Monday, October 31, 2022

Think Like An Entrepreneur


The origin of the word is entreprendre, French for "to undertake." 

Notice that this word emphasizes an attempt to act, and not the outcome of that action: 

You undertake something, and the implication is that what matters is that you have started on a journey and accepted that it's an open-ended one.

Someone who needs an extremely high level of security might be challenged by an entrepreneurial lifestyle, yet a lot of people who don't think of themselves as embracing risk become entrepreneurs. 

The key is that although a successful entrepreneur takes risks, those risks are measured. Though entrepreneurs frequently go out on limbs, the ones that make it generally test that limb first to make sure it has a good chance of bearing their weight. 

Entrepreneurship can be applied to virtually any field or profession. No matter what products and services are currently on the market in your area of expertise, there are always opportunities to improve them and to better serve the customers who buy them. 

That said, if you're a true entrepreneur, you likely possess the following key characteristics: 

You are driven to succeed. You're so motivated to achieve your goals that you are prepared to overcome obstacles that would likely discourage or stop others. 

You are a self-starter and go-getter. Rather than waiting for someone to issue instructions, you take initiative. And you can be innovative — you constantly think "out of the box" when attempting to meet challenges.

You routinely see opportunities where others see problems. Rather than feeling defeated when you encounter roadblocks to your goals, you feel energized. Challenges spur rather than deter you. 

You take control of your own destiny and bear responsibility for your own actions. The buck truly stops with you when it comes to dealing with the results-both positive and negative — of decisions you make or actions you take. 

You are willing to give up the security blanket of corporate life. You don't mind working without the safety net of a regular paycheck or the benefits and social structure that an established employer provides. 

You thrive on change. In the entrepreneurial world, change is a given. But rather than fearing it, you welcome it and enjoy the excitement of the ride. 

You understand the importance of making a profit. You know that all of your best intentions and actions are for naught if you aren't actually making a profit — that is, bringing in more money by selling a product or service than it costs you to provide it.


Mula Tanam 7 Prinsip Ini Dalam Diri Kalau Anda Nak Kaya Cepat


Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan. 

Saya sendiri pun amalkan prinsip ni. Dan Alhamdulillah, ia memang berkesan: 

Prinsip #1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi. 

Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan. 

Prinsip #2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkanmacam Tabung Haji (tak ada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. 

Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu. 

Prinsip #3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan,yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. 

Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tak akan jadi kaya. 

Prinsip #4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. 

Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan. 

Prinsip #5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. 

Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. 

Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta. Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, In Shaa Allah.

Prinsip #6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, re-invest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang. 

Prinsip #7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang.  Tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. 

Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan. 

Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful. 

Contohnya: simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan, dan lain-lain), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan, atau sebagainya. 

Bak kata Zig Ziglar: 


“WEALTH ARE ACQUIRED BY 20% HEAD KNOWLEDGE AND 80% BEHAVIOR” 


Benar. Kita bergantung 100% kat rezeki yang Allah berikan. Tapi kalau kita sendiri tak mulakan tindakan, tak jadi juga. Kalau tak ada usaha, sampai bila-bila kita tak layak jadi kaya. Dan ini bermula dengan membenih tabiat menyimpan. 

Bila kita dapat kuasai asas ini, kekayaan akan datang tanpa dijemput, dan kita pula “terpaksa” jadi kaya.


Friday, October 28, 2022

Formula Ringkas Menjadi Kaya Raya

 


Anda patut syak dan berwaspada terhadap sebarang tawaran atau apa sahaja skim untuk menjadi kaya...kecuali formula yang akan saya ceritakan yang amat ringkas dan mudah serta boleh dipraktikkan oleh semua orang. 

Percayalah, formula ini benar-benar berkesan.

Ia berkesan dengan amat baik sekali sehinggakan ia telah digunakan oleh billionaire termasyhur dunia daripada tokoh hebat zaman terdahulu seperti Rockefeller dan Ford hinggalah taikon hari ini seperti Carlos Slim dan Warren Buffett.

Cukuplah setakat ini pembukaan. Jom kita tengok formulanya.

Formula 

Ia ringkasnya :


FV = PV * (1+r)^n


Di mana,


FV = Future Value (nilai masa hadapan)

PV = Present Value (nilai masa sekarang)

r = rate of return (kadar pulangan)  

n= time (number of years) - tempoh masa


Keajaiban Kompaun Sekarang

Mereka yang pakar dan biasa tentang kewangan akan tahu persamaan ini 'bukan' satu misteri tetapi sering dipaparkan sebagaimana "future value of money" (FVM) diajarkan di universiti.




Formula FVM secara ringkas menyatakan bahawa kekayaan masa hadapan (FV) adalah fungsi dengan adanya tiga angkubah:

jumlah wang yang dilaburkan hari ini (PV), kadar pulangan yang dijanakan (r) dan tempoh masa di mana wang itu diletakkan untuk bekerja (n).

Jadi, memaksimumkan kekayaan masa hadapan memerlukan tiga langkah.


Langkah 1: Tingkatkan PV

Ia memerlukan wang untuk mendapatkan wang. Tetapi dengan secara aktif dan berterusan memperuntukkan sebagahagian pendapatan anda setiap bulan untuk pelaburan, anda akan mempunyai lebih banyak lagi dan lagi wang yang boleh bekerja untuk anda.

Jika semua faktor adalah sama, lebih besar jumlah yang anda laburkan hari ini (PV), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan (FV).

Langkah 2: Tingkatkan r

Seterusnya anda perlukan satu jalan untuk mengembangkan modal tersebut. Sejarahnya, pasaran saham menjadi alat membina kekayaan yang paling efektif sepanjang zaman. Meletakkan wang anda ke dalam dana indeks kos rendah mungkin satu idea yang bijak. 

Semua perkara dianggap sama, lebih besar kadar pulangan anda (r), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan.

Langkah 3: Tingkatkan n

Ramuan terakhir di dalam resipi membina kekayaan kita yang paling mudah ialah: maksimumkan time (masa) di dalam pasaran.

Lihat balik kepada persamaan tersebut. Anda akan lihat bahawa n merupakan fungsi penggandaan. 

Bermaksud bagi setiap tahun yang anda tidak laburkan, anda melepaskan satu jumlah yang besar (hampir satu magik) kepada faedah kompaun.

Semua perkara dianggap sama, lebih awal anda laburkan (n), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan.

Angkubah terakhir

Jadi jangan bazirkan lebih banyak "n" lagi. Mula masukkan pulangan dan lebihan pendapatan ke dalam persamaan kekayaan kehidupan sebenar anda hari ini.

Jika nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya.

Ahmad Hanizam

Thursday, October 27, 2022

Cerita Tentang Kitaran Pasaran



Perjalanan saya selama lebih 17 tahun in unit trust ni tuan puan...

Saya dah jumpa macam macam cycle market....

Ada yang tengah meninggi, ada yang tengah menurun......
Bila menurun, pasti akan menaik , dont worry tuan puan...
Masa emosi tuan puan akan cukup bahagia.

Dan masa ni, saya dan assistant yang akan busy ...
Kami akan take action dari kenaikan..,,,
Ada yang kami switch profit....

Dan yang mana inform nak ambil cash, perlukan duit,,,
Kami beritahu option , untuk realised profit dengan jual.
Tahun 2020 dan 2021 tahun agak malang untuk saya...
Ada pelabur saya tak ada Public Mutual online, saya switch menggunakan forms...

Signature mereka berbeza, yelah ada yang dah invest 10 tahun.
Ada yang lebih 15 tahun...

Mana la boleh ingat sign mula mula invest kan...
Kesannya, Lesin saya digantung untuk sebulan each...

Dan mood saya masa tu jatuh merudum macam ni la tuan puan...
Digantung means, tak boleh buat apa transactions...

Tapi bila tengok clients untung, mood naik balik at maximum..

Ok kita sambung market cycle balik...
Lepas kenaikan, pasti akan jatuh...

Bila jatuh ni, akan memberi peluang pelabur baru, untuk nak buat investment....

Yang dah invest, kalau ada extra cash, tambah je...
Walopun previous investment less than 1-2 years negative ...
Yang penting, tuan puan., kawal emosi...
Buat pelaburan lagi....

Kalau guna akaun 1, lagi mudah...
Terus tambah every 3 months....

Tidak dinafikan, masa ni, maybe tuan puan akan rasa anxiety, or bimbang...
Perasaan takut, panic.......
Tapi tuan puan kena kawal emosi ni....

Be greedy when other people fearful..
Kena tamak sikit, time orang lain bimbang dan takut takut....
Principal ni tuan puan pegang in stock market, unit trust, etc.

Dan bila market naik lagi. tuan puan akan dapat dengan banyak...
Sebab beli dengan harga murah.......
Ambil peluang bila time cheap sales.....

Dan satu je saya nak pesan...
Bila panic tu, rileks je.....
Jangan sesekali jual time harga rendah....
Nak jual, tunggu kenaikan....

Kecuali tuan puan terdesak nak pakai cash...
Tu pon ada cara lagi, tuan puan ambil sikit sikit yang perlu sahaja...
Bila naik, untung, ambil semua.....

Dan again, tuan puan jaangan risau.....
Lepas kejatuhan, pasti ada kenaikan....
Sekarang ni, market China , Hongkong Tiawan macam 3 serangkai....
Jatuh bersama sama....

Dan lately, USA pon sama...
Jatuh together gether....sorrry cikgu english.

Yang penting, kawal emosi,
Dari frust akan akan ada hope, lega....dan optism...
Hati jadi gembira.....
Macam diagram kat bawah ni...
Tapi kena invest medium to long term....

Kalau tuan puan nak invest 10 juta pun dengan saya short term..
Saya takan ambil, sebab salah concept in unit trust...

Kalau long term, in sha Allah ok tuan puan....
Apapun, sama sama doakan ekonomi dunia, naik lepas ni.
Tak ada perang kat Ukraine Rusia....

Masa mula saya join dulu...berlakunya perang US - Iraq...
Masa tu, market local pon dropped.....
Then, start menaik...

Saya nak tunjuk performance untung banyak untuk long term tak boleh...

Sebab terikat dengan peraturan FIMM, tak boleh simply tunjuk pulangan...

Jika ada, saya kena gantung lagi...

Sure, kena gantung, mood saya akan menjunam level depression...😁

Nak start invest or tambah pelaburan, time harga rendah, boleh whatapps saya kat komen.

Shaari Anuar II

Perkongsian daripada GAM Shaari Anuar yang berpengalaman luas menguruskan portfolio pelaburan unit trust pelanggan beliau melebihi 100 juta.


Ahmad Hanizam

RM1mil Needed For Retirement



SHAH ALAM: Those retiring in 20 to 30 years will need to have at least RM900,000 to RM1mil, says Employees Provident Fund’s (EPF) chief strategy officer Nurhisham Hussein.

This would be the “bare minimum” after factoring inflation and medical bills, among others, he said.

For those retiring in the next few years, he said it would take about RM600,000 to have a “dignified” retirement in Kuala Lumpur.

“When you look at the RM600,000 savings threshold, only about 4% of Malaysians could afford to retire.

“It is a little lower outside of the Klang Valley,” he said.

Nurhisham said the RM600,000 could only cover ordinary outpatient medical needs or visits to general practitioners and not any major medical needs.

Based on EPF’s calculation, he said Alor Setar was the cheapest place to have a comfortable retirement.

But even in Alor Setar, a person would need RM480,000 to retire there, which is twice the basic threshold for retirement savings of RM240,000, he said in an interview.

He also pointed out that Malaysia is a rapidly ageing society.

Nurhisham said some 56% contributors, who are 54 years old, have less than RM50,000.

With RM50,000, he said one can only sustain for a little over four years, assuming that their expenses amount to RM1,000 a month.

Currently, about 52% EPF members have less than RM10,000 in their accounts while about 27% have less than RM1,000.

“That’s rather worrying. Obviously I think the withdrawals have had a significant impact on retirement adequacy,” he said.

Prior to the Covid-19 pandemic, about 22% members met the basic requirement saving but the numbers fell to 14% after several rounds of special withdrawal schemes namely i-Sinar, i-Lestari, i-Citra and most recently the special withdrawal facility of RM10,000.

Deputy Finance Minister I Datuk Mohd Shahar Abdullah had told Dewan Negara last month that in total, RM145bil was withdrawn by EPF members under the four withdrawal facilities.

He also said overall, the impact of these programmes related to Covid-19 on members’ savings was estimated at RM155bil, comprising RM145bil withdrawn by members under the four withdrawal programmes, and almost RM10bil from the impact of the employee share statutory contribution rate reduction programme.

In a survey by an insurance company, Sun Life Malaysia, 4% of respondents said they no longer have enough in their EPF accounts to make a withdrawal.

On what can be done, Nurhisham said multiple sources of savings and investments would now be needed in addition to EPF savings.

EPF was also pushing for people to open an account with the retirement fund early on and not necessarily wait until they start working formally, he said.

source: The Star

Wednesday, October 26, 2022

5 Langkah Untuk Mencapai Kestabilan Kewangan



Fahami Situasi Kewangan Anda

  • Rekod aliran wang masuk dan keluar setiap bulan.

Melangsaikan Hutang

  • Sekiranya anda mempunyai hutang faedah yang tinggi seperti kad kredit dan pinjaman peribadi, langsaikannya secepat mungkin.

Beli Apa Yang Perlu Sahaja

  • Sekiranya anda ingin memberikan ganjaran kepada diri sendiri, tetapkan had.

Simpan Wang Untuk Masa Hadapan

  • Sebaiknya, anda harus mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung 3 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan anda.

Melabur

  • Melabur untuk persaraan anda atau untuk mencapai matlamat kewangan lain seperti pendidikan untuk anak-anak anda.

Saya sedia membantu anda merancang pelaburan anda berdsarkan objektif kewangan dan juga tempoh yang disasarkan.

Layakkah Saya?



Ramai yang tanya nak invest akaun 1 ep£..

Nak tau berapa banyak boleh invest,

U all boleh kira macam ni...

Contohnya, umur u all 30 dan akaun 1 ada 50k

50,000 - 35,000 = 1,5000

Tapi tak boleh buat semua...

30% of 15 000

Bermakna, 15k x 0.30 = 4,500

Boleh invest setiap 3 bulan dengan pengiraan yang sama seperti di atas.

Apa Itu Unit Trust


Unit Trust juga bermaksud unit amanah. Di Malaysia, istilah unit trust lebih popular daripada unit amanah dan buat masa ini terdapat 36 syarikat pengurus dana swasta yang menjalankan bisnes ini.

.
Dari segi istilah, unit amanah adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.
.
Pengurus dana mungkin melabur dalam aset-aset berikut berdasarkan objektif pelaburan:
.
  • Bonds
  • Stocks
  • Derivatives
  • Money market instruments
  • Cash
  • Property
.
Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang akan menjana keuntungan kepada pemiliknya.
.
Jadi, sebagai pelabur unit trust, secara tidak langsung anda memiliki aset-aset ini. Menarik, kan?
.
Oleh itu, setiap sen yang anda laburkan dalam unit trust adalah mewakili pelaburan dalam aset-aset ini.
.
Bagaimana Pelabur Boleh Untung?
.
Jika aset-aset yang dilaburkan itu naik nilainya, maka kenaikan ini akan diterjemahkan dengan kenaikan harga seunit unit trust.

Manfaat pertama ialah keuntungan modal apabila pelabur menjualnya semula.
.
Di samping itu, aset-aset ini memberi pendapatan tunai seperti dividen atau sewa, maka pendapatan ini juga akan diterjemahkan dengan kenaikan seunit unit trust yang pelabur miliki.
.
Begitu juga sebaliknya apabila nilai aset-aset ini turun nilai dan tidak memberikan pendapatan maka harga seunit unit trust akan menurun.
.
Turun naik nilai aset-aset ini bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar interest, kadar tukaran mata wang dan kecekapan pengurus yang menguruskan aset-aset pelabur.
.
Semoga bermanfaat dan sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya di link di bawah:
.

Ahmad Hanizam

Beli Ketika Harga Rendah


Beli ketika murah.

Kalau dia makin murah? 

Beli lagi. Tu dah dikira bonus.

Buat RCA atau DCA setiap bulan (autodebit). 

Tak kira harga jatuh atau naik. Buat saja.


Guna duit lebihan. Jangan invest duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. 


Maknanya, duit beli beras, gunalah untuk beli beras. :)

Kalau terbeli masa mahal? 

Sama jer method dia.

Sabar...hold. 

CZ kata "If you cannot hold, you WON'T be rich"

Tak ada orang nak investment mereka rugi.

Tak ada agent nak investors mereka rugi.

RCA - Ringgit Cost Averaging 
DCA - Dollar

Empat Strategi Ampuh Untuk Berjaya Dalam Pelaburan Unit Trust


Bagi mencapai apa saja yang kita sasarkan, pastinya ada strategi tertentu yang kita perlu apply. Betul,kan? 

Katalah target nak join full marathon. Haa...nampak macam simple je, kau cuma lari jelah 42km tu janji sampai. Tapi kalau takda strategy boleh dapat medal tak agak-agak? 

Samalah juga macam investment dalam Unit Trust. Ada strategi-strategi tertentu untuk mengoptimumkan return. 

Berikut saya kongsikan tips berikut sebagai panduan untuk semua.

1. Asset Allocation

Maksudnya di sini, pelaburan di unit trust kita mestilah ikut berapa lama masa yang kita ada untuk 'let the money grow'. 

Contoh, kalau nak ada RM100K in 10 years time, then we can invest in equity. Tapi kalau kita cuma ada 3 tahun untuk grow the money, then bond is more suitable instead of equity. :) 

2. Diversification

Yang ni pula senang je. Selalu dengar kan? Don't put all your eggs in 1 basket? Yes?  

Sama juga for all our investment. Walaupun pelaburan kita in the same company, we still need to diversify our investment to local, regional as well as global.

3. Ringgit Cost Averaging (RCA)

We will never know when is the best time to invest. So when and how to optimise our return then? 

RCA is the answer. It's best to invest consistently whether monthly or quarterly basis. 

4. Long Term

Back to  basic of unit trust. Money need time to grow. Macam kita tanam pokok durian musang king tuuu. 

It takes time untuk nak dapatkan buah yang sedap kan? 

Kena baja, kena siram, kena belai dia etc etc. Same goes to our investment.

Jadi, itulah dia 4 Strategi Ampuh Dalam Pelabruan Unit Trust Investment. 

If kita follow strategies ni insyaAllah ranum hasil dari investment in unit trust. Nak rasa betapa ranum hasilnya tu boleh pm saya. :)

Siapa Sahaja Boleh Melabur



Baru selesai sesi sharing dengan salah seorang kakitangan kemas dari jb tentang benefit yang bakal diperolehi daripada melabur dalam unit trust.

Saya ceritakan di mana jika aset-aset yang dilaburkan itu naik nilainya, maka kenaikan ini akan diterjemahkan dengan kenaikan harga seunit unit trust.

Manfaat pertama ialah keuntungan modal apabila pelabur menjualnya semula dan khidmat nasihat ini akan saya berikan sebagai consultant beliau.

Di samping itu, aset-aset ini memberi pendapatan tunai seperti dividen atau sewa, makan pendapatan ini juga akan diterjemah dengan kenaikan seunit unit trust yang pelabur miliki.

Begitu juga sebaliknya apabila nilai aset-aset ini turun nilai dan tidak memberikan pendapatan maka harga seunit unit trust akan menurun.

Turun naik nilai aset-aset ini bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar interest, kadar tukaran matawang dan kecekapan pengurus yang menguruskan aset-aset pelabur.

Objektif pelaburan yang jelas itu penting selain perlu bijak memilih syarikat pelaburan, dana yang sesuai dan consultant yang mesra macam saya.

😉
Jika anda nak tahu kelayakan pelaburan melalui ep£ pun boleh pm saya ye.

Tuesday, October 25, 2022

Tips Ringkas Tentang Unit Trust


Jom saya kongsikan apa itu unit trust.

Unit Trust adalah sebuah tabung di mana pelaburan diurus oleh "Fund Manager."

Manakala, wang pelaburan dipegang oleh "Trustee" iaitu orang ketiga yang tiada kaitan dengan mana-mana bank.

"Trustee" terbesar adalah Amanah Raya Berhad. "Trustee" dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Selain itu, Unit Trust adalah satu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Bukan untuk pelaburan jangka masa pendek.
.
APAKAH MANFAAT UTAMA UNIT TRUST?

1) Capital Gain / Untung Modal
2) Distribution / Dividend / Pengagihan
3) Return / Compounded Interest / Pulangan
.
PATUH SYARIAH KE UNIT TRUST?

Unit Trust adalah patuh SYARIAH di mana setiap 6 bulan dana-dana patuh syariah akan disemak oleh Penasihat-penasihat Syariah yang dilantik untuk memastikan dana-dana patuh syariah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Wujudkah Pelaburan Yang Sentiasa Untung / Sentiasa Rugi?

 


Apabila kita bercerita pasal pelaburan, banyak yang bermain di fikiran kan? 

Biasanya orang takut nak melabur ni sebab ada persepsi apabila melabur nanti duit modal hanguslah, tak untunglah, terlalu berisikolah dan macam-macam lagi.

Ada juga yang dijanjikan bulan dan bintang, hari ni melabur minggu depan/ bulan depan dah untung contohnya skim cepat kaya. :)

Ok tolak tepi skim cepat kaya, sebenarnya setiap pelaburan yang sah ada kelebihan serta risikonya yang tersendiri. 

Bayangkan, kita nak melabur serta mengusahakan kebun durian. 

Sebelum kita mula menanam pokok durian tu, mestilah kita dah study / ada ilmu tentang karakter pokok durian. Contohnya:

  • Berapa lama baru pokok tu berbuah
  • Berapa kerap kena baja
  • Jenis baja dan tanah yang sesuai
  • Cara penjagaan dan macam-macam lagi 

Ada juga pelabur yang keluarkan modal je dan outsource kepada orang lain / pengusaha yang lebih pakar untuk bahagian penjagaan ni. Tau-tau nanti dapat hasil.

Tapi, selepas pokok durian tu dah matang dan boleh berbuah, adakah pelabur / pengusaha kebun durian ni confirm akan dapat hasil durian yang semuanya baik & menguntungkan setiap masa?

Siapa ingat lagi, last year banyak pokok durian yang buahnya tak berapa menjadi kan? 

Masa tu jenuh gak nak mencari buah kegemaran saya ni. Tapi tahun ni alhamdulillah...banyak yang menjadi. 

Bayangkan kalau last year pelabur / pengusaha pokok durian ni semua pakat give up dan jual kebun durian mereka masa tu, sah-sah tak dapat merasa hasil yang lumayan this year kan? 

So, samalah juga dengan instrumen / tempat pelaburan lain sama ada kita invest direct stock market, emas, property, unit trust dan lain-lain. 

Ada masa turun dan ada masa naik. Yang pasti, market memang move in cycle. 

Begitu juga dengan unit trust investment, sekarang mostly memang akan nampak merah-merah. Merah bermaksud harga seunit fund tersebut sekarang tengah at discount or undervalued tapi units masih remain the same. 

Macam cerita pelabur / pengusaha kebun durian tadi, adakah kita patut give up dan jual kita punya investment sekarang? 

Sebaiknya continue follow strategies in successful unit trust investment and consult with your licensed unit trust consultant. 

Unit trust investment ni sebenarnya satu instrumen pelaburan yang boring (jangka panjang), tapi boleh beri good return yang kompetitif kalau kena dengan gaya & strateginya. 

Kalau takde consultant yang servis dan tak tahu macam mana nak buat dengan your unit trust investment, boleh contact. 

InsyaAllah i try my best to assist as i am not just a consultant, but an investor too just like you. :)

Monday, October 24, 2022

Salam Pengenalan



Assalam.

Selamat datang ke blog Ahmad Hanizam.

Tujuan blog ini diwujudkan untuk saya berkongsi aktiviti seharian terutama berkait dengan cerita tentang pengurusan kewangan dan bagaimana untuk mencapai kebebasan kewangan. 

Saya percaya yang ini merupakan matlamat utama semua orang.

Siapa yang tak nak bila kita ada pendapatan pasif setiap bulan yang boleh digunakan untuk menampung belanja seharian dan bulanan serta pada masa yang sama, kita ada masa yang mencukupi untuk jalankan apa sahaja aktiviti yang kita suka. Mestilah best,kan?

Jadi, caranya adalah bergantung kepada bagaimana kita merancang dan jalankan pelan yang telah kita tetapkan kerana ia memerlukan kepada komitmen yang jitu dan konsisten dalam melaksanakannya.

Harapnya tuan-tuan dan puan-puan boleh mengikuti secara dekat perkembangan ini nanti, ye?

Semoga kita semua dapat mencapai apa yang kita iniginkan, Insyaallah…

Ahmad Hanizam bin Abdullah

Putrajaya, 26/10/2022