dapatkan Annualised Return daripada Total Return.
Jika Total Return untuk tempoh 10 tahun ialah 190.54%, kira annualised return.
Jawapan:
Guna formula Future Value (FV);
FV = PV × (1+i)n ;
PV = 1
FV = 1 + 1.9054 = 2.9054
n = 10;
Gantikan dalam persamaan FV di atas;
2.9054 = 1 × (1+i)n
(1+i)10= 2.9054
Oleh itu selesaikan i=
i = 11.25%
Bandingkan dengan 10-year Annualised Return seperti dalam Quaterly Fund Report FUND A.
Ya 99.99% tepat! Perbezaan 0.01 disebabkan oleh rounding error sahaja.
Annualised Return di sini bermaksud compounded annualised return. Dalam Bahasa Melayu, pulangan tahunan terkompaun.
Ia berbeza dengan pulangan purata tahunan atau simple annualised return, di mana total return 190.54% dibahagi dengan 10 tahun, maka dapatlah 19.05% setahun. Dan ini sama sekali tidak boleh untuk digunakan untuk membandingkan pulangan unit trust dengan dividen KWSP atau Tabung Haji.
Kepada agen unit trust, guna annualised return untuk bandingkan prestasi pelaburan, bukan main bahagi Total Return dengan tahun sahaja ya.
Pun begitu, Annualised Return ada kelemahannya juga.
Annualised return 11.24% tidak bermakna setiap tahun FUND A mencatatkan pulangan sebanyak 11.24% konsisten tahun demi tahun. Ternyata ada tahun lebih 20% dan ada tahun sekadar 5% sehaja.
Sebagai contoh lain, jadual di bawah menunjukkan Dana A dan Dana B mencatatkan Total Return yang sama untuk tempoh 5 tahun. Dan jika anda kira, Annualised Return pun sama. Tapi pulangan tahun demi tahun jelas tidak sama antara keduanya.
Jika anda bijak, dana apa yang lebih baik? Dana A atau Dana B?
Umat Islam dituntut menguruskan kewangan dengan baik supaya menghindari pembaziran dan menggunakannya mengikut keperluan. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Celik pengurusan kewangan perlu menjadi matlamat utama umat Islam masa kini bukan sahaja untuk merancang perbelanjaan, bahkan menguruskan hutang dengan lebih sistematik.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Fuadah Johari, berkata celik dan mahir selok-belok pengurusan kewangan adalah sebahagian daripada tuntutan agama.
Katanya, perspektif pengurusan kewangan teratur amat dituntut agama dan umat Islam seharusnya melakukan anjakan minda dalam memastikan disiplin tatakelola kewangan lebih baik.
"Islam melarang pembaziran (isyraf) serta bersifat bakhil serta kedekut dan hal ini orang ramai khususnya kalangan Muslim amat digalakkan membuat perancangan berhemah.
"Dalam konteks ini, umat Islam harus memahami prinsip asas maqasid syariah, iaitu pengurusan kewangan adalah amanah untuk menjaga maslahah (kepentingan) kehidupan seperti perlindungan keperluan asas, kesejahteraan keluarga dan pemeliharaan amanah harta sebaiknya.
"Masyarakat Islam juga dituntut mengamalkan disiplin kewangan dengan berbelanja mengikut kemampuan, mengutamakan keperluan berbanding kehendak dan menyimpan untuk masa hadapan," katanya.
Pengurusan patuh syariah
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai disiplin kewangan dan kefahaman umat Islam, termasuk persediaan tabungan bagi menunaikan haji kelak.
Fuadah yang juga Felo Penyelidik, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam menjelaskan, tuntutan meningkatkan literasi kewangan Islam penting bagi memastikan pengurusan kewangan patuh syariah, tersusun dan sistematik serta disusuli perancangan teliti bagi menjamin kesejahteraan kewangan ummah.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Fuadah Johari.
"Literasi kewangan Islam akan membolehkan Muslim lebih memahami konsep zakat, sedekah dan wakaf yang bukan sahaja mendisiplinkan kewangan peribadi, tetapi memberikan manfaat kepada masyarakat.
"Justeru, tindakan boleh dilakukan untuk mencapai tahap literasi kewangan lebih baik adalah menerusi pendidikan kewangan Islam secara meluas supaya ia dapat membangkitkan lagi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya memahami konsep kewangan patuh syariah.
"Dalam hal ini, kursus atau bengkel pengurusan kewangan Islam patut dianjurkan seperti di masjid, sekolah dan komuniti," katanya.
Beliau berkata, langkah seterusnya ialah mengetengahkan modul bajet dan pelaburan berdasarkan prinsip syariah supaya seseorang dapat merancang kewangan berdasarkan keutamaan Islam.
"Perkara ini dapat dilakukan dengan membuat perancangan takaful untuk melaburkan harta dalam instrumen patuh syariah seperti sukuk, saham patuh syariah atau dana unit amanah Islam serta mengelak pelaburan dalam sektor dilarang seperti riba, perjudian atau produk haram.
"Seterusnya, umat Islam perlu didedahkan dengan budaya amalan dermawan menerusi galakan umat Islam menyumbang melalui wakaf, sedekah atau infak yang berpotensi mengukuhkan institusi kebajikan Islam," katanya.
Katanya, ia juga dilakukan dengan usaha dapat memperkasakan institusi zakat, wakaf dan baitulmal untuk membantu orang Islam memerlukan sokongan kewangan, sekali gus memastikan keseimbangan ekonomi dalam masyarakat.
Bakal haji perlu merancang
Dalam pada itu, beliau berkata, untuk memastikan bakal haji mempunyai simpanan mencukupi, bakal jemaah perlu merancang secara berhemah.
Penubuhan Tabung Haji mendidik umat Islam dalam aspek pengurusan kewangan untuk mencapai cita-cita menunaikan haji di tanah suci. - Foto hiasan
"Kewajipan menunaikan haji hanya tertakluk kepada mereka berkemampuan, namun apabila ada orang Islam mengharapkan bantuan kewangan daripada saudara-mara atau jiran untuk mencukupkan simpanan mereka, ia menunjukkan keperluan mendesak memperkukuhkan budaya perancangan kewangan dalam kalangan umat Islam.
"Justeru, bagi mengelakkan perkara ini berlaku dalam kalangan masyarakat, orang Islam perlu memulakan tabungan awal, termasuk membuka akaun simpanan haji di Tabung Haji seawal mungkin.
"Tabungan secara konsisten, walaupun dalam jumlah kecil akan memberikan peluang untuk mengumpul dana dalam jangka masa panjang.
"Ibu bapa perlu bertindak memulakan simpanan untuk anak-anak khusus untuk tujuan menunaikan haji, sebagai langkah awal membudayakan perancangan kewangan dalam keluarga.
"Kita perlu membudayakan konsep istiqamah menabung sebagai disiplin dan menjadi sebahagian daripada rutin kewangan, mengutamakan prinsip 'menyimpan sebelum berbelanja'," katanya.
Ini adalah selari dengan konsep asal penubuhan Tabung Haji seperti yang diilhamkan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz bagi mendidik disiplin pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat Melayu untuk mencapai cita-cita menunaikan haji di Tanah Suci.
Semestinya perlu ada anjakan pemikiran yang lebih maju ke hadapan kerana kita tidak mahu lagi melihat masyarakat kita berkorban harta, binatang ternakan dan tanah semata-mata untuk mencukupkan tabungan bagi menunaikan haji seperti suatu ketika dahulu.
Asas pengurusan kewangan untuk orang muda adalah penting
bagi membina tabiat kewangan yang sihat sejak awal. Berikut adalah langkah asas
yang boleh dijadikan panduan:
1. Bina Belanjawan yang Jelas
Langkah-Langkah:
Rekodkan
Semua Pendapatan: Pastikan anda tahu dari mana wang anda datang,
seperti gaji, elaun, atau pendapatan tambahan.
Catat
Perbelanjaan Harian: Simpan resit dan rekod semua perbelanjaan,
termasuk yang kecil seperti kopi atau tambang bas.
Gunakan
Kaedah Belanjawan:
50%
untuk keperluan asas: seperti sewa rumah, bil, makanan, dan
pengangkutan.
30%
untuk kehendak: hiburan, makan di luar, atau langganan seperti
Netflix.
20%
untuk simpanan dan pelaburan: Dana kecemasan, simpanan masa depan,
atau pelaburan jangka panjang.
Alat yang Boleh Digunakan:
Aplikasi
belanjawan seperti YNAB, Mint, atau Excel untuk memantau kewangan
anda.
2. Sediakan Dana Kecemasan
Apa itu Dana Kecemasan?
Dana kecemasan ialah wang yang disimpan untuk situasi tak
terduga seperti:
Kehilangan
pekerjaan.
Kemalangan
atau kecemasan perubatan.
Kerosakan
harta benda (contoh: kereta rosak).
Cara Mula:
Tetapkan
matlamat untuk menyimpan 3-6 bulan gaji.
Mulakan
dengan simpanan bulanan kecil, seperti 10% pendapatan.
Simpan
di akaun mudah diakses seperti akaun simpanan atau Tabung Haji.
3. Elakkan Hutang yang Tidak Perlu
Langkah Mengurus Hutang:
Gunakan
Kad Kredit dengan Bijak:
Bayar
penuh baki bulanan untuk mengelakkan caj faedah.
Elakkan
penggunaan kad kredit untuk membeli barang yang tidak mampu dibayar.
Utamakan
Bayaran Hutang: Jika ada pinjaman, fokus pada yang mempunyai kadar
faedah tertinggi terlebih dahulu.
Elakkan:
Membeli
barang mewah dengan pinjaman.
Mengambil
hutang untuk gaya hidup.
4. Mulakan Simpanan Seawal Mungkin
Kenapa Penting?
Semakin
awal anda menyimpan, semakin cepat wang anda berkembang melalui faedah
berganda (compound interest).
Cara Mudah:
Automatikkan
simpanan dengan memotong sebahagian gaji terus ke akaun simpanan.
Tetapkan
sasaran, contohnya RM50 setiap minggu.
5. Kenali Kuasa Pelaburan
Apa Itu Pelaburan?
Melabur bermaksud menggunakan wang untuk menjana lebih
banyak wang dalam jangka panjang.
Pilihan Pelaburan yang Selamat untuk Pemula:
Unit
Amanah: Seperti ASB atau Tabung Haji.
Pelaburan
Emas: Seperti akaun emas di bank.
ETF
atau Saham: Mulakan dengan jumlah kecil untuk belajar.
Langkah Awal:
Fahami
risiko setiap jenis pelaburan.
Jangan
melabur dalam skim cepat kaya.
6. Lindungi Diri dengan skim Takaful
Jenis Takaful Penting:
Takaful Perubatan: Melindungi daripada kos rawatan hospital yang tinggi.
Takaful Hayat: Untuk menjaga kebajikan keluarga jika berlaku sesuatu.
Pilih dengan Bijak:
Fahami
polisi sebelum menandatangani.
Bandingkan
pelan insurans daripada beberapa syarikat.
7. Tetapkan Matlamat Kewangan
Matlamat Jangka Pendek:
Simpanan
untuk melancong atau membeli telefon baru.
Matlamat Jangka Panjang:
Membeli
rumah, bersara awal, atau menyimpan untuk pendidikan anak.
Langkah Tindakan:
Pecahkan
matlamat kepada langkah kecil.
Contoh:
Jika anda mahu menyimpan RM10,000 dalam 2 tahun, simpan RM416 setiap
bulan.
8. Tambah Pendapatan
Cara Menjana Pendapatan Tambahan:
Kerja
Sambilan: Contohnya, kerja sebagai penulis bebas, jurugambar, atau
tutor.
Bisnes
Kecil-kecilan: Seperti menjual produk dalam talian atau dropshipping.
Pelaburan:
Mulakan dengan aset kecil yang boleh memberikan dividen.
9. Didik Diri tentang Kewangan
Sumber Belajar:
Buku:
Contoh: Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki, atau The
Intelligent Investor oleh Benjamin Graham.
Podcast
dan Video: Ikuti pakar kewangan seperti Dave Ramsey atau Tony
Robbins.
Kelas
Kewangan: Sertai seminar atau bengkel kewangan untuk pemahaman lebih
mendalam.
10. Kawal Perbelanjaan Boros
Tips untuk Berbelanja dengan Bijak:
Buat
Senarai Belanja: Jangan beli sesuatu tanpa perancangan.
Tunggu
24 Jam: Sebelum membeli barang mahal, fikir dua kali.
Cari
Tawaran: Bandingkan harga atau beli ketika promosi.
Elakkan:
Terpengaruh
dengan trend media sosial.
Membeli
barang untuk menunjuk-nunjuk.
Dengan disiplin dan kesedaran, orang muda boleh membentuk
asas kewangan yang kukuh, menjamin masa depan yang lebih stabil dan bebas
kewangan. Anda boleh memulakan perlahan-lahan tetapi konsisten!