Apabila kita bercerita pasal pelaburan, banyak yang bermain di fikiran kan? 
Biasanya orang takut nak melabur ni sebab ada persepsi apabila melabur nanti duit modal hanguslah, tak untunglah, terlalu berisikolah dan macam-macam lagi.
Ada juga yang dijanjikan bulan dan bintang, hari ni melabur minggu depan/ bulan depan dah untung contohnya skim cepat kaya. :)
Ok tolak tepi skim cepat kaya, sebenarnya setiap pelaburan yang sah ada kelebihan serta risikonya yang tersendiri. 
Bayangkan, kita nak melabur serta mengusahakan kebun durian. 
Sebelum kita mula menanam pokok durian tu, mestilah kita dah study / ada ilmu tentang karakter pokok durian. Contohnya:
- Berapa lama baru pokok tu berbuah
 - Berapa kerap kena baja
 - Jenis baja dan tanah yang sesuai
 - Cara penjagaan dan macam-macam lagi
 
Ada juga pelabur yang keluarkan modal je dan outsource kepada orang lain / pengusaha yang lebih pakar untuk bahagian penjagaan ni. Tau-tau nanti dapat hasil.
Tapi, selepas pokok durian tu dah matang dan boleh berbuah, adakah pelabur / pengusaha kebun durian ni confirm akan dapat hasil durian yang semuanya baik & menguntungkan setiap masa?
Siapa ingat lagi, last year banyak pokok durian yang buahnya tak berapa menjadi kan? 
Masa tu jenuh gak nak mencari buah kegemaran saya ni. Tapi tahun ni alhamdulillah...banyak yang menjadi. 
Bayangkan kalau last year pelabur / pengusaha pokok durian ni semua pakat give up dan jual kebun durian mereka masa tu, sah-sah tak dapat merasa hasil yang lumayan this year kan?
So, samalah juga dengan instrumen / tempat pelaburan lain sama ada kita invest direct stock market, emas, property, unit trust dan lain-lain. 
Ada masa turun dan ada masa naik. Yang pasti, market memang move in cycle. 
Begitu juga dengan unit trust investment, sekarang mostly memang akan nampak merah-merah. Merah bermaksud harga seunit fund tersebut sekarang tengah at discount or undervalued tapi units masih remain the same. 
Macam cerita pelabur / pengusaha kebun durian tadi, adakah kita patut give up dan jual kita punya investment sekarang? 
Sebaiknya continue follow strategies in successful unit trust investment and consult with your licensed unit trust consultant. 
Unit trust investment ni sebenarnya satu instrumen pelaburan yang boring (jangka panjang), tapi boleh beri good return yang kompetitif kalau kena dengan gaya & strateginya. 
Kalau takde consultant yang servis dan tak tahu macam mana nak buat dengan your unit trust investment, boleh contact. 
InsyaAllah i try my best to assist as i am not just a consultant, but an investor too just like you. :)

No comments:
Post a Comment