Friday, June 16, 2023

Istilah dalam Saham


ISTILAH DALAM SAHAM

ULANGSIAR

Sebagai newbie dalam dunia pelaburan saham, sudah tentu anda akan berbual dengan geng-geng otai saham sebab nak tambah ilmu dan belajar daripada pengalaman mereka. Saya pasti ada di antara anda yang akan blur blur apabila mereka mula bercerita menggunakan istilah-istilah tertentu.

Bukanlah niat mereka mahu memeningkan kepala anda lebih-lebih lagi ianya di dalam Bahasa Inggeris. Bagi mereka yang sudah lama dalam dunia pelaburan saham ini, maklumat akan lebih cepat dikongsikan jika menggunakan istilah-istilah ini.

Jadi, bagi mengelakkan anda lost ketika berbual dengan otai-otai saham, di sini dikongsikan beberapa istilah asas dalam pasaran saham yang akan selalu anda dengar.


Balance Sheet

Ia mengandungi maklumat ringkas penyata kewangan tentang aset (pemilikan), liabiliti (hutang/tanggungan) dan ekuiti milik pemegang saham (shareholder’s equity) yang melabur di sesebuah syarikat saham itu. Maklumat ini penting bagi memaparkan prestasi syarikat tersebut. Shareholder’s equity pula adalah hasil selepas jumlah aset ditolak dengan jumlah liabiliti.


P&L

Profit n Loss Account menunjukkan keuntungan atau kerugian syarikat tersebut dalam operasi perniagaannya.


PAT @ Profit After Tax

Keuntungan bersih syt selepas ditolak semua kos termasuk Cukai.


Brokerage

Adalah caj yang dikenakan oleh broker bila anda membeli atau menjual saham. Ia tak sampai 1% dari jumlah pembelian atau penjualan.


Remisier dan Dealer’s Rep

Wakil peniaga berlesen dengan Bursa Malaysia yang menjalankan urusniaga jual beli saham.


Bear Market @ Down Trend

Keadaan di mana pasaran saham mengalami trend kejatuhan harga dalam jangka masa yang agak lama.


Bull Market & Up Trend

Situasi yang berlawanan dengan situasi Bear Market.


Sideways

Situasi dimana pasaran saham bergerak dalam jajaran horizontal atau melintang tidak naik dan tidak turun.


Capital Gain 

Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.


Diversification 

Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri  bagi tujuan mengurangkan risiko.


Dividen 

Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham setiap 3, 6 bulan atau pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.


Indeks 

Penanda aras dalam setiap sektor.


Initial Public Offering (IPO) @ Saham Terbitan Awam

Saham syarikat yang ditawarkan kepada orang ramai sebelum diapung atau disenaraikan dalam pasaran saham.


Lot 

100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot


Open Price 

Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.


Close Price 

Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.


Portfolio 

Koleksi jenis saham yang dilaburkan.


Saham Blue Chip 

Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.


Volatility 

Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dalam sehari.


Volume

Jumlah saham yang didagangkan pada hari tersebut.


Yield

Dividen yang diperolehi dalam masa setahun  X 100%

harga seunit saham yang anda beli.


FA - Fundamental analysis 

kajian berkaitan dgn perniagaan syarikat, pengurusan, pemegang2 saham utama dan prestasi kewangan syarikat (terutamanya earnings)


TA - Technical Analysis

Kajian berkaitan dgn volume, price, indikator, candlestick yang menggunakan Carta


PVA - Price Value Action


Jenis pelabur


1. Intraday/ trader: belian dan jualan dlm masa hari yg sama

2. Swing: belian dan jualan dlm jangka masa lebih satu hari dan kurang dua minggu

3. Position: mid to long term

4. Invest: long term. Simpan saham bertahun-tahun.


51 istilah sering digunakan


1. Bull : pasaran tgh menaik/ banyak belian/ indeks hijau

2. Bear: pasaran menurun/ Banyak jualan/ indeks merah

3. Uptrend : konter tgh menaik

4. Downtrend : konter menurun.

5. Reversal : konter yg berubah trend di atas

6. Sideway: kaunter/stocks yg bergerak melintang tanpa penurunan atau kenaikan.

7. Loss : rugi

8. Profit : popit/ untung

9. Resistance: paras harga yg selalu dicapai. Jika ditembusi, harga dipercayai akan naik.

10. Support: paras harga lantai dimana jika ditembusi, beranggapan harga semakin jatuh.

11. RBS (resistance become support): paras harga yg dahulunya resistance menjadi paras support.

12. Limit up: kenaikan pada tahap harga harian yg maksima iaitu 30% bagi saham melebihi RM1.00 dan 30 sen bagi saham bawah RM1.00.

13. Limit down: sebalik Limit Up.

14. Gap up: harga buka lbh tinggi dari harga tutup smlm.

15. Gap down: harga buka lebih rendah dari harga tutup smlm

16. Q buy : beratur utk belian 

17. Q sell : beratur utk jualan

18. Retrace: seperti pullback

19. Pullback: harga jatuh setelah beberapa siri kenaikan dan bersifat sementara ketika up-trend

20. Correction: harga jatuh setelah beberapa siri kenaikan dalam uptrend dan bersifat agak lama/panjang

21. Rebound : kenaikan sementara pada sesuatu kaunter saham yg dalam downtrend.

22. Market Crash: kejatuhan besar melebihi 50% dari tahap tertinggi dan mengambil masa yang lama pada keseluruhan pasaran saham diketika ekonomi yg tidak sihat

23. Entry Price/ ep : harga  belian yg disarankan.

24. Sell/ Exit : jual

25. Hold : konter yg dibeli disimpan

26. Cut loss/ CL: Harga yang disarankan jual pada harga yg rendah dari harga belian.

27. Take Profit: menjual sebahagian atau kesemua lot saham yg dibeli setelah mendpt keuntungan capital gain

28. Target Price/ TP: paras harga yg dijangka akan dicapai. TP juga dikenali Take Profit

29. Time frame / Trading Period : Jangkamasa pegangan yang dicadangkan

30. Stop Loss/ SL: sama dgn CL

31. Breakout/ BO: harga melebihi paras target atau resistent

32.Capital Gain – Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.

33. Diversify – Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri  bagi mengurangkan risiko.

34. Dividen – Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham (shareholder) pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.

35. indeks – Penanda aras dalam setiap sektor. Diwakili oleh 30konter

36. Initial Public Offering (IPO) – Saham syarikat yang ditawarkan jualannya kepada orang ramai sebelum diapung di pasaran saham.

37. Lot – 100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot

38. Open Price – Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.

39. Close Price – Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.

40. Portfolio – Koleksi jenis saham yang dilaburkan/dibeli

41. Saham/kaunter Blue Chip – Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.

42. Volatility – Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dlm sehari.

43. UMA (unusual market activity) : pertanyaan dari Bursa kpd syarikat yg pergerakan harga yg luar biasa.

44. Trend: samada bullish (menaik) atau bearish (menurun).

45. Trendline: garisan yg dibuat bagi menentukan aras SnR dan trend sesuatu konter

46. DTL (downtrend line): bearish trendline- garisan yg dibina pada titik2 resistance di chart downtrend. 

47. BO DTL: breakout downtrend line.

48. BO 52w: breakout paras resistance/ harga tertinggi within 1year atau 52 weeks

49. T0,T1,T2,T3,T4...:

T ialah transaction day. T0 ialah buy day. T4, 5th days from buy day.

50. FIFO: Fast In, Fast out

51. BTST: Buy Today, Sell tomorrow.

sumber: FY

Thursday, May 25, 2023

Apakah Itu Expenses

 


Apa Itu Expenses?

💸Expenses atau perbelanjaan adalah kos operasi yang ditanggung oleh syarikat untuk menjana pendapatan.


💸Perniagaan boleh menghapuskan perbelanjaan yang boleh ditolak cukai dalam penyata cukai pendapatan mereka, dengan syarat mereka memenuhi garis panduan IRS.


💸Akauntan merekodkan perbelanjaan melalui salah satu daripada dua kaedah perakaunan iaitu asas tunai atau asas akruan.


💸Terdapat dua kategori utama perbelanjaan perniagaan dalam perakaunan iaitu perbelanjaan operasi dan perbelanjaan bukan operasi.


💸IRS memperlakukan perbelanjaan modal secara berbeza daripada kebanyakan perbelanjaan perniagaan yang lain.

Wednesday, April 26, 2023

50 Tips Pelaburan Daripada Warren Buffett


Warren Buffett bernilai $100 Billion dan merupakan pelabur paling berjaya sepanjang zaman. Berikut ialah 50 petua pelaburan teratas beliau:

1) Takut apabila orang lain tamak dan tamak apabila orang lain takut

2) Pelaburan ialah meletakkan wang sekarang, untuk mendapatkan lebih banyak kembali pada masa hadapan

3) Harga adalah apa yang anda bayar, nilai adalah apa yang anda dapat

4) Matlamat kami adalah untuk mencari perniagaan yang cemerlang pada harga yang berpatutan, bukan perniagaan yang biasa-biasa pada harga yang murah

5) Adalah jauh lebih baik untuk membeli syarikat yang hebat pada harga yang berpatutan daripada syarikat yang adil pada harga yang berpatutan

6) Jangan sekali-kali melabur dalam perniagaan yang anda tidak faham

7) Nilai perniagaan ialah wang tunai yang akan dihasilkan pada masa hadapan

8) Jika perniagaan berjalan dengan baik, harga saham akan mengikuti

9) Abaikan pasaran saham, abaikan ekonomi, dan beli perniagaan yang anda faham

10) Peluang pelaburan yang hebat berlaku apabila perniagaan yang hebat menghadapi masalah yang besar sekali tetapi boleh diselesaikan

11) Risiko datang daripada tidak mengetahui apa yang anda lakukan

12) Kepelbagaian luas hanya diperlukan apabila pelabur tidak memahami apa yang mereka lakukan

13) Kepelbagaian boleh mengekalkan kekayaan, tetapi tumpuan membina kekayaan

14) Anda hanya perlu membetulkan beberapa perkara dalam hidup anda, selagi anda tidak membuat terlalu banyak perkara yang salah

15) Jika anda tidak dapat mengawal emosi anda, anda tidak boleh mengawal wang anda

16) Lihat turun naik pasaran sebagai rakan anda dan bukannya musuh anda; mendapat keuntungan daripada kebodohan daripada mengambil bahagian di dalamnya

17) Sama ada kita bercakap tentang stokin atau stok, saya suka membeli barangan berkualiti apabila ia ditandakan

18) Wang tunai digabungkan dengan keberanian dalam masa krisis adalah tidak ternilai

19) Jangan lepaskan sesuatu yang menarik hari ini kerana anda fikir anda akan menemui sesuatu yang lebih baik esok

20) Pada pandangan saya, bagi kebanyakan orang, perkara terbaik untuk dilakukan ialah memiliki dana indeks S&P 500

21) Pasaran Saham direka untuk memindahkan wang daripada pesakit dalam kepada pesakit

22) Pelabur sebenar mengalu-alukan turun naik, pasaran yang sangat turun naik bermakna harga yang rendah secara tidak rasional secara berkala akan dilampirkan pada perniagaan yang kukuh

23) Hanya beli sesuatu yang anda akan gembira untuk memegang jika pasaran ditutup selama 10 tahun

24) Tempoh pegangan kegemaran kami adalah selama-lamanya

25) Jika anda tidak berfikir untuk memiliki saham selama 10 tahun, jangan fikir untuk memilikinya selama 10 minit

26) Masa adalah kawan kepada perniagaan yang indah

27) Banyak kejayaan boleh dikaitkan dengan ketidakaktifan, kebanyakan pelabur tidak dapat menahan godaan untuk sentiasa membeli dan menjual

28) Tiga perkataan paling penting dalam pelaburan ialah 'margin keselamatan'

29) Pelabur hari ini tidak mendapat keuntungan daripada pertumbuhan semalam

30) Dalam jangka pendek, pasaran adalah mesin mengundi. Dalam jangka masa panjang, ia adalah mesin penimbang

31) Beli sesuatu dengan harga yang kurang daripada yang patut

32) Ketakutan yang meluas adalah rakan anda sebagai pelabur kerana ia menyediakan pembelian murah

33) Apabila melabur, pesimisme adalah kawan anda, euforia musuh

34) Punca paling biasa harga rendah ialah pesimisme, kadangkala meresap, kadangkala khusus untuk syarikat atau industri. Kami mahu berniaga dalam persekitaran sedemikian, bukan kerana kami suka pesimisme tetapi kerana kami suka harga yang dihasilkannya

35) Amerika Syarikat mengalami dua perang dunia, konflik ketenteraan traumatik dan mahal yang lain, Kemelesetan; sedozen atau lebih kemelesetan dan panik kewangan, kejutan minyak, wabak selesema; dan peletakan jawatan seorang presiden. Namun Dow masih meningkat daripada 66 kepada 11,497

36) Tahun-tahun akan datang kadangkala akan memberikan penurunan pasaran yang besar, malah panik, yang akan menjejaskan hampir semua saham. Tiada siapa yang boleh memberitahu anda bila trauma ini akan berlaku

37) Saya rasa kesilapan paling teruk yang boleh anda lakukan dalam saham ialah membeli atau menjual berdasarkan tajuk berita semasa

38) Spekulasi adalah paling berbahaya apabila ia kelihatan paling mudah

39) Perkara terbaik yang berlaku kepada kami ialah apabila syarikat yang hebat menghadapi masalah sementara, kami ingin membelinya apabila mereka berada di meja operasi

41) Peluang datang jarang, bila hujan emas, keluarkan baldi, bukan bidal.

42) Peluang terbaik untuk menggunakan modal adalah apabila keadaan merosot

43) Anda akan menjadi sangat kaya jika anda menganggap diri anda mempunyai kad dengan hanya dua puluh pukulan dalam seumur hidup, dan setiap keputusan kewangan menggunakan satu pukulan. Anda akan menahan godaan untuk mencuba. Anda akan membuat lebih banyak keputusan yang baik dan anda akan membuat keputusan yang lebih besar.

44) Perniagaan Amerika hampir pasti bernilai jauh lebih tinggi pada tahun-tahun mendatang

45) Kita sentiasa hidup dalam dunia yang tidak menentu, apa yang pasti Amerika Syarikat akan maju dari semasa ke semasa.

46) Selama 240 tahun adalah satu kesilapan besar untuk bertaruh menentang Amerika, dan sekarang bukan masa untuk bermula

47) Anda perlu memahami perakaunan, ia mesti menjadi seperti bahasa kepada anda

48) Jika anda tidak mencari cara untuk membuat wang semasa anda tidur, anda akan bekerja sehingga anda mati

49) Pelaburan terbaik anda ialah diri sendiri, lebih banyak anda belajar, lebih banyak anda akan perolehi

50) Jika anda membeli barang yang anda tidak perlukan, tidak lama lagi anda perlu menjual barang yang anda perlukan

51) Wang yang disimpan adalah wang yang boleh dilaburkan untuk berkembang dari semasa ke semasa

52) Dalam dunia perniagaan, orang yang paling berjaya adalah mereka yang melakukan apa yang mereka suka

53) Lebih baik bergaul dengan orang yang lebih baik daripada anda, pilih rakan sekerja yang tingkah lakunya lebih baik daripada anda dan anda akan hanyut ke arah itu


Wednesday, April 12, 2023

5 Petunjuk tentang Pelaburan Unit Trust

 


Pelaburan unit trust ialah cara yang berkesan untuk membina kekayaan jangka panjang. Pelaburan yang berjaya melibatkan pemikiran yang berdisiplin dan ufuk pelaburan jangka panjang untuk membantu pelabur meletakkan asas yang betul untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

Untuk tujuan ini, kami telah mengenal pasti lima petunjuk untuk melabur dalam unit trust:



Petunjuk 1: Mempunyai objektif pelaburan yang jelas

Adalah penting untuk mempunyai objektif pelaburan yang jelas apabila melabur dalam unit trust. Sekiranya tiada objektif yang jelas, pelabur mungkin membuat keputusan impulsif semasa tempoh turun naik pasaran.

Oleh itu, sebelum membuat sebarang pelaburan, pelabur perlu mempertimbangkan perkara berikut:

  • Matlamat kewangan

Untuk memilih dana unit trust yang sesuai dengan keperluan mereka, pelabur perlu jelas tentang matlamat kewangan mereka. Sebagai contoh, adakah pelabur ingin mencapai pertumbuhan modal, pendapatan tetap atau pemeliharaan modal?

  • Jangka masa / ufuk pelaburan

Apabila pelabur telah menetapkan matlamat mereka, mereka perlu mempertimbangkan jangka masa pelaburan mereka. Pelabur muda biasanya mempunyai ufuk pelaburan yang lebih panjang berbanding pelabur yang hampir bersara.

  • Toleransi risiko

Adalah penting bagi pelabur untuk mengambil ujian penilaian kesesuaian untuk mengukur tahap toleransi risiko mereka sebelum melabur dalam dana unit trust. 

Secara amnya, pelabur yang lebih muda mampu memilih dana berisiko sederhana hingga lebih tinggi kerana mereka mempunyai jangka masa yang lebih lama untuk mengatasi naik turun kitaran pasaran. 

Sebagai perbandingan, pesara mungkin lebih sesuai untuk dana konservatif dan berisiko rendah kerana ufuk pelaburan mereka yang lebih pendek dan tahap toleransi risiko yang lebih rendah.



Petunjuk 2: Fahami pelaburan anda

Sebelum melabur dalam mana-mana dana, pelabur perlu mengambil sedikit masa untuk memahami objektif dan ciri utama dana, seperti dasar pengagihannya, peruntukan aset dan pendedahan risiko untuk memastikan bahawa ini adalah selaras dengan keperluan pelaburan dan profil risiko mereka. 

Pelabur juga perlu mengambil perhatian tentang yuran dan caj yang ditanggung apabila melabur dalam dana unit amanah.



Petunjuk 3: Elakkan pemasaan pasaran

Pelabur unit trust harus mengelak daripada menetapkan masa kemasukan dan keluar mereka daripada pasaran untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka. Sebaliknya, mereka harus kekal melabur untuk jangka panjang dan membenarkan pengurus dana profesional untuk menavigasi melalui kitaran pasaran yang berbeza.

Bukan sahaja keputusan masa pasaran sukar, malah penukaran dana yang kerap juga akan menanggung kos transaksi tambahan yang boleh mengurangkan pulangan bersih keseluruhan pelabur. 

Daripada cuba menentukan masa pasaran, masa di pasaranlah yang menjadi kunci kejayaan pelaburan jangka panjang.



Petunjuk 4: Jangan biarkan emosi mempengaruhi keputusan pelaburan

Pelabur yang berjaya sentiasa berdisiplin tinggi dalam mengawal emosi mereka. Melabur di bawah pengaruh emosi selalunya membawa kepada keputusan pelaburan yang lemah kerana pelabur yang dirundung perasaan, seperti ketakutan atau kegembiraan, cenderung untuk membuat keputusan terburu-buru berdasarkan turun naik pasaran jangka pendek.


Pelabur dinasihatkan untuk menggunakan pendekatan Purata Kos Ringgit (RCA) untuk mengatasi turun naik pasaran. Strategi RCA melibatkan pembelian amaun Ringgit tetap pelaburan unit amanah secara tetap, seperti secara bulanan atau suku tahunan.

 

Ini akan membantu pelabur membuat purata kos pelaburan mereka kerana mereka akan membeli lebih banyak unit apabila pasaran menurun dan lebih sedikit unit apabila pasaran meningkat.



Petunjuk 5: Pelbagaikan portfolio anda

Untuk mempelbagaikan pelaburan seseorang ialah menyebarkan portfolio dana merentasi pelbagai pasaran (cth. pasaran domestik, serantau dan global) serta kelas aset (cth. ekuiti, bon dan dana pasaran wang). 

Biasanya, pasaran atau kelas aset yang berbeza mungkin menunjukkan prestasi yang berbeza pada pelbagai peringkat kitaran pasaran. Penurunan prestasi satu atau dua dana boleh dikurangkan sebahagiannya oleh prestasi mantap dana lain dalam portfolio.

Di samping itu, pelabur dinasihatkan untuk menyemak semula portfolio mereka dan mengimbangi semula peruntukan aset mereka pada asas tahunan atau separuh tahunan kerana objektif pelaburan dan profil risiko mereka mungkin berubah dari semasa ke semasa.



Kesimpulan

Unit trust adalah saluran yang mudah dan berkesan untuk pelabur jangka panjang yang mencari penciptaan dan pemeliharaan kekayaan. Walau bagaimanapun, nilai pelaburan unit trust mungkin berubah-ubah bergantung pada pasaran kewangan di mana dana itu dilaburkan. 

Oleh itu, pelabur perlu mengingati petunjuk ini yang membantu mereka fokus, tenang dan berdisiplin dalam pendekatan pelaburan mereka. 😀