Baru selesai sesi sharing dengan salah seorang kakitangan kemas dari jb tentang benefit yang bakal diperolehi daripada melabur dalam unit trust.
Saya ceritakan di mana jika aset-aset yang dilaburkan itu naik nilainya, maka kenaikan ini akan diterjemahkan dengan kenaikan harga seunit unit trust.
Manfaat pertama ialah keuntungan modal apabila pelabur menjualnya semula dan khidmat nasihat ini akan saya berikan sebagai consultant beliau.
Di samping itu, aset-aset ini memberi pendapatan tunai seperti dividen atau sewa, makan pendapatan ini juga akan diterjemah dengan kenaikan seunit unit trust yang pelabur miliki.
Begitu juga sebaliknya apabila nilai aset-aset ini turun nilai dan tidak memberikan pendapatan maka harga seunit unit trust akan menurun.
Turun naik nilai aset-aset ini bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar interest, kadar tukaran matawang dan kecekapan pengurus yang menguruskan aset-aset pelabur.
Objektif pelaburan yang jelas itu penting selain perlu bijak memilih syarikat pelaburan, dana yang sesuai dan consultant yang mesra macam saya.

No comments:
Post a Comment