𝗠𝗔𝗖𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗬𝗔 - 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗯
🎯 Semua orang bermula dari situasi yang berbeza dalam hidup untuk kumpul kekayaan yang masing-masing impikan.
🎯 Ada yang perjalanan nampak mudah. Ada yang perjalanan nampak susah.
🎯 Untuk kali ni, Shawn nak share tips-tips dari satu pelabur start-up terkenal iaitu Naval Ravikant. Networth dia sekarang dianggarkan dalam USD2.2 bilion.
🎯 Tips- tips untuk yang dikongsi ni banyak fokus apa yang kita perlu buat untuk jadi kaya tanpa perlu tengok dari mana kita bermula dan berharap dengan nasib semata-mata.
🎯 Semoga bermanfaat & share post ni ok 👌
1️⃣ 𝗖𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗸𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 - 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝘂𝗶𝘁
🎯 Kekayaan sebenarnya memiliki asset yang boleh bekerja & beri pendapatan kepada kita masa kita tidur.
🎯 Duit hanyalah alat supaya kita boleh "pindah & gerak" masa & kekayaan.
🎯 Ini bermaksud untuk jadi kaya, kita kena kumpul sebanyak asset pelaburan supaya ia boleh jadi hamba yang bekerja setiap masa tanpa kita suruh.
🎯 Kita perlu cari sebanyak boleh "bantuan" yang ada di luar sana untuk bantu kita bina kekayaan.
2️⃣𝗧𝗮𝗸 𝗠𝘂𝘀𝘁𝗮𝗵𝗶𝗹 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗸𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮
🎯 Ada yang takut untuk bina kekayaan sebab ada mindset "untuk aku ada extra RM1 dalam tangan aku, aku kena ambil RM1 tu dari tangan orang lain".
🎯 Kalau kita ada mindset ni, kekayaan akan segan dengan kita.
🎯 Sebenarnya, kita boleh tambah kekayaan tanpa perlu tolak orang lain ke bawah. Boleh je sebenarnya kita bina keadaan "win-win" dalam apa yang kita buat.
🎯 Contohnya bila client-client Shawn melabur duit di bawah Public Mutual, ada sales charge yang perlu dibayar. Tapi, pelabur-pelabur tadi masih dapat bina kekayaan bila pelaburan itu diurus dengan baik.
🎯 Jadi, semua pihak berjaya bina kekayaan bersama-sama. Public Mutual, Shawn dan pelabur masing-masing boleh dapat bina kekayaan di saat satu transaksi selesai.
🎯 Kita perlu perbetulkan mindset kita. Tak mustahil untuk berjaya bersama-sama.
🎯 Pernah tak dengar cerita yang pada zaman khalifah Umar Umar Abdul Aziz dulu yang Baitumal penuh dengan harta zakat yang tak perlu diguna sebab semua rakyat kaya raya dan tiada lagi yang perlukan zakat? Kalau ni boleh terjadi, ini bermaksud tak mustahil kita boleh bina kekayaan tanpa perlu tolak orang lain untuk terus miskin.
3️⃣𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗸𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 "𝗦𝗲𝘄𝗮𝗸𝗮𝗻" 𝗠𝗮𝘀𝗮 & 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮
🎯 Masa & tenaga adalah sumber yang terhad.
🎯 Memang betul kita boleh buat OT, kerja part time & kerja hujung minggu untuk cari duit lebih.
🎯 Tapi akan ada satu tahap yang kita akan limit yang kita tak boleh tembus sebab masa itu hanya 24 jam.
🎯 Katakan lah kita makan gaji yang bagi RM20/jam. Sekuat mana kita kerja, maksmimum duit yang kita akan dapat hanya RM480 sehari kalau kita tak rehat, makan atau tidur langsung.
Sebab kita sewakan masa kita kepada majikan kita.
🎯 Untuk capai "financial freedom", kita perlu ada pegangan dalam syarikat lain.
🎯 Kita boleh capai ni bukan sahaja dengan ada syarikat sendiri tapi dengan melabur dalam saham & unit trust yang akan ada pegangan dalam syarikat.
🎯 Dengan ini, kita sekarang yang akan jadi towkey yang beri duit untuk "menyewa" masa dan tenaga syarikat & pekerja syarikat lain. Sampai cukup masa, kita kutip untung.
🎯 Lain kan dinamik pemikiran yang kita kena ada?
🎯 Dengan teknik ni, pulangan yang kita akan dapat adalah pada kadar yang lebih banyak dari masa & tenaga yang kita letakkan. Jika kita terus ulang proses ni, proses bina kekayaan akan jadi lebih cepat.
🎯 Leverage! Leverage! Leverage!
4️⃣𝗖𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗻𝗲𝗿/𝗞𝗮𝘄𝗮𝗻/𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻, 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 & 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴, 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶.
🎯 Perwatakan kita adalah kombinasi dari 5 orang yang rapat dengan kita.
🎯 Jadi, kita perlu cari orang yang boleh push & motivate kita untuk jadi orang yang lebih baik esok dari hari ni.
🎯 Bukan la sampai kena buang kawan yang kita ada. Cuma pastikan yang rapat dengan kita tu memang ada kualiti yang kita cari.
🎯 Minda kita ni sebenarnya 24 jam setiap hari akan cari jalan dan alasan untuk kuatkan kepercayaan yang kita ada pada diri kita.
🎯 Kalau kita selalu rapat dengan orang yang berjaya bina kekayaan dan tunjukkan yang proses bina kekayaan itu mudah, minda kita akan cari jalan 24 jam setiap hari untuk bina kekayaan seperti kawan rapat kita tadi.
🎯 Sebab sekarang kita tahu ia mudah & tak mustahil.
5️⃣𝗟𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗶𝗿𝗶 & 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶
🎯 Kita perlu tahu nilai diri & masa masing-masinng.
🎯 Ini kerana hampir semua benda di dunia ni kita boleh letakkan nilai dari bawah RM0/jam (bawah RM0 kalau kita memang benci habis satu benda tu hingga hujung nyawa 🤣) hingga setinggi RM"infiniti"/jam (sebab ada benda tak ternilai harganya seperti keluarga & kebahagian hidup 🥰).
🎯 Jadi bila kita dah tahu nilai masa & diri kita berbanding perkara lain, kita boleh letakkan priority perkara lain dalam hidup kita.
🎯 Contohnya, kalau hourly rate bayar orang lain untuk siapkan kerja atau selesaikan masalah lebih murah dari hourly rate kita, bayar je orang lain & tak perlu buat sendiri. Jangan pening-pening.
🎯 Leverage! Leverage! Leverage!
🎯 Kena ingat masa kita terhad & kita boleh guna masa yang kita jimatkan tadi untuk benda produktif lain.
Kredit kepada:
Shawn
Shawal Mohd














.png)


.png)






