Friday, December 23, 2022

Sebenarnya Apakah Unit Trust?


Unit trust ialah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan dana mereka untuk dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset lain.

Pengurus dana profesional kemudian melaburkan dana terkumpul dalam portfolio yang mungkin termasuk kelas aset yang disenaraikan di bawah:

• Wang tunai

• Bon & Deposit

• Saham

• Hartanah

• Komoditi


Pemegang unit tidak memiliki sekuriti dalam portfolio secara langsung. 

Pemilikan dana dibahagikan kepada unit kelayakan. Apabila dana meningkat atau menurun dalam nilai, nilai setiap unit meningkat atau menurun dengan sewajarnya. 

Bilangan unit yang dipegang bergantung pada harga pembelian unit pada masa pelaburan dan jumlah wang yang dilaburkan.

Pulangan Pelaburan

Pulangan pelaburan pemegang unit biasanya dalam bentuk pengagihan pendapatan dan peningkatan modal, yang diperoleh daripada kumpulan aset yang menyokong dana unit amanah. 

Setiap unit memperoleh pulangan yang sama, ditentukan oleh tahap pengagihan dan/atau peningkatan modal dalam mana-mana satu tempoh.

Pelabur unit amanah biasanya mereka yang mempunyai simpanan untuk melabur, yang tidak mempunyai masa atau kecenderungan untuk memegang portfolio pelaburan langsung atau saham. 

Sebaliknya, mereka lebih suka melabur dalam kenderaan pelaburan yang selamat dan bereputasi yang sesuai dengan tujuan mereka.

Kelebihan

Unit trust membolehkan pelabur mendapat akses mudah kepada pelbagai pelaburan yang biasanya tidak tersedia untuk mereka.

Memandangkan pelabur berusaha untuk memaksimumkan pulangan ke atas sumber kewangan mereka, unit trust menyediakan cara yang ideal untuk mereka mendapat pendedahan kepada pelaburan yang, dalam jangka panjang, sepatutnya menghasilkan pulangan yang lebih baik daripada simpanan tunai dan pelaburan deposit tetap.

Kos pulangan yang berpotensi lebih tinggi ini sudah tentu merupakan risiko yang mengiringi pelaburan. 

Tempoh pelaburan

Dalam jangka pendek, kepastian pulangan pelaburan kebanyakan produk unit amanah adalah kurang daripada yang ditawarkan oleh simpanan tetap. 

Walau bagaimanapun, dalam jangka sederhana hingga panjang (iaitu 3-20 tahun), pelaburan unit amanah biasanya memberikan pulangan yang lebih baik pada tahap risiko yang boleh diterima.

 

Monday, December 5, 2022

A Bull Market Is Coming. Here's Warren Buffett's Investing Advice

 

Warren Buffett

Here's how to make the most of the upcoming bull market.

This year hasn't been easy for investors. Between surging inflation, a bear market, and the constant threat of a recession, it's easy to feel discouraged about the future.

But there is good news. Every single bear market and recession in history -- no matter how severe -- has eventually given way to a bull market. While nobody can predict exactly how long this market slump will last, we do know a bull market is on the way.

That may not be reassuring right now, while we're still in the thick of this downturn. But now is the time to start preparing for the inevitable upswing. Famed investor Warren Buffett knows a thing or two about taking advantage of a bull market, and this is his advice.

Why right now is the time to invest

When stock prices are down and many people are concerned about a potential recession, investing even more in the stock market may be the last thought on your mind. But to maximize your earnings, now is the time to buy.

Back in 2008, Warren Buffett penned an opinion piece for The New York Times. In it, he explained: "A simple rule dictates my buying: Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful."

Right now, stock prices across the board are lower than they've been in months. Some industries -- like the tech sector -- have been hit particularly hard. If you've been looking for a chance to load up on quality stocks at a steep discount, now is the time to "be greedy."

How to maximize your earnings

Investing now doesn't only allow you to take advantage of lower prices. When the market inevitably rebounds, you could see enormous gains.

For example, say you had invested in Amazon in March 2009 -- when it was at its lowest point during the Great Recession. In the following year alone, you would have seen returns of around 113%. Over five years, you'd have seen gains of nearly 560%.

If you only invest during the high points, it's harder to take advantage of a bull market's upswing. But by investing when the market is at its lowest, you can set yourself up for significant gains.

When will the market recover?

One of the hardest parts of investing during a downturn is that nobody knows exactly how long it will take for the market to recover. But it will rebound eventually. And if you wait too long to invest, you could miss out on some of those gains.

"Let me be clear on one point: I can't predict the short-term movements of the stock market," Buffett says in the Times piece. "What is likely, however, is that the market will move higher, perhaps substantially so, well before either sentiment or the economy turns up. So if you wait for the robins, spring will be over."

While it may not seem like it, now is one of the best investing opportunities of the year. Stocks are more affordable than they've been in a long time. If you can swing it, investing now can help you take advantage of the inevitable bull market.

source : https://www.fool.com/investing/2022/12/03/bull-market-coming-warren-buffett-investing-advice/

Tuesday, November 22, 2022

Level Usahawan Yang Perlu Kita Tahu


Terdapat 3 level usahawan. 

Level 1 : Usahawan perlu pandai cari duit. 

Ramai di tahap ini. Ramai usahawan pandai mencari duit dan mengumpul duit. Mereka adalah orang yang pandai menggunakan peluang yang ada. 

Mereka pantas membau peluang yang datang. Golongan ini sangat ramai. Walaubagaimanapun mereka masih belum bebas. Mereka masih berkerja untuk mendapatkan duit. Mereka masih berkerja dalam bisnes mereka.  

Level 2 : Level kedua adalah mereka yang pandai mencari projek atau mewujudkan projek untuk buat duit. 

Level ini kurang dari level yang pertama. Mereka lebih banyak duit berbanding level pertama. Mereka pandai mencari atau mewujudkan peluang untuk buat duit. Mereka kreatif. 

Mereka pencipta pattern. Mereka mengetuai pasaran. Mereka jaga menjadi pengikut. Mereka masih berkerja dalam bisnes mereka. 

Level 3 : Level ketiga adalah mereka yang pandai mencari orang lain untuk membuat duit untuk mereka. 

Golongan ini lebih sedikit dibanding yang lain. Mereka cuba membuatkan diri mereka kurang penting dalam bisnes mereka. Jika mereka tak ada, bisnes mereka tetap berjalan. 

Mereka tidak lagi berkerja untuk mendapat duit tetapi mereka ada sekumpulan duit yang berkerja untuk mereka. Semua peniaga atau usahawan perlu mencapai tahap ini. 

Tahap ini adalah tahap maksimum untuk mereka bergelar usahawan. Mereka free time, mereka boleh buat apa yang mereka suka. Mereka banyak duit. Orang lain buat duit untuk mereka. 

Apa rahsia berada di level 3? 

Golongan di lebel 3 tidak lagi membuat bisnes yang mereka minat.

Mereka lebih suka mencari orang pandai untuk menjadi mesin ATM mereka bagi mencetak duit mereka setiap hari. Inilah rahsia terbesar kebanyakan business owner! 

Amacam? 

Anda nak duduk di level bisnes yang mana?


Wednesday, November 16, 2022

Teknik Kompas Kewangan

 

Kompas Kewangan

Teknik rancang kewangan guna kompas kewangan.

Anda patut cuba ini.

Merancang kewangan dengan baik boleh buatkan kehidupan kita lebih teratur. Perkara ni sangat penting supaya kita tak sesak di tengah-tengah bulan. Kalau tak, silap hari bulan, tengah bulan dah pening.

Mestilah korang tak nak berdepan dengan situasi ni kan? .

Kami ada baca perkongsian yang boleh membantu korang untuk rancang kewangan dengan baik.

Pada pandangan kami, ia sangat efektif untuk di aplikasi. Perkongsian ni kami dapat dari Cik Nur Aliah Mohd Nor. Jom baca sampai habis.

Lia yakin ramai usahawan yang hebat hebat pakar dalam bab kewangan. Bab nak belanja masih boleh kawal lagi , tapi bila masuk bab nak buat simpanan masih teramat lemah lagi. 

Malah ada usahawan yang tak pernah langsung nak simpan duit ni! 

Bab simpanan ni yang Lia paling takutkan sangat. Ramai yang suka bagi alasan nak buat simpanan susah sebab selalu terguna duit untuk bayar itu bayar ini, sehingga tak dijadikan menyimpan itu sebagai satu hobi atau tidak meletakkan diri menjadi seorang yang suka menyimpan duit. 

Betul betul?

Jadi, jangan risau dah. Dengan membaca penulisan Lia ini, InshaaAllah Lia nak bantu semua usahawan di luar sana menjadi seorang yang suka saving, suka buat investment dan rasa macam nak berlumba-lumba menyimpan duit sambil tu boleh pergi shopping dengan relax.

Tak perlu dah fikir sangat pasal duit untuk berbelanja. Jom! 

Mulai dari bulan 12 2017, Lia nak anda semua terus apply ilmu Kompas Kewangan ini. Apa maksud kompas kewangan?

Maksudnya ialah anda akan menguruskan duit pendapatan dengan bahagikan kepada 4 perkara ini iaitu Untung (30%), Terpaksa (60%), Bocor (5%) dan Sampah (5%).

Lia bagi contoh terus ya, katakanlah gaji kita setiap bulan lepas dah tolak KWSP, SOCSO dan Zakat ialah RM2,500. Macam mana nak bahagikan RM2,500 ini dalam bentuk Kompas Kewangan?

Teruskan baca di bawah ini untuk lebih faham ya. 

#Untung (30%) = RM750 . 30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan itu.

Simpanan ini termasuklah dengan simpanan pendek, simpanan panjang, simpanan emergency, simpanan pelajaran, simpanan pencen, simpanan pelancongan, simpanan wakaf, simpanan sedekah dan juga lain-lain.

Mengikut contoh di atas, bahagian untung anda perlu asingkan iaitu RM750 khusus untuk menyimpan saja ya. Kat mana tempat yang terbaik untuk anda menyimpan?

Mesti la nak menyimpan di tempat yang selamat dan boleh biakkan lagi duit tu kalau dibiarkan saja dalam tu. Kan. 

Ini suggestion Lia,          

  • Tabung Haji
  • Unit Trust       
  • Saham          
  • Takaful (Islamic Insurance) 
  • EPF 
  • ASB (boleh belajar dengan mentor Khairul Ezuwan) 
  • Hartanah (boleh belajar dengan mentor Tn Ahyat) 
  • Emas (boleh belajar dengan Aliah /LiaOmey)  .

#Terpaksa (60%) = RM1,500 . Maksud terpaksa ni ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan. Contohnya loan rumah, loan kereta, loan ASB (ASB Financing), personal loan dan PTPTN.

Contoh untuk sara diri dan keluarga pula ialah minyak kereta, bil telefon, bil api air dan apa apa sahaja keperluan keluarga. Jadi, dari gaji contoh di atas tadi, 60% akan dapat RM1,500. .

Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya. Namun, kalau rasa rasa macam susah atau tak cukupkan, kena pandai-pandai kawal di bahagian loan itu. .

Nasihat Lia kepada anak muda yang tak pernah ambil loan lagi tu kan, atau yang baru je officially jadi ¡®fresh graduate gituh, tolong! Tolong jangan sesekali ambil satu loan pon. 

Once anda dah ambil, anda akan sentiasa dihantui untuk membayar hutang piutang tersebut sepanjang hidup anda. Fuh!

Jangan main-main dengan bab ini ya, Lia serious.  . #Bocor (5%) = RM125 . Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni. 

Contoh bocor yang kita perlu elakkan dari membayarnya ialah membayar astro (bayar setiap bulan, tv biar je terbuka, tapi mata dan tangan kita tertumpu di gadget). .

Selain itu kredit kad, kita suka sangat nak swipe kredit kad, sikit sikit swipe,kan?

Bukan tak boleh, boleh je...kalau pandai kawal boleh jadi cantik di mata bank, boleh cantikkan profile kewangan kita, namun pada pendapat Lia sendiri sangat tidak digalakkan untuk mengambil kredit kad ni.

Tanya balik pada diri sendiri tu, 'aku ni boleh kawal diri ke tak boleh'? .

Kita tengok contoh dari gaji kita dapat tu, RM2,500 kalau di bahagian bocor cuma boleh guna RM125 je. JANGAN lebih dari RM125. Kalau lebih, habis akan kacau di bahagian kompas kewangan yang lain pulak.

Jadi, bolehkan potong apa apa perkara yang tak penting contohnya potong unifi, potong astro dan apa apa saja yang tak penting lagi.  

#Sampah (5%) = RM125  . Tengok nama pon agak agak boleh tahu tak sampah ini apa kategori dalamnya? Untuk sampah 5% juga boleh belanja untuk setiap bulan. Jadi RM125 saja yang anda boleh belanja di bahagian sampah ini. 

Contohnya beli makanan fast food seperti McDonald, KFC, Tea Live, Starbucks, beli rokok atau vape, beli makanan di mamak dan tengok wayang. Dekat sini Lia tak cakap tak boleh ya, BOLEH cuma berpada-pada bila berbelanja tu. RM125 mesti cukup punya nak layan movie dekat TGV GSC yang tak sampai 5 minit je dah sampai dari rumah. Kan. 

Jadi macam mana, faham ke faham ni Lia terangkan di atas?

Bagi Lia, ini adalah method yang paling simple untuk anda apply terus selepas ini. Kepada anda yang mungkin tertanya-tanya, kenapa pentingnya kompas kewangan ini? . Pentingnya kerana kita ingin wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.

Siapa taknak kan wujudkan impian kewangan?  

Betul ke betul?  

5 tiang kewangan ni ialah kita cipta pendapatan kita (melalui business atau makan gaji), kita uruskan pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan, kita lindungi harta kita dengan baik, kita dapat laburkan harta kita untuk masa depan, dan kita juga dapat agihkan harta kita dalam keadaan yang baik setelah kita meninggal dunia.

Bila kita dapat lakukan 5 proses ini dengan baik, InshaaAllah hidup kita senang, mati pon senang. Hehe! 

Lia harap dengan perkongsian Kompas Kewangan¡± ini dapat membantu anda untuk menguruskan duit dengan baik. Alhamdulillah ilmu ini Lia dapat di seminar Power Kewangan dan Pengurusan Syarikat. .

Terima kasih kepada anda semua yang sudi baca sehingga habis. Apa apa pon, paling penting sekali jangan lupa untuk sentiasa bersedekah dan berzakat. Berbalik kepada niat utama kita semula nak banyak duit sebab kita nak banyakkan bersedekah dan berzakat. Kan?

Tolong sampai-sampaikan ilmu ini pada keluarga dan rakan rakan bisnes anda yang lain ya. 

#SHARE je post Lia ini dengan bahagia. Lia doakan semoga anda semua terus dilimpahkan rezeki yang sangat banyak. InshaaAllah. Amiin Ya Mujib. . 

Sumber: http://www.halalmoney.my/teknik-rancang-kewangan-guna-kompas-kewangan-anda-patut-cuba-ini/

Monday, November 14, 2022

Jom Bercerita Tentang Perniagaan dan Pelaburan


Berikut ialah satu lagi perkataan yang paling biasa digunakan dalam perniagaan dan pelaburan.

Lagipun, nak jadi kaya mesti tahu kosa kata orang-orang kaya,kan? 

Bank pelaburan mempunyai peranan dalam penyediaan kewangan untuk perniagaan dan nasihat mengenai pengambil alihan. Bank runcit menyediakan kemudahan overdraf untuk individu. 

Tunai asas untuk transaksi spot yang besar biasanya tidak tersedia sehingga dua hari perniagaan telah berlalu. 

Pemilikan saham membawa faedah tertentu termasuk hak mengundi, dividen dan pertumbuhan modal.

Pemegang saham biasa tidak mempunyai keutamaan dalam aset syarikat jika ia digulung.

Pasaran utama ialah tempat syarikat mengumpul wang dengan mengeluarkan saham atau bon kepada pelabur buat kali pertama.

Pasaran sekunder menyediakan persekitaran dagangan untuk saham, bon dan sepuhan.

Kelebihan utama penyenaraian biasanya dilihat sebagai:

Modal - IPO menyediakan kemungkinan untuk meningkatkan modal, dan sebaik sahaja disenaraikan tawaran saham lebih mudah dibuat:

Pengambil alihan - syarikat tersenarai boleh menggunakan sahamnya sebagai bayaran untuk memperoleh saham syarikat lain. 

Sebagai contoh, J. Smith plc (syarikat tersenarai) boleh mengeluarkan saham baharu dengan sendirinya untuk menyediakan pembayaran dalam pengambilalihan R. Brown plc.

Pemegang saham dalam R. Brown boleh sama ada menyimpan saham baru J. Smith atau menjualnya di pasaran;

Status - menjadi syarikat tersenarai harus membantu perniagaan dalam memasarkan diri mereka, kepada pelanggan, pembekal dan bakal pekerja;

Pekerja - opsyen saham kepada kakitangan utama adalah satu cara untuk menyediakan insentif dan mengekalkan pekerja, dan apabila mereka adalah pilihan untuk membeli saham syarikat tersenarai yang mudah dijual di pasaran, mereka lebih menarik.

Risiko kecairan ialah risiko bahawa saham mungkin sukar untuk didagangkan pada harga yang berpatutan. 

Risiko harga ialah risiko bahawa harga saham secara amnya mungkin jatuh dan risiko penerbit ialah risiko bahawa syarikat penerbit itu runtuh dan saham menjadi tidak bernilai.

Opsyen letak (put option) ialah apabila pembeli atau pemegang mempunyai hak untuk menjual aset asas pada harga pelaksanaan. 

Setelah dilaksanakan oleh pembeli, penjual atau penulis diwajibkan untuk mengambil penghantaran dan membayar harga pelaksanaan.

Dana lindung nilai tradisional berusaha untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko pasaran dan cuba meraih keuntungan tanpa mengira pergerakan umum pasaran dengan memilih gabungan kelas aset dengan teliti.


Thursday, November 10, 2022

6 Laws of Wealth

 

6 ‘laws of wealth’ yang hanya orang kaya saja ikut:

1. Saving: Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kita.

2. Invest: Biar simpanan yang bekerja untuk kita melalui pelaburan.

3. Bebas Hutang: Bayar faedah berlebihan bukan budaya orang kaya.

4. Hentikan mindset cepat kaya, fikir matlamat jangka masa panjang.

5. Labur pada diri sendiri: jangan henti cari ilmu dan tambah skil.

6. Kepelbagaian: Bahagi simpanan dan pelaburan anda di medium berbeza.

 

Fair Value Tu Apa?


Oleh FY Al Haj 
Remisier Kenanga 

Fair Value adalah harga sepatutnya untuk saham tersebut setelah dikira aset syt ditolak liabiliti, hutang dan sebagainya menggunakan Analisa Financial @ kewangan. 

Katalah harga saham ABC sekarang RM1.00. Harga FV ialah RM1.50 maka saham tersebut adalah undervalue dan punya potensi untuk naik ke harga FV tersebut. 

Dalam hal ini penganalisa akan memberikan saranan Beli! 

atau Harga tawaran IPO ialah 40 sen tapi FV ialah 48 sen maka reseacher akan bagi saranan Subscribe! 

Sebaliknya harga semasa ialah RM1.50 sedangkan harga FV ialah RM1.00 maka ia adalah Overvalue atau terlebih nilai jadi penganalisa akan memberikan saranan Jual! 

Analogi pelaburan ialah untuk membeli kereta Mercedes pada harga Kancil dan bukan sebaliknya. 

Dalam hal ini untuk cek FV portal yang terbaik ialah dengan melayari laman web : https://klse.i3investor.com/m/index.jsp 

Di sini banyak write ups menganalisis FV syarikat menggunakan kaedah FA dipaparkan namun hanya syt yang baik sahaja yang akan diberi saranan beli. Selamat menganalisis! 

FY Al Haj 

PS - Jemputlah ke seminar FZTH bersama FY untuk belajar semua sekali... 

PSS - Bukalah akaun CDS dengan FY di Kenanga bagi mendapatkan khidmat nasihat saham yang terbaik!

Tuesday, November 8, 2022

Fahami Apa Itu MARKET CYCLES

Dalam pasaran kewangan, tempoh antara kemerosotan dan pertumbuhan silih berganti. Ia terkait bukan sahaja dengan ekonomi, tetapi juga dengan psikologi para pelabur.

Ramai pelabur cuba menganalisis kitaran pasaran (market cycles) untuk menjana lebih banyak keuntungan.



Apakah Itu Kitaran Pasaran (Market Cycles)? 

Kitaran pasaran ialah pola atau trend yang cenderung terbentuk dari semasa ke semasa di pelbagai pasaran. Ia adalah tempoh masa antara dua titik harga minimum atau maksimum. 

Biasanya, kitaran pasaran baru muncul apabila trend terbentuk di sektor atau industri tertentu disebabkan oleh sejenis inovasi, produk baru atau perubahan regulatory.

Tempoh kitaran pasaran boleh berbeza-beza. dari beberapa minit hingga beberapa tahun, bergantung pada pasaran. Terdapat pelbagai aspek kitaran: contohnya, trader intraday fokus pada interval 15-60 minit, manakala pelabur hartanah menganalisis tempoh sehingga 20 tahun.



Memahami Kitaran Pasaran

Kitaran di dalam pasaran wujud terutamanya kerana terdapat kitaran dalam ekonomi. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebab-sebab lain. Kitaran ekonomi mempengaruhi bukan sahaja profitability syarikat, tetapi juga psikologi mindset pelabur.

Mereka jarang berpendirian rasional dan stabil. Dan apabila pasaran meningkat, pelabur optimis dan bersedia untuk mengambil risiko. Mereka membeli saham, dan harga naik. 

Walau bagaimanapun, mood tersebut boleh berubah dan kemudian pelabur mula menjual dan harga sekuriti pun jatuh.

Fasa-fasa Kitaran Pasaran

Terdapat empat fasa dalam setiap kitaran pasaran:



Fasa Pengumpulan (Accumulation Phase)

Ini adalah fasa pertama kitaran pasaran. Pengumpulan bermula selepas pasaran telah mencapai paras terendah di dalam kitaran sebelumnya. Apabila permintaan mulai meningkat, harga tidak lagi mampu membentuk paras terendah baru. Akibatnya, downtrend mula kehilangan momentumnya. Pasaran menjadi bullish.


𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐫𝐤-𝐔𝐩

Dalam fasa mark-up , pasaran mula mengukuh. Harga mula meningkat dan pasaran menarik sebilangan besar pembeli yang ingin menyertai uptrend baharu di peringkat awal pembentukannya. Trend bullish mendorong harga naik ke paras tertinggi baharu. Pembeli kali pertama mengambil kesempatan daripada harga yang tinggi untuk menuai keuntungan dari pelaburan mereka yang dibuka sejak dari awal. Pedagang juga mengambil kesempatan dari uptrend pada masa ini.

 

𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 (𝐃𝐢𝐬𝐭𝐫𝐢𝐛𝐮𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐡𝐚𝐬𝐞)

Di fasa pengagihan, pasaran mengalami penjualan besar-besaran (sell off). Walau bagaimanapun, harga kekal stabil untuk satu jangka masa yang agak lama. Ini disebabkan agihan pembeli dan penjual yang sama rata di pasaran. 

Sentimen kenaikan harga pada peringkat markup mulai pudar, dan tiada paras tertinggi baharu muncul. Pelabur yang belum memasuki pasaran sudah ketinggalan dan terlepas peluang. Ini adalah masa yang sesuai untuk pelabur menjual aset mereka kerana harga telah memuncak.



𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐫𝐤-𝐃𝐨𝐰𝐧

Ini adalah fasa yang terakhir dalam kitaran pasaran. Dalam fasa ini, pelabur besar mula menjual pelaburan mereka untuk mengunci keuntungan. 

Para peserta yang selebihnya mengikut mereka dari belakang. Apabila harga jatuh di dalam downtrend, sentimen pasaran menjadi lebih bearish. 

Pelabur yang memasuki pasaran ketika harga sudah berada di kemuncaknya akan mengekalkan pelaburan mereka dengan harapan harga akan meningkat. Malangnya, harga terus jatuh. 

Ini adalah petunjuk kepada pelabur yang mampu mengesahkan berakhirnya downtrend untuk membuat pembelian baharu. Apabila itu berlaku, fasa pengumpulan bermula dan kitaran pasaran yang baharu pun terbentuk.



𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬-𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧

Terdapat pelbagai jenis kitaran pasaran. Mari kita pertimbangkan beberapa jenis yang utama: universal (kitaran pasaran Wyckoff), pasaran Wall Street, pasaran forex dan kitaran pasaran perumahan.


𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐲𝐜𝐤𝐨𝐟𝐟

Kitaran pasaran Wyckoff adalah berdasarkan pemerhatian harga, detik-detik penting perkembangan trend, dan tempoh pengumpulan dan pengagihan. Walaupun kaedah Wyckoff pada asalnya hanya tertumpu pada saham, ia kini digunakan untuk semua jenis pasaran kewangan.



Kitaran pasaran Wyckoff terdiri daripada empat fasa utama: pengumpulan, mark-up, pengagihan dan mark-down.

1. Fasa pengumpulan menentukan julat perdagangan. Golongan yang dipanggil penggerak pasaran mengumpul aset sebelum kebanyakan pelabur lain melakukannya. Fasa ini biasanya boleh dikenal pasti dengan pergerakan yang rata. Pengumpulan berlaku secara beransur-ansur untuk mengelakkan perubahan harga yang ketara.

2. Di fasa mark-up, pasaran mula berkembang ke atas. Trend terbentuk, secara beransur-ansur menarik lebih ramai pelabur baru, yang seterusnya membawa kepada peningkatan permintaan. 

Apabila pasaran bergerak ke atas, para pelabur lain digalakkan untuk memasuki pasaran dan membeli aset. 

Akibatnya, keterujaan tersebut mempengaruhi lebih ramai orang untuk mengambil bahagian. Dalam tempoh sedemikian, permintaan jauh lebih tinggi daripada penawaran.

3. Kemudian datang fasa pengagihan aset-aset yang dibeli. Penjual menjual posisi mereka yang menguntungkan kepada mereka yang memasuki pasaran di peringkat akhir. Sebagai peraturan, fasa pengagihan boleh dikenali dengan pergerakan yang rata, yang menyerap permintaan sehingga ia habis.

4. Fasa terakhir pergerakan harga kaedah Wyckoff ialah fasa mark-down. Pada peringkat ini, bekalan mendominasi dan harga turun hampir tanpa henti. Dalam erti kata lain, selepas sebahagian besar saham dijual, pasaran mula bergerak ke bawah. Akhirnya, penawaran menjadi lebih besar daripada permintaan, dan downtrend pun mulai terbentuk.

𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐫𝐞𝐱

Terdapat banyak jenis kitaran forex, dan jenis serta cirinya tidak terhad kepada mana-mana satu parameter atau rangka masa. Mari kita lihat salah satu kitaran forex tightening dan easing yang paling lazim yang mempunyai empat fasa: pengembangan (expansion), kemuncak (peak), kemelesetan (recession) (atau penguncupan) dan palung (trough).

Peringkat pertama kitaran ialah pengembangan. Semasa fasa ini, pasaran pulih daripada paras-paras terendah sebelum ini. Minat peserta pasaran terhadap aset berkenaan meningkat. 

Dan mereka mula bertindak: mereka membeli mengikut uptrend atau menjual mengikut downtrend. Lebih aktif peserta bertindak, lebih cepat trend itu berkembang.

Seterusnya ialah fasa kemuncak. Indikator ekonomi seperti volume pengeluaran dan jualan, pekerjaan, dsb. berada pada tahap tertinggi dan tidak lagi berkembang. 

Pada peringkat ini, trend telah hilang momentum dan pertumbuhan atau penurunan pesatnya mula berhenti.

Kemudian datang kemelesetan. Saham sudah jatuh, dan komoditi juga mula merosot, menjangkakan permintaan menurun apabila ekonomi melemah. Pada peringkat ini, pelabur menutup urusniaga mereka.

Peringkat akhir kitaran trend ini adalah palung. Cirik unik peringkat ini adalah pasaran yang relatif tenang dan perubahan harga yang tidak begitu ketara. 

Dalam tempoh ini, pasaran mengumpul kekuatannya dan mengukuh selepas kemelesetan. Keadaan ekonomi sudah berhenti merosot, tetapi ekonomi belum lagi memasuki fasa pengembangan.

𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐥𝐥 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐞𝐭

Kitaran pasaran Wall Street adalah serupa dengan kitaran Wyckoff. Ia juga berdasarkan fasa pengumpulan, mark-up, fasa pengagihan dan mark-down. Terdapat empat peringkat emosi kitaran pasaran Wall Street pada carta: halimunan (stealth), berjaga-jaga (awareness), gila (mania), dan meledak (blow-off).

Fasa pertama serupa dengan fasa pengumpulan dalam kitaran Wyckoff dan dipanggil fasa halimunan (stealth). Pada peringkat ini harga meningkat secara perlahan-lahan dan pembuat wang mengenal pasti peluang pembelian yang terbaik.

Fasa kedua ialah kesedaran (berjaga-jaga). Harga mula naik semula, tetapi pelabur belum bersedia untuk melepaskan kesiagaan mereka. Jika mereka memutuskan untuk memasuki pasaran semula, mereka berhati-hati.

Di bahagian atas kitaran pasaran adalah gila (mania), titik di mana risiko kewangan di tahap maksimum. Inilah masanya di mana para pelabur berfikir bahawa tiada perkara buruk yang boleh berlaku. 

Oleh itu, kitaran yang mampan terbentuk: semakin ramai pelabur memasuki pasaran dengan harapan untuk membuat keuntungan yang luar biasa, membawa kepada kenaikan harga selanjutnya, dan permodalan mencapai tahap yang memeningkan kepala.

Kemudian gelembung pecah dan pasaran memasuki fasa meledak (blow-off). Memandangkan trend bullish digantikan dengan yang bearish, pelabur kehilangan harapan dan mula panik. 

Mereka tidak lagi yakin dengan tindakan mereka dan cuba meminimumkan kerugian mereka. Sebahagian daripada mereka akhirnya hilang semangat dan tidak lagi percaya bahawa pasaran akan pulih.

𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧

Pasaran hartanah bersifat kitaran terutamanya kerana bekalan sering gagal untuk bersaing dengan permintaan yang berubah dengan pantas. Kitaran ini terdiri daripada empat fasa utama: pemulihan (recovery), pengembangan (expansion), bekalan hiper (hyper supply), dan kemelesetan (recession).

Pemulihan adalah fasa di mana pasaran mula pulih selepas kemelesetan. Bilangan urus niaga secara beransur-ansur berkembang dan bahagian harta tanah yang tidak dituntut berkurangan: permintaan mula menyerap lebihan ruang yang dicipta semasa fasa pengembangan.

Pengembangan didorong oleh pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kuasa beli penduduk. Kitaran pasaran memasuki fasa ini apabila tahap hartanah tidak dituntut jatuh ke tahap yang minimum dan, sebaliknya, minat pembeli meningkat. Pada ketika ini, pelabur mula melabur secara aktif dalam pembinaan kemudahan baru untuk memenuhi permintaan yang meningkat.

Pada satu ketika, pelabur berhenti memberi perhatian kepada kos tanah yang melambung atau pada projek itu sendiri, mempercayai bahawa kenaikan harga dan kadar sewa yang selanjutnya akan membayar balik kos mereka. 

Namun pada saat itulah harga hartanah di pasaran mula dengan ketara melebihi kuasa beli sebenar penduduk dan perniagaan, dan bilangan urus niaga mula menurun. 

Pada masa yang sama, pembinaan projek yang telah dimulakan semasa tempoh pengembangan tidak boleh dihentikan semalaman, dan pasaran menjadi terlalu tepu, yang boleh menyebabkan pembentukan gelembung.

Kemelesetan termanifestasi dengan penurunan harga dan kadar sewa, yang bukan sahaja dipengaruhi oleh permintaan yang berkurangan, tetapi juga oleh peningkatan bilangan hartanah yang tidak dituntut. 

Semasa kemelesetan, pelabur membekukan projek baharu dan kadar pembinaan baru jatuh.

 

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧

Memahami kitaran pasaran yang berulang-ulang adalah kemahiran yang diperlukan untuk setiap trader. 

Pakar analisis kitaran percaya bahawa hanya dengan bantuan kitaran adalah mungkin untuk melihat terlebih dahulu ke mana arah yang akan ditujui oleh pasaran. 

Sama ada ia benar atau tidak, ada satu perkara yang pasti, kita boleh tingkatkan kecekapan ramalan pasaran dengan bantuan analisis kitaran.

 

{Sumber maklumat adalah daripada broker FBS}


Formula Kejayaan M+T+T=K


Hari ni saya nak kongsikan satu formula untuk anda lebih berjaya pada tahun 2022 dalam apa jua bidang yang anda ceburi. 

Formulanya ialah: M + T + T = K

M: Mewakili mindset. 

Anda perlu memiliki mindset seperti mana orang yang berjaya barulah anda akan berjaya. 

Percaya atau tidak, mindset orang biasa adalah lain dengan mindset seorang jutawan. 

Untuk memiliki mindset sebagai orang yang berjaya, anda perlu banyak membaca buku berkaitan orang yang berjaya. 

T: Mewakili tindakan. 

Mindset yang bagus sahaja tidak akan menjamin kejayaan anda tanpa disusuli dengan tindakan yang konsisten. Anda juga perlu bertindak menuju cita-cita dan matlamat yang telah anda tetapkan. 

Bertepatanlah dengan satu kata-kata Inggeris yang berbunyi: . "Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do." . 

T: T yang kedua pula mewakili tawakal. 

Bagi yang beragama Islam pula, untuk berjaya kita juga perlu bertawakal setelah berusaha bersungguh-sungguh kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. 

K: Mewakili kejayaan. 

Hasil bagi formula M + T + T adalah kejayaan yang bakal anda kecapi.


Sunday, November 6, 2022

Jom Cakna Tentang Unit Trust

 

Pernah dengar tentang Unit trust, kan?

Mesti ada di kalangan rakan-rakan kita yang pernah tanya dan berceritakan tentang UT. Boleh blur juga kalau kita nak fahamkan apa yang mereka bualkan. 

Apa kata anda baca ini dan supaya anda belajar benda baru yang bermanfaat untuk anda. Jadi takdelah nanti bila kawan ajak bersembang dan bertanya kan tentang Unit trust tetapi anda masih blur.

Okay jom mula.

Unit Trust adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengutip duit orang ramai (bukan derma) supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut bagi pihak orang ramai menerusi ikatan amanah.

Konsep mudah faham:

Kita minta orang lain urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.

1. Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham.

Konsepnya sama seperti ASB (ASB juga adalah sejenis dana unit trust). Bezanya keuntungan ASB dalam bentuk dividen + bonus sedangkan keuntungan Unit Trust melalui dividen + kenaikan harga unit dana.

2. Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.

UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Sehingga 31 Oktober 2022, terdapat 51 Syarikat Pengurusan Unit Trust yang berdaftar dengan FIMM. Antaranya adalah Public Mutual, PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, CIMB Principal dan banyak lagi.

3. Fund / Dana = Tabung

Setakat 30 September 2022, terdapat 750 dana yang diluluskan di Malaysia dan 199 daripadanya adalah berasaskan patuh syariah (Islamic Fund).  Sumber : Suruhanjaya Sekuriti


FAQ

Apa maksudnya melabur Unit Trust tanpa guna duit poket?

Maksudnya, selain tunai, pelabur juga boleh menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP. Namun ia hanya tertakluk kepada dana yang diluluskan oleh KWSP sahaja. 

Namun melabur guna KWSP ni prosedur dia agak ketat dan ada jadual pengiraan yang tertentu. Hanya boleh dikeluarkan sekali setiap 3 bulan. Maknanya setahun 4 kali kena isi borang.


Di mana Unit Trust tu laburkan duit kita?

Contoh : Apabila kita kita beli unit trust yang berasaskan ekuiti, sebenarnya kita melabur dalam pasaran saham (Bursa Malaysia atau pasaran saham dunia). Cuma yang tolong jual beli saham tu adalah fund manager yang dilantik.


Berapa minimum untuk mula melabur dalam Unit Trust?

Nilai minimum untuk pelaburan adalah berbeza-beza mengikut mengikut syarikat atau dana. Selalunya sekitar RM100 – RM1,000.


Berapa purata pulangan Unit Trust ni?

Secara keseluruhannya, daripada laporan BANK NEGARA (2002 – 2012) purata pulangan:

Akaun simpanan bank biasa : 1.3%

Simpanan Tetap (FD) : 3.47%

Unit Trust : 9.78% (Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia)


Mahal tak kos pengurusan Unit Trust ni?

Disebabkan kita menggunakan khidmat pengurus dana untuk melaburkan duit kita, terdapat fees yang dikenakan

  • Sales charge : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian
  • Management fee : dikenakan setahun sekali
  • Trustee fee : dikenakan setahun sekali
  • Switching fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
  • Redemption fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.


Sekarang, dah boleh faham dengan ilmu asas Unit Trust? 

Cuma anda perlu cuba untuk tahu lebih lagi, kadang-kala teori sahaja tak membantu, tindakan dan pengalaman sendiri akan lebih membantu. 

Ibarat kata pepatah : Tak kenal maka tak cinta.

Ahmad Hanizam adalah Unit Trust Consultant yang mewakili syarikat pengurusan unit amanah terbesar di Malaysia dan beliau berminat untuk berkongsi tips bagaimana cara yang terbaik untuk mencapai kebebasan kewangan dan menjalani kehidupan harian dengan tenang. 


Sekiranya perlukan sebarang maklumat lanjut, boleh klik di sini.


Friday, November 4, 2022

Jenis-jenis Bon

 


Asas Bon: Jenis-jenis Bon 

Bon Kerajaan 

Pada umumnya, sekuriti pendapatan tetap diklasifikasikan berdasarkan tempoh masa sebelum kematangannya. Berikut adalah tiga kategori utama: 

Bil – sekuriti hutang yang matang kurang daripada satu tahun. 

Nota – sekuriti hutang yang matang dalam setahun hingga 10 tahun. 

Bon – sekuriti hutang yang matang lebih daripada 10 tahun. 

Contohnya sekuriti boleh niaga daripada kerajaan U.S. – dikenali sebagai Treasuries – mengingati garis panduan ini dan ditawarkan sebagai Treasury Bonds, Treasury Notes dan Treasury Bills (T-Bills). 

Secara teknikalnya, T-bills bukanlah dianggap bon kerana tempoh matangnya yang singkat. 

Kesemua hutang yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kita dianggap sebagai sangat selamat, sebagai mana juga oleh pihak kerajaan di mana-mana negara stabil yang lain. 

Hutang daripada banyak negara yang sedang membangun, bagaimanapun mempunyai risiko yang tertentu. Seperti syarikat, negara juga boleh gagal membuat bayaran. 

Bon Korporat 

Sebuah syarikat boleh menawarkan bon seperti juga ia boleh menawarkan saham. Syarikat besar mempunyai banyak fleksibiliti untuk berapa banyak hutang yang mereka boleh tawarkan. 

Hadnya ialah berapa sahaja yang pasaran sanggup tanggung. 

Umumnya, bon korporat jangka pendek kurang daripada 5 tahun, sederhana ialah 5 ke 12 tahun dan jangka panjang ialah lebih daripada 12 tahun. 

Bon korporat dikenali dengan pulangan yang lebih tinggi kerana terdapat risiko yang lebih tinggi sesebuah syarikat gagal membuat bayaran berbanding sebuah kerajaan. 

Di sebaliknya ialah ia juga boleh menjadi pelaburan pendapatan tetap paling menguntungkan kerana risiko yang sanggup diambil oleh para pelabur. 


Kualiti kredit syarikat amat penting : 

Lebih tinggi kualiti, lebih rendah kadar faedah yang pelabur akan terima. 


Jenis-jenis lain variasi bon syarikat termasuk bon boleh ditukar, di mana pemegang boleh menukarnya kepada saham, dan bon boleh panggil, di mana membenarkan syarikat menebusnya sebelum tempoh matang. 

Bon Zero-Coupon 

Ini merupakan jenis bon yang menjadikan tiada bayaran kupon tetapi sebaliknya ditawarkan pada harga diskaun daripada nilai par. 

Contohnya, katalah satu bon zero-coupon dengan nilai par RM1,000 dan tempoh kematangan 10 tahun diniagakan pada RM600 : 

Anda akan membayar RM600 hari ini untuk bon yang akan bernilai RM1,000 dalam masa 10 tahun.

Karakteristik Bon



Bon mempunyai beberapa karakteristik di mana anda patut perhatikan.

Kesemua faktor ini memainkan peranan di dalam menentukan nilai sesuatu bon dan dalam memperimbangkannya sebagai instrument pelaburan portfolio anda. 

Nilai Muka / Nilai Par Nilai muka (juga dikenali sebagai nilai par atau principal) adalah jumlah wang para pemegang akan mendapat semula setelah ia matang. 

Satu bon yang baru ditawarkan biasanya dijual pada nilai par. 

Bon korporat biasanya mempunyai nilai par RM1,000, tetapi jumlah ini boleh menjadi lebih besar bagi bon kerajaan. Apa yang mengelirukan ramai orang ialah nilai par bukanlah harga bon. 

Harga bon berubah-ubah sepanjang tempoh bergantung kepada beberapa sebab (maklumat lanjut selepas ini). 

Apabila bon diniagakan pada harga lebih tinggi daripada nilai muka ia dikatakan dijual di bawah nilai muka, ia dipanggil dijual pada harga diskaun. 

Kupon (Kadar Faedah) Kupon ialah jumlah pemegang bon akan terima sebagai bayaran faedah. 

Ia dipanggil ‘kupon’ kerana kadang-kadang memang terdapat kupon fizikal di atas bon yang mana anda perlu koyak dan tuntutnya untuk bayaran faedah. 

Bagaimanapun, ia lebih banyak diamalkan pada masa lepas. Pada masa sekarang, rekod lebih kepada disimpan secara elektronik. 

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kebanyakan bon membayar faedah setiap enam bulan, tetapi tidak mustahil untuk mereka membayar setiap bulan, suku tahun dan tahunan. 

Kupon dinyatakan dalam bentuk peratusan daripada nilai par. Jika bon membayar kupon 10% dan nilai par ialah RM1,000, maka ia akan bayar RM100 untuk faedah setahun. 

Kadar yang kekal sebagai kadar faedah tetap daripada nilai par seperti ini dipanggil bon kadar tetap. 

Satu lagi kemungkinan ialah satu bayaran faedah boleh ubah,dikenali sebagaibon kadarfaedah diikat dengan kadar pasaran melalui indeks seperti kadar ke atas Bil Perbendaharaan. 

Anda mungkin fikir fakir para pelabur akan membayar lebih untuk kupon tinggi berbanding kupon yang rendah. 

Semua perkara dianggap sama, kupon lebih rendah bermakna harga bon akan lebih kerap berubah-ubah. 


Kematangan 

Tarikh kematangan ialah tarikh masa depan di mana principal pelabur akan membayar dibayar balik. 

Kematangan boleh berbeza daripada serendah satu hari hingga sepanjang sehingga 30 tahun (malahan ada yang sehingga 100 tahun pernah ditawarkan). 

Satu bon yang matang di dalam satu tahun adalah lebih mudah diramalkan dan dengan itu kurang berisiko berbanding satu bon yang matang dalam tempoh 20 tahun. 

Oleh itu, secara umum, lebih panjang tempoh kematangan, lebih tinggi kadar faedah. 

Juga, semua punca dianggap sama, lebih panjang tempoh bon akan berubah-ubah berbanding bon yang pendek tempohnya. 


Pihak Penawar (Issuer) 

Pihak penawar bon ialah faktor penting untuk mempertimbangkan, ini kerana kestabilan pihak penawar merupakan jaminan utama anda untuk mendapat bayaran balik wang anda. 

Sebagai contoh, kerajaan Malaysia jauh lebih terjamin berbanding sebarang syarikat yang ada. 

Risiko ‘default’ (peluang yang hutang tidak boleh dibayar) adalah amat kecil-sangat rendah yang mana sekuriti kerajaan dikenali sebagai asset bebas risiko. 

Sebabnya ialah pihak kerajaan akan sentiasa berupaya membawa masuk pendapatan pada masa hadapan melalui percukaian. 

Sebuah syarikat, sebaliknya, perlu sentiasa mendapatkan keuntungan di mana jauh daripada sebarang jaminan. 

Risiko tambahan ini bermakna bon korporat mestilah menawarkan kadar pulangan yang lebih tinggi untuk menarik pelabur – ini merupakan risiko / pulangan dalam tindakan. 

Asas Bon



Pernahkah anda meminjam wang? 

Sudah tentu anda pernah samada kita meminta ibu bapa untuk beberapa ringgit membeli gula-gula semasa kecil atau memohon pinjaman perumahan daripada pihak bank, kebanyakan kita pernah meminjam di dalam kehidupan mereka. 

Seperti mana orang memerlukan wang, begitu juga syarikat dan kerajaan. 

Syarikat memerlukan dana untuk berkembang dan memasuki pasaran baru, manakala kerajaan memerlukan wang untuk apa sahaja keperluan dari infrastruktur hingga program sosial. 

Masalah bagi organisasi besar alami ialah mereka biasanya memerlukan lebih banyak wang daripada yang pihak bank boleh sediakan.

Penyelesaiannya ialah dengan meningkatkan wang dengan menawarkan bon (atau instrument-instrumen hutang lain) kepada pasaran awam.

Beribu pelabur kemudian setiap darinya menyumbang sebahagian daripada modal yang diperlukan. 


Benar, bon ialah tiada lain merupakan satu pinjaman di mana setiap daripada anda adalah pemberi pinjaman. 


Organisasi yang menjual bon dipanggil ‘issuer’ (pihak penawar) kepada pemberi pinjaman (pelabur). Sudah tentu, tiada siapa mahu memberi pinjam wang mereka tanpa mendapat apa-apa. 

Pihak penawar atau ‘issuer’ bon mesti membayar para pelabur sesuatu yang ekstra ke atas kemudahan menggunakan wang mereka. 

‘Ekstra’ ini datangnya dalam bentuk bayaran faedah, di mana ia dibuat pada kadar yang telah ditentukan terlebih dahulu dan berjadual. 

Kadar faedah selalunya dirujuk sebagai kupon. Tarikh di mana pihak penawar perlu membayar balik jumlah yang dipinjamkan (dikenali sebagai nilai muka) dipanggil tarikh matang. 

Bon dikenali sebagai sekuriti pendapatan tetap kerana anda tahu jumlah tepat wang yang akan anda dapat semula jika anda pegang sekuriti berkenaan sehingga matang. 

Sebagai contoh, katalah anda membeli satu bon dengan nilai muka RM1,000, kupon 8% dan tempoh matang 10 tahun. 

Ini bermakna anda akan menerima sejumlah RM80 (RM1,000*8%) faedah setahun untuk sepuluh tahun berikutnya. 

Sebenarnya, kerana kebanyakan bon membayar faedah setiap 2 kali setahun, anda akan menerima dua bayaran berjumlah RM40 setahun untuk 10 tahun. 

Apabila bon telah matang selepas satu dekad, anda akan mendapat wang RM1,000 anda balik.

Ahmad Hanizam adalah Unit Trust Consultant yang mewakili syarikat pengurusan unit amanah terbesar di Malaysia dan beliau berminat untuk berkongsi tips bagaimana cara yang terbaik untuk mencapai kebebasan kewangan dan menjalani kehidupan harian dengan tenang. 

Sekiranya perlukan sebarang maklumat lanjut, boleh klik di sini.