Tuesday, August 29, 2023

Apa itu Private Equity?

 

🟡 “Private Equity” atau “PE” ialah satu istilah yang diberi kepada sebuah institusi yang mengumpul wang jutaan malah billion ringgit dari sekumpulan pelabur, selalunya “high network”.

🟡 PE juga adalah salah satu bentuk “Alternative Financing” (Dana Modal bukan tradisional seperti Pinjaman Bank).

🟡 Wang ini digunakan untuk dilaburkan, dalam bentuk ekuiti.

🟡 PE melabur dalam syarikat yang mempunyai kebolehan menjana keuntungan jangka panjang.

🟡 PE sering dikaitkan dengan dana yang bersedia untuk dilabur ke dalam syarikat-syarikat yang sudah menjana pendapatan yang matang (growth companies). 

🟡 PE juga melabur dalam syarikat yang memerlukan revitalisasi (suntikan) untuk menjadi lebih bernilai.

🟡 Di Malaysia, Syarikat PE yang terkenal seperti Khazanah Nasional dan Ekuiti Nasional (GLC).

🟡 Pelajari mengenai Private Equity di dalam Advanced Business Course!

Wednesday, August 23, 2023

Venture Capital terkemuka di Malaysia

 


🟡 Cradle

Cradle telah membiayai lebih 1,000 syarikat peringkat awal. Kumpulan ini menawarkan program pelaburan yang berbeza untuk syarikat yang mencari modal “venture capital”. Cradle Fund biasanya melabur dalam syarikat berkaitan teknologi apabila mereka berada di peringkat awal. Portfolionya termasuk WOBB Sdn Bhd, MyTeksi (kini Grab), iPay88, Evenesis dan Christy Ng.


🟡 Captii Ventures

Pelabur pelbagai peringkat yang biasanya melabur dalam platform, media

dan perusahaan teknologi. Portfolio pelaburan terdiri daripada Althea (e-Dagang

platform untuk produk kecantikan) dan Curlec (Fintech).


🟡 Monk’s Hill Ventures

MHV mempunyai pejabat di Singapura, Indonesia, Malaysia, Vietnam

dan Thailand. Tertumpu terutamanya pada permulaan teknologi pada peringkat awal (Siri A). Portfolio pelaburan termasuk NinjaVan, ELSA, dan JioHealth.


🟡 Mavcap

Milik sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, Malaysia. Melabur antara peringkat awal hingga akhir dalam sektor ICT dan industri pertumbuhan tinggi yang lain. Portfolio pelaburan termasuk Stripe, WORQ, FashionValet, dan Fave.


🟡 Pelajari mengenai Venture Capital dengan lebih lanjut di dalam Advanced Business Course!

Monday, August 7, 2023

Apa itu Venture Capital?

 

“Venture Capital” ialah dana modal permulaan yang diberikan oleh pelabur institusi kepada syarikat “startup” yang mempunyai keupayaan bertumbuh secara cepat atau “exponential”.

VC adalah salah satu bentuk “Alternative Financing” (Dana Modal bukan tradisional seperti Pinjaman Bank).

Pelaburan mereka dalam syarikat anda selalunya melebihi jutaan ringgit atau USD.

Selalunya VCs mahukan Board Seat, satu kerusi sebagai Lembaga Pengarah (Board of Director).

Mereka mahu melihat peningkatan mendadak (scale up) dalam syarikat yang mereka labur dengan pulangan besar (ROI).

Salah satu VC yang ternama, Sequoia Capital terkenal dengan pelaburan tahap awal (early investor) dalam Google, Linkedin, Whatsapp, Dropbox dan juga Grab.

Pelajari mengenai Venture Capital di dalam Advanced Business Course!

Kredit: Precession Capital

Friday, August 4, 2023

Kenapa Syarikat Tersenarai di Bursa Malaysia?


Syarikat tersenarai adalah syarikat yang sahamnya boleh didagangkan di pasaran saham awam, seperti Bursa Malaysia. Syarikat tersenarai mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan berbanding dengan syarikat Sdn Bhd. 

Antara kelebihan syarikat tersenarai ialah;

- Mempunyai akses kepada modal yang lebih besar dan lebih murah berbanding sumber kewangan lain, seperti pinjaman bank dan sebagainya.

- Meningkatkan reputasi dan kredibiliti syarikat di mata pelanggan, pembekal, pekerja dan pihak berkepentingan yang lain.

- Meningkatkan nilai syarikat dan pemegang saham melalui peningkatan harga saham dan pengagihan dividen.

- Memberikan peluang kepada pemilik asal untuk menjual sebahagian atau keseluruhan pegangan mereka dengan mudah dan cepat.

- Memberikan insentif kepada pengurusan dan kakitangan untuk meningkatkan prestasi syarikat melalui skim opsyen saham – Employee Share Option Scheme (ESOS) atau bonus saham.

Antara kekangan syarikat tersenarai ialah:

- Perlu mematuhi peraturan dan piawaian yang ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan, seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia.

- Perlu menanggung kos yang tinggi untuk menyediakan dan mengemukakan laporan kewangan, audit dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak pengawalselia dan pelabur.

- Perlu bersedia untuk menghadapi tekanan dan persaingan yang sengit daripada pelabur, penganalisa, media dan pesaing dalam pasaran saham.

- Perlu menjaga hubungan yang baik dengan pelabur, pengawalselia, media dan pihak berkepentingan lain yang boleh mempengaruhi persepsi, sentimen dan kepercayaan terhadap syarikat.

- Perlu mengambil kira kepentingan pemegang saham minoriti dan menjaga tadbir urus yang baik dalam membuat keputusan perniagaan.

Oleh itu, syarikat tersenarai mempunyai peluang dan cabaran yang berbeza daripada syarikat Sdn Bhd. Syarikat yang ingin tersenarai perlu menimbang kemaslahatan dan risiko yang terlibat sebelum membuat keputusan tersebut.


FY Al Haj

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad

Thursday, August 3, 2023

Kenapa Melabur Saham?

 


Bila kita melabur saham bermakna kita menjadi sebahagian dari pemilik syarikat tersebut.


Oleh kerana negara kita merupakan negara yang membangun ini bermakna kebanyakan syarikat yang ada dalam negara ini merupakan syarikat yang sedang dalam proses membesar.


Kebanyakan syarikat kita belum lagi mengeluarkan produk dan perkhidmatan untuk dipasarkan ke seluruh dunia. Ia setakat dalam Malaysia, Asia Pasifik mahupun timur tengah dan hanya segelintir yang dapat menembusi pasaran Eropah dan Amerika. 

 

Jadi syarikat-syarikat ini akan membangun selari dengan pembangunan negara ke arah negara maju.


Oleh itu untuk tidak ketinggalan dalam era pembangunan ini maka kita mesti mengambil langkah untuk melabur dalam saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia ini!


Membesarnya syarikat Greatec, Atech, Inari, Public Bank, dan sebagainya akan secara langsung membawa keuntungan kepada kita sebagai pelaburnya.


Anda tiada beza dengan Warren Buffett yang melabur dalam saham Coca Cola yang akhirnya menguasai pasaran dunia...


Tapi janganlah beli dan simpan saham cap ayam yang dah nak bankrap!

 

Apapun kalau anda nak belajar melabur saham dengan betul dengan kaedah yang terbukti berkesan menjadi pelabur IPO, investor atau trade jemputlah datang ke seminar saham From Zero to Hero yang FY jalankan.


FY Al Haj

Top Performing Remisier

Kenanga Investment Bank Berhad


Kredit to : Faizal Yusup aka FY