Apa Itu Unit Trust
.
Dari segi istilah, unit amanah adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.
.
.
- Bonds
 - Stocks
 - Derivatives
 - Money market instruments
 - Cash
 - Property
 
.
Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang akan menjana keuntungan kepada pemiliknya.
.
Jadi, sebagai pelabur unit trust, secara tidak langsung anda memiliki aset-aset ini. Menarik, kan?
.
Oleh itu, setiap sen yang anda laburkan dalam unit trust adalah mewakili pelaburan dalam aset-aset ini.
.
Bagaimana Pelabur Boleh Untung?
.
Jika aset-aset yang dilaburkan itu naik nilainya, maka kenaikan ini akan diterjemahkan dengan kenaikan harga seunit unit trust.
Manfaat pertama ialah keuntungan modal apabila pelabur menjualnya semula.
.
Di samping itu, aset-aset ini memberi pendapatan tunai seperti dividen atau sewa, maka pendapatan ini juga akan diterjemahkan dengan kenaikan seunit unit trust yang pelabur miliki.
.
Begitu juga sebaliknya apabila nilai aset-aset ini turun nilai dan tidak memberikan pendapatan maka harga seunit unit trust akan menurun.
.
Turun naik nilai aset-aset ini bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar interest, kadar tukaran mata wang dan kecekapan pengurus yang menguruskan aset-aset pelabur.
.
Semoga bermanfaat dan sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya di link di bawah:
.
Ahmad Hanizam bin Abdullah
Unit Trust Consultant


No comments:
Post a Comment