Thursday, December 12, 2024

Cara Kira Annualised Return Daripada Total Return Unit Trust

Karangan ini khas untuk pelabur unit trust dan juga agen unit trust, khususnya bagaimana nak baca Quaterly Fund Report.

Seterusnya agent dapat memberi penerangan yang berkualiti kepada pelabur dan kemudiannya pelabur menjelaskan kepada isterinya pula.

Begitu ramai agent yang menyebarkan ajaran sesat pengiraan pulangan pelaburan. Sesat dan menyesatkan. Sesat di dunia pelaburan boleh terjerumus ke neraka wang.


Di akhir karangan ini, diharapkan ajaran sesat pengiraan pulangan unit trust boleh lah dihapuskan hendaknya.

Untuk itu, saya ambil prestasi FUND A (bukan nama betul) sebagai kajian kes. 


Total Return FUND A untuk 10 tahun ialah 190.54% manakala Annualised Return ialah 11.24%. Saya akan tunjukkan apa kaitan antara Total Return dan Annualised  Return.


Total Return

Total return bermakna jumlah untung berbanding dengan nilai pelaburan asal. Contohnya jika saya melabur RM 1000 di dalam FUND A sepuluh tahun dulu dengan service charge 3%, berapakah jumlah keuntungan saya sekarang dalam RM?

Profit

= RM 1000÷ 1.03 × 190.54 ÷ 100

= RM 1849.90

Ini bermakna nilai semasa pelaburan saya sekarang ialah;

= Modal + Profit

= RM 1000 + RM 1849.90

= RM 2849.90

Total return digunakan untuk mengira berapa nilai semasa pelaburan berbanding nilai asal. Ini tentunya lebih mudah untuk difahami berbanding jika diberitahu pulangan dalam bentuk peratus.

Contohnya saya nak tahu berapa kali gandakah nilai pelaburan saya? Dalam contoh ini, nilai pelaburan sudah berganda sebanyak;

1 + (190.54 ÷ 100 ÷ 1.03) = 2.849 kali ganda, ini sudah termasuk service charge sebanyak 3%.

Oleh itu jika saya mula melabur sebanyak RM 88,000 sepuluh tahun dulu dalam FUND A, nilai pelaburan saya sekarang ialah

RM 88,000 x 2.849 = RM 250,791.46

Saya untung RM 162,791.46, (berbanding service charge RM 2,563.11 sahaja)


Annualised Return

Sekarang jom kita kira bagaimana nak dapatkan Annualised Return daripada Total Return.

Jika Total Return untuk tempoh 10 tahun ialah 190.54%, kira annualised return.

Jawapan:

Guna formula Future Value (FV);

FV = PV × (1+i);

PV = 1

FV = 1 + 1.9054 = 2.9054

n = 10;

Gantikan dalam persamaan FV di atas;

2.9054 = 1 × (1+i)n

(1+i)10=  2.9054

Oleh itu selesaikan i=

i = 11.25%

Bandingkan dengan 10-year Annualised Return seperti dalam Quaterly Fund Report FUND A.

Ya 99.99% tepat! Perbezaan 0.01 disebabkan oleh rounding error sahaja.

Annualised Return di sini bermaksud compounded annualised return. Dalam Bahasa Melayu, pulangan tahunan terkompaun.

Ia berbeza dengan pulangan purata tahunan atau simple annualised return, di mana total return 190.54% dibahagi dengan 10 tahun, maka dapatlah 19.05% setahun. Dan ini sama sekali tidak boleh untuk digunakan untuk membandingkan pulangan unit trust dengan dividen KWSP atau Tabung Haji.


Kepada agen unit trust, guna annualised return untuk bandingkan prestasi pelaburan, bukan main bahagi Total Return dengan tahun sahaja ya.

Pun begitu, Annualised Return ada kelemahannya juga.

Annualised return 11.24% tidak bermakna setiap tahun FUND A mencatatkan pulangan sebanyak 11.24% konsisten tahun demi tahun. Ternyata ada tahun lebih 20% dan ada tahun sekadar 5% sehaja.

Sebagai contoh lain, jadual di bawah menunjukkan Dana A dan Dana B mencatatkan Total Return yang sama untuk tempoh 5 tahun. Dan jika anda kira, Annualised Return pun sama. Tapi pulangan tahun demi tahun jelas tidak sama antara keduanya.

Jika anda bijak, dana apa yang lebih baik? Dana A atau Dana B?

Berikan sebabnya.

Sekian,

Elias Abllah,

Personal Finance


Monday, December 9, 2024

Celik mengurus kewangan sebahagian tuntutan agama

Umat Islam dituntut menguruskan kewangan dengan baik supaya menghindari pembaziran dan menggunakannya mengikut keperluan. - Foto hiasan
Umat Islam dituntut menguruskan kewangan dengan baik supaya menghindari pembaziran dan menggunakannya mengikut keperluan. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Celik pengurusan kewangan perlu menjadi matlamat utama umat Islam masa kini bukan sahaja untuk merancang perbelanjaan, bahkan menguruskan hutang dengan lebih sistematik.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Fuadah Johari, berkata celik dan mahir selok-belok pengurusan kewangan adalah sebahagian daripada tuntutan agama.

Katanya, perspektif pengurusan kewangan teratur amat dituntut agama dan umat Islam seharusnya melakukan anjakan minda dalam memastikan disiplin tatakelola kewangan lebih baik.

"Islam melarang pembaziran (isyraf) serta bersifat bakhil serta kedekut dan hal ini orang ramai khususnya kalangan Muslim amat digalakkan membuat perancangan berhemah.

"Dalam konteks ini, umat Islam harus memahami prinsip asas maqasid syariah, iaitu pengurusan kewangan adalah amanah untuk menjaga maslahah (kepentingan) kehidupan seperti perlindungan keperluan asas, kesejahteraan keluarga dan pemeliharaan amanah harta sebaiknya.

"Masyarakat Islam juga dituntut mengamalkan disiplin kewangan dengan berbelanja mengikut kemampuan, mengutamakan keperluan berbanding kehendak dan menyimpan untuk masa hadapan," katanya.

Pengurusan patuh syariah

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai disiplin kewangan dan kefahaman umat Islam, termasuk persediaan tabungan bagi menunaikan haji kelak.

Fuadah yang juga Felo Penyelidik, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam menjelaskan, tuntutan meningkatkan literasi kewangan Islam penting bagi memastikan pengurusan kewangan patuh syariah, tersusun dan sistematik serta disusuli perancangan teliti bagi menjamin kesejahteraan kewangan ummah.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Fuadah Johari.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Fuadah Johari.

"Literasi kewangan Islam akan membolehkan Muslim lebih memahami konsep zakat, sedekah dan wakaf yang bukan sahaja mendisiplinkan kewangan peribadi, tetapi memberikan manfaat kepada masyarakat.

"Justeru, tindakan boleh dilakukan untuk mencapai tahap literasi kewangan lebih baik adalah menerusi pendidikan kewangan Islam secara meluas supaya ia dapat membangkitkan lagi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya memahami konsep kewangan patuh syariah.

"Dalam hal ini, kursus atau bengkel pengurusan kewangan Islam patut dianjurkan seperti di masjid, sekolah dan komuniti," katanya.

Beliau berkata, langkah seterusnya ialah mengetengahkan modul bajet dan pelaburan berdasarkan prinsip syariah supaya seseorang dapat merancang kewangan berdasarkan keutamaan Islam.

"Perkara ini dapat dilakukan dengan membuat perancangan takaful untuk melaburkan harta dalam instrumen patuh syariah seperti sukuk, saham patuh syariah atau dana unit amanah Islam serta mengelak pelaburan dalam sektor dilarang seperti riba, perjudian atau produk haram.

"Seterusnya, umat Islam perlu didedahkan dengan budaya amalan dermawan menerusi galakan umat Islam menyumbang melalui wakaf, sedekah atau infak yang berpotensi mengukuhkan institusi kebajikan Islam," katanya.

Katanya, ia juga dilakukan dengan usaha dapat memperkasakan institusi zakat, wakaf dan baitulmal untuk membantu orang Islam memerlukan sokongan kewangan, sekali gus memastikan keseimbangan ekonomi dalam masyarakat.

Bakal haji perlu merancang

Dalam pada itu, beliau berkata, untuk memastikan bakal haji mempunyai simpanan mencukupi, bakal jemaah perlu merancang secara berhemah.

Penubuhan Tabung Haji mendidik umat Islam dalam aspek pengurusan kewangan untuk mencapai cita-cita menunaikan haji di tanah suci. - Foto hiasan
Penubuhan Tabung Haji mendidik umat Islam dalam aspek pengurusan kewangan untuk mencapai cita-cita menunaikan haji di tanah suci. - Foto hiasan

"Kewajipan menunaikan haji hanya tertakluk kepada mereka berkemampuan, namun apabila ada orang Islam mengharapkan bantuan kewangan daripada saudara-mara atau jiran untuk mencukupkan simpanan mereka, ia menunjukkan keperluan mendesak memperkukuhkan budaya perancangan kewangan dalam kalangan umat Islam.

"Justeru, bagi mengelakkan perkara ini berlaku dalam kalangan masyarakat, orang Islam perlu memulakan tabungan awal, termasuk membuka akaun simpanan haji di Tabung Haji seawal mungkin.

"Tabungan secara konsisten, walaupun dalam jumlah kecil akan memberikan peluang untuk mengumpul dana dalam jangka masa panjang.

"Ibu bapa perlu bertindak memulakan simpanan untuk anak-anak khusus untuk tujuan menunaikan haji, sebagai langkah awal membudayakan perancangan kewangan dalam keluarga.

"Kita perlu membudayakan konsep istiqamah menabung sebagai disiplin dan menjadi sebahagian daripada rutin kewangan, mengutamakan prinsip 'menyimpan sebelum berbelanja'," katanya.

Ini adalah selari dengan konsep asal penubuhan Tabung Haji seperti yang diilhamkan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz bagi mendidik disiplin pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat Melayu untuk mencapai cita-cita menunaikan haji di Tanah Suci.

Semestinya perlu ada anjakan pemikiran yang lebih maju ke hadapan kerana kita tidak mahu lagi melihat masyarakat kita berkorban harta, binatang ternakan dan tanah semata-mata untuk mencukupkan tabungan bagi menunaikan haji seperti suatu ketika dahulu.

Kredit : BHarian

Friday, December 6, 2024

Asas Pengurusan Kewangan Untuk Orang Muda

 

Asas pengurusan kewangan untuk orang muda adalah penting bagi membina tabiat kewangan yang sihat sejak awal. Berikut adalah langkah asas yang boleh dijadikan panduan:

1. Bina Belanjawan yang Jelas

Langkah-Langkah:

  • Rekodkan Semua Pendapatan: Pastikan anda tahu dari mana wang anda datang, seperti gaji, elaun, atau pendapatan tambahan.
  • Catat Perbelanjaan Harian: Simpan resit dan rekod semua perbelanjaan, termasuk yang kecil seperti kopi atau tambang bas.
  • Gunakan Kaedah Belanjawan:
    • 50% untuk keperluan asas: seperti sewa rumah, bil, makanan, dan pengangkutan.
    • 30% untuk kehendak: hiburan, makan di luar, atau langganan seperti Netflix.
    • 20% untuk simpanan dan pelaburan: Dana kecemasan, simpanan masa depan, atau pelaburan jangka panjang.

Alat yang Boleh Digunakan:

  • Aplikasi belanjawan seperti YNAB, Mint, atau Excel untuk memantau kewangan anda.

2. Sediakan Dana Kecemasan

Apa itu Dana Kecemasan?

Dana kecemasan ialah wang yang disimpan untuk situasi tak terduga seperti:

  • Kehilangan pekerjaan.
  • Kemalangan atau kecemasan perubatan.
  • Kerosakan harta benda (contoh: kereta rosak).

Cara Mula:

  • Tetapkan matlamat untuk menyimpan 3-6 bulan gaji.
  • Mulakan dengan simpanan bulanan kecil, seperti 10% pendapatan.
  • Simpan di akaun mudah diakses seperti akaun simpanan atau Tabung Haji.


3. Elakkan Hutang yang Tidak Perlu

Langkah Mengurus Hutang:

  • Gunakan Kad Kredit dengan Bijak:
    • Bayar penuh baki bulanan untuk mengelakkan caj faedah.
    • Elakkan penggunaan kad kredit untuk membeli barang yang tidak mampu dibayar.
  • Utamakan Bayaran Hutang: Jika ada pinjaman, fokus pada yang mempunyai kadar faedah tertinggi terlebih dahulu.

Elakkan:

  • Membeli barang mewah dengan pinjaman.
  • Mengambil hutang untuk gaya hidup.


4. Mulakan Simpanan Seawal Mungkin

Kenapa Penting?

  • Semakin awal anda menyimpan, semakin cepat wang anda berkembang melalui faedah berganda (compound interest).

Cara Mudah:

  • Automatikkan simpanan dengan memotong sebahagian gaji terus ke akaun simpanan.
  • Tetapkan sasaran, contohnya RM50 setiap minggu.


5. Kenali Kuasa Pelaburan

Apa Itu Pelaburan?

Melabur bermaksud menggunakan wang untuk menjana lebih banyak wang dalam jangka panjang.

Pilihan Pelaburan yang Selamat untuk Pemula:

  • Unit Amanah: Seperti ASB atau Tabung Haji.
  • Pelaburan Emas: Seperti akaun emas di bank.
  • ETF atau Saham: Mulakan dengan jumlah kecil untuk belajar.

Langkah Awal:

  • Fahami risiko setiap jenis pelaburan.
  • Jangan melabur dalam skim cepat kaya.


6. Lindungi Diri dengan skim Takaful

Jenis Takaful Penting:

  • Takaful Perubatan: Melindungi daripada kos rawatan hospital yang tinggi.
  • Takaful Hayat: Untuk menjaga kebajikan keluarga jika berlaku sesuatu.

Pilih dengan Bijak:

  • Fahami polisi sebelum menandatangani.
  • Bandingkan pelan insurans daripada beberapa syarikat.


7. Tetapkan Matlamat Kewangan

Matlamat Jangka Pendek:

  • Simpanan untuk melancong atau membeli telefon baru.

Matlamat Jangka Panjang:

  • Membeli rumah, bersara awal, atau menyimpan untuk pendidikan anak.

Langkah Tindakan:

  • Pecahkan matlamat kepada langkah kecil.
  • Contoh: Jika anda mahu menyimpan RM10,000 dalam 2 tahun, simpan RM416 setiap bulan.


8. Tambah Pendapatan

Cara Menjana Pendapatan Tambahan:

  • Kerja Sambilan: Contohnya, kerja sebagai penulis bebas, jurugambar, atau tutor.
  • Bisnes Kecil-kecilan: Seperti menjual produk dalam talian atau dropshipping.
  • Pelaburan: Mulakan dengan aset kecil yang boleh memberikan dividen.


9. Didik Diri tentang Kewangan

Sumber Belajar:

  • Buku: Contoh: Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki, atau The Intelligent Investor oleh Benjamin Graham.
  • Podcast dan Video: Ikuti pakar kewangan seperti Dave Ramsey atau Tony Robbins.
  • Kelas Kewangan: Sertai seminar atau bengkel kewangan untuk pemahaman lebih mendalam.


10. Kawal Perbelanjaan Boros

Tips untuk Berbelanja dengan Bijak:

  • Buat Senarai Belanja: Jangan beli sesuatu tanpa perancangan.
  • Tunggu 24 Jam: Sebelum membeli barang mahal, fikir dua kali.
  • Cari Tawaran: Bandingkan harga atau beli ketika promosi.

Elakkan:

  • Terpengaruh dengan trend media sosial.
  • Membeli barang untuk menunjuk-nunjuk.

Dengan disiplin dan kesedaran, orang muda boleh membentuk asas kewangan yang kukuh, menjamin masa depan yang lebih stabil dan bebas kewangan. Anda boleh memulakan perlahan-lahan tetapi konsisten! 

Thursday, November 28, 2024

Pengenalan kepada Unit Trust

 

Pengenalan kepada Unit Trust

Unit trust adalah bentuk pelaburan kolektif di mana dana daripada pelabur dikumpulkan dan diuruskan oleh pengurus profesional. Dana ini dilaburkan dalam pelbagai instrumen seperti saham, bon, dan pasaran wang, mengikut objektif tertentu.

Contoh: Jika anda ingin melabur dalam saham tetapi tidak mempunyai masa atau kepakaran, unit trust membolehkan anda melakukannya secara tidak langsung melalui pengurus dana.

Kelebihan utama unit trust: Ia menawarkan penyelesaian yang mudah dan profesional untuk mencapai matlamat kewangan anda, seperti persaraan atau pendidikan anak.


Kelebihan Pelaburan Unit Trust

  • Diversifikasi: Dana unit trust melabur dalam pelbagai aset dan sektor, mengurangkan risiko dengan tidak bergantung pada satu pelaburan sahaja.
  • Pengurusan Profesional: Pengurus dana yang berpengalaman membuat keputusan berdasarkan analisis pasaran, membantu memaksimumkan pulangan.
  • Modal Permulaan Rendah: Anda boleh memulakan pelaburan dengan jumlah yang kecil, sesuai untuk pemula.
  • Kemudahan Kecairan: Anda boleh menjual unit anda bila-bila masa, memberikan fleksibiliti.


Jenis-Jenis Unit Trust

Pelabur boleh memilih jenis dana berdasarkan keperluan dan toleransi risiko mereka:

a. Dana Ekuiti (Equity Funds)

Melabur dalam saham syarikat untuk potensi pulangan tinggi, tetapi dengan risiko yang lebih tinggi.
Contoh: Dana yang fokus pada sektor teknologi atau saham patuh syariah.

b. Dana Pendapatan Tetap (Fixed Income Funds)

Melabur dalam bon kerajaan atau korporat untuk pendapatan tetap dan risiko yang lebih rendah.
Sesuai: Untuk pelabur konservatif.

c. Dana Pasaran Wang (Money Market Funds)

Melabur dalam instrumen jangka pendek seperti deposit tetap.
Kelebihan: Risiko rendah dengan kecairan tinggi.

d. Dana Campuran (Balanced Funds)

Gabungan saham dan bon untuk keseimbangan antara risiko dan pulangan.

e. Dana Khusus (Specialized Funds)

Fokus pada tema tertentu seperti teknologi hijau, hartanah, atau negara tertentu.


Risiko dalam Pelaburan Unit Trust

Tiada pelaburan yang bebas risiko, termasuk unit trust. Berikut adalah risiko utama:

  • Risiko Pasaran: Nilai pelaburan boleh turun naik berdasarkan keadaan ekonomi.
  • Risiko Kadar Faedah: Kenaikan kadar faedah boleh menjejaskan nilai bon dalam portfolio.
  • Risiko Kredit: Jika penerbit bon gagal membayar hutang, dana boleh mengalami kerugian.
  • Risiko Kecairan: Walaupun jarang berlaku, beberapa dana mungkin sukar dicairkan dalam keadaan tertentu.


Cara Memilih Unit Trust yang Sesuai

Langkah penting sebelum melabur:

  • Kenal Pasti Matlamat Kewangan Anda
    Contoh: Melabur untuk pendidikan anak dalam 10 tahun atau untuk persaraan dalam 20 tahun.
  • Toleransi Risiko
    Tentukan sama ada anda bersedia menghadapi turun naik pasaran atau lebih suka pelaburan yang stabil.
  • Analisis Prestasi Dana
    Periksa prestasi dana dalam 3, 5, dan 10 tahun terakhir untuk melihat konsistensi.
  • Yuran dan Kos
    Semak caj pengurusan dan caj jualan kerana ia boleh mempengaruhi pulangan anda.


Proses Melabur dalam Unit Trust

  1. Kenal Pasti Syarikat Unit Trust atau Ejen Berdaftar
    Pilih institusi kewangan atau perunding kewangan bertauliah.
  2. Buka Akaun Pelaburan
    Lengkapkan dokumentasi dan pilih dana berdasarkan keperluan anda.
  3. Sediakan Modal
    Anda boleh memulakan pelaburan dengan jumlah kecil, biasanya serendah RM100.
  4. Pemantauan dan Penyesuaian
    Pantau prestasi dana anda dan lakukan penyesuaian jika perlu.


Pelaburan Unit Trust Berlandaskan Syariah

Unit trust patuh syariah mengikuti prinsip pelaburan Islam, seperti:

  • Tidak melabur dalam sektor haram seperti arak, perjudian, dan riba.
  • Diaudit oleh jawatankuasa syariah untuk memastikan kepatuhan.

Kelebihan: Pelabur Muslim boleh melabur dengan tenang tanpa melanggar hukum syarak.


Yuran dan Kos yang Terlibat

Kos penting untuk difahami kerana ia mempengaruhi pulangan bersih:

  • Caj Pengurusan: Yuran tahunan yang dikenakan oleh pengurus dana.
  • Caj Jualan (Sales Charge): Caj satu kali ketika membeli unit.
  • Caj Penebusan (Redemption Fee): Caj ketika menjual unit, jika ada.

Sebagai contoh: Jika caj jualan adalah 3%, RM30 akan dipotong untuk setiap RM1,000 pelaburan.


Mitos dan Salah Faham tentang Unit Trust

  • "Tiada Risiko": Semua pelaburan mempunyai risiko; unit trust bertujuan mengurangkan risiko melalui diversifikasi.
  • "Hanya untuk Orang Kaya": Sebaliknya, unit trust sesuai untuk semua peringkat pendapatan.
  • "Pulangan Dijamin": Pulangan bergantung kepada prestasi pasaran.


Tips Pelaburan Unit Trust yang Berjaya

  • Bermula Awal: Lebih lama anda melabur, lebih banyak keuntungan melalui kesan faedah kompaun.
  • Melabur Secara Konsisten: Gunakan kaedah pelaburan berkala (dollar-cost averaging) untuk mengurangkan risiko.
  • Fokus pada Jangka Panjang: Jangan panik dengan turun naik pasaran jangka pendek.
  • Dapatkan Nasihat Pakar: Bekerjasama dengan perunding kewangan bertauliah untuk membuat keputusan terbaik.


Kesimpulan

Unit trust adalah instrumen pelaburan yang fleksibel, sesuai untuk pelbagai matlamat kewangan. Dengan diversifikasi, pengurusan profesional, dan modal permulaan yang rendah, ia boleh menjadi cara yang efektif untuk mencapai kebebasan kewangan.


Ahmad Hanizam adalah Unit Trust Consultant berdaftar dengan syarikat pengurusan unit trust No.1 di Malaysia dan anda boleh setkan satu pertemuan untuk mengetahui maklumat lanjut. Sesi penerangan adalah percuma.

Monday, November 18, 2024

Make your EPF savings go the distance: Smart tips for retirement at 55 and beyond

KUALA LUMPUR, Nov 15 — Are you planning what to do with your Employees Provident Fund (EPF) savings once you gain full access at retirement or upon turning 55?

At age 55, you can choose to withdraw your entire EPF balance, but that’s just one of many options. You could also opt for smaller, periodic withdrawals to stretch your savings further.

Here’s the advice EPF shared with Malay Mail on making your retirement savings go the distance:

The message is simple: Keep your savings in EPF and only withdraw regular sums every month, so the rest of your EPF savings can continue to grow.

“EPF members aged 55, 60 and above have the flexibility to withdraw their savings either monthly, partially or a combination of both throughout their retirement.

“These periodic withdrawals allow the remaining EPF savings to continue earning returns through annual dividends while enabling members to manage their finances during retirement,” EPF told Malay Mail when contacted.

The EPF said this is an “effective strategy” to extend EPF members’ retirement savings as long as possible and to enhance their income security after retirement.

“To support this approach, RA Officers are available to assist members with retirement advice and we strongly encourage retirees to opt for the monthly drawdown option. This can help members extend their savings throughout their retirement,” it said, referring to EPF’s free Relationship & Advisory (RA) service that is available at all 69 EPF branches nationwide.

EPF’s trained RA officers provide advice and guidance such as on financial planning, planning for retirement and how to manage your finances post retirement.

A balanced strategy to stretch the ringgit as Malaysians embrace longer lives

In its response to Malay Mail, the EPF highlighted that Malaysians are now expected to live longer, with the average life expectancy in Malaysia rising from 54 years in 1957 to 75 years in 2024.

“This longer lifespan emphasises the importance of planning for a secure financial future as their retirement savings need to last much longer than before,” it said.

Saying it is “committed to promoting overall financial wellbeing in retirement”, the EPF pointed out that both short- and long-term needs are important.

“The EPF recognises the short-term needs during times of crisis are as important as saving for retirement. Individuals can focus on longer term planning when their short-term needs are met,” it said, before offering the advice of monthly withdrawals of EPF savings if any EPF member wants to make withdrawals after the age of 55.

EPF’s trained RA officers can give you free advice on how to balance your immediate financial needs with planning for your retirement. File pix of EPF’s Shah Alam office in November 2020. — Picture by Yusof Mat Isa


Why are we talking about the ages 55 and 60?

Here’s why, based on information available from EPF’s website:

When you are below the age of 55, you will not be able to withdraw 75 per cent of your EPF savings, as it is reserved for your retirement. Withdrawals from the rest of your EPF savings could be allowed, if certain conditions are met.

At age 55, you have the option to withdraw your entire EPF savings. Alternatively, you can opt for a partial withdrawal, set up monthly withdrawals, or even choose a combination of both partial and monthly withdrawals, among other choices.

If you do not retire at age 55 and you continue to work, your new EPF contributions will go into a separate account called Akaun Emas, which you can only access at age 60.

At age 60, you again have the option to fully withdraw all your retirement savings, including from Akaun Emas. Alternatively, you can opt for a partial withdrawal, monthly withdrawals, or a combination of both, along with other available choices.

Your savings in both Akaun 55 and Akaun Emas will continue to earn dividends, if you keep your money there.

Be cautious with the option of a lump sum or full withdrawal of your EPF savings, as EPF data has shown that many members exhaust their retirement funds within just five years.

How much should you target to have in EPF savings by age 55?

The Basic Savings or minimum amount of EPF savings that you should target to have by age 55 is RM240,000, according to the latest target set by EPF from 2019.

If you retire at age 55, RM240,000 would be equivalent to a monthly retirement income of RM1,000 for the next 20 years until you turn 75.

The EPF previously said in a 2022 news report that RM600,000 would be the “adequate savings” amount for an individual to retire in Kuala Lumpur comfortably, based on data then on the basic monthly expenses for a retiree in the capital city and the life expectancy of Malaysians.

RM600,000 would be equivalent to a monthly retirement income of RM2,500 for 20 years from age 55 to 75.

source: yahoo