Monday, March 25, 2024

7 Tanda Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang Usahawan

 


 

ANDA BERCITA-CITA & PENGAMBIL RISIKO

• Anda menyasarkan matlamat besar dalam hidup.

• Anda terus meneruskan walaupun apa yang orang lain katakan tentang anda.

 

ANDA SUKA MENYELESAIKAN MASALAH

• Anda boleh mencari penyelesaian kepada masalah masyarakat.

• Semakin besar masalah yang anda selesaikan. lebih banyak wang yang anda boleh buat.

 

ANDA INGIN MEMBUAT IMPAK DI DUNIA

• Selain mencari wang. anda mahu mencipta kesan dan mengubah kehidupan.

• Anda lebih suka bekerja untuk diri sendiri daripada untuk bos anda.

 

ANDA MEMPUNYAI LINGKARAN KECIL

• Tidak semua orang memahami anda kecuali sebilangan kecil.

• Memilih dengan siapa anda meluangkan masa akan menambah nilai kepada diri anda.

 

ANDA MELABUR DIRI SENDIRI SECARA KONSISTEN

• Anda mempunyai keinginan yang kuat untuk terus belajar.

• Melabur dalam semua jenis pendidikan adalah cara terpantas untuk mengembangkan perniagaan anda dan minda.

 

ANDA SEORANG PEMIMPIN

• Anda boleh memimpin dan memberi inspirasi kepada orang ramai dengan visi dan kejayaan anda.

 

ANDA TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA

• Untuk sebarang halangan yang dihadapi oleh anda. anda akan sentiasa mencari jalan untuk maju dan mencapai matlamat anda.

• Pemenang adalah mereka yang tidak pernah berputus asa.

Tuesday, March 12, 2024

Hari Ni Kita Belajar Tentang Unit Trust

.

Unit Trust juga bermaksud unit amanah. 

Di Malaysia, istilah unit trust lebih popular daripada unit amanah dan buat masa ini terdapat 36 syarikat pengurus dana swasta yang menjalankan bisnes ini. 

Dari segi istilah, unit amanah adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana profesional. 

Pengurus dana mungkin melabur dalam aset-aset berikut berdasarkan objektif pelaburan: 

  • Bonds 
  • Stocks 
  • Derivatives 
  • Money market instruments 
  • Cash Property 

Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang akan menjana keuntungan kepada pemiliknya. 

Jadi, sebagai pelabur unit trust, secara tidak langsung anda memiliki aset-aset ini. Menarik, kan? . Oleh itu, setiap sen yang anda laburkan dalam unit trust adalah mewakili pelaburan dalam aset-aset ini. 

Bagaimana Pelabur Boleh Untung? 

Jika aset-aset yang dilaburkan itu naik nilainya, maka kenaikan ini akan diterjemahkan dengan kenaikan harga seunit unit trust. Manfaat pertama ialah keuntungan modal apabila pelabur menjualnya semula. 

Di samping itu, aset-aset ini memberi pendapatan tunai seperti dividen atau sewa, maka pendapatan ini juga akan diterjemahkan dengan kenaikan seunit unit trust yang pelabur miliki. 

Begitu juga sebaliknya apabila nilai aset-aset ini turun nilai dan tidak memberikan pendapatan maka harga seunit unit trust akan menurun. 

Turun naik nilai aset-aset ini bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar interest, kadar tukaran mata wang dan kecekapan pengurus yang menguruskan aset-aset pelabur. 

Semoga bermanfaat dan sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya di link di bawah: 

https://unittrust.wassap.my/ Ahmad Hanizam