Sunday, November 6, 2022

Jom Cakna Tentang Unit Trust

 

Pernah dengar tentang Unit trust, kan?

Mesti ada di kalangan rakan-rakan kita yang pernah tanya dan berceritakan tentang UT. Boleh blur juga kalau kita nak fahamkan apa yang mereka bualkan. 

Apa kata anda baca ini dan supaya anda belajar benda baru yang bermanfaat untuk anda. Jadi takdelah nanti bila kawan ajak bersembang dan bertanya kan tentang Unit trust tetapi anda masih blur.

Okay jom mula.

Unit Trust adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengutip duit orang ramai (bukan derma) supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut bagi pihak orang ramai menerusi ikatan amanah.

Konsep mudah faham:

Kita minta orang lain urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.

1. Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham.

Konsepnya sama seperti ASB (ASB juga adalah sejenis dana unit trust). Bezanya keuntungan ASB dalam bentuk dividen + bonus sedangkan keuntungan Unit Trust melalui dividen + kenaikan harga unit dana.

2. Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.

UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Sehingga 31 Oktober 2022, terdapat 51 Syarikat Pengurusan Unit Trust yang berdaftar dengan FIMM. Antaranya adalah Public Mutual, PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, CIMB Principal dan banyak lagi.

3. Fund / Dana = Tabung

Setakat 30 September 2022, terdapat 750 dana yang diluluskan di Malaysia dan 199 daripadanya adalah berasaskan patuh syariah (Islamic Fund).  Sumber : Suruhanjaya Sekuriti


FAQ

Apa maksudnya melabur Unit Trust tanpa guna duit poket?

Maksudnya, selain tunai, pelabur juga boleh menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP. Namun ia hanya tertakluk kepada dana yang diluluskan oleh KWSP sahaja. 

Namun melabur guna KWSP ni prosedur dia agak ketat dan ada jadual pengiraan yang tertentu. Hanya boleh dikeluarkan sekali setiap 3 bulan. Maknanya setahun 4 kali kena isi borang.


Di mana Unit Trust tu laburkan duit kita?

Contoh : Apabila kita kita beli unit trust yang berasaskan ekuiti, sebenarnya kita melabur dalam pasaran saham (Bursa Malaysia atau pasaran saham dunia). Cuma yang tolong jual beli saham tu adalah fund manager yang dilantik.


Berapa minimum untuk mula melabur dalam Unit Trust?

Nilai minimum untuk pelaburan adalah berbeza-beza mengikut mengikut syarikat atau dana. Selalunya sekitar RM100 – RM1,000.


Berapa purata pulangan Unit Trust ni?

Secara keseluruhannya, daripada laporan BANK NEGARA (2002 – 2012) purata pulangan:

Akaun simpanan bank biasa : 1.3%

Simpanan Tetap (FD) : 3.47%

Unit Trust : 9.78% (Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia)


Mahal tak kos pengurusan Unit Trust ni?

Disebabkan kita menggunakan khidmat pengurus dana untuk melaburkan duit kita, terdapat fees yang dikenakan

  • Sales charge : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian
  • Management fee : dikenakan setahun sekali
  • Trustee fee : dikenakan setahun sekali
  • Switching fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
  • Redemption fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.


Sekarang, dah boleh faham dengan ilmu asas Unit Trust? 

Cuma anda perlu cuba untuk tahu lebih lagi, kadang-kala teori sahaja tak membantu, tindakan dan pengalaman sendiri akan lebih membantu. 

Ibarat kata pepatah : Tak kenal maka tak cinta.

Ahmad Hanizam adalah Unit Trust Consultant yang mewakili syarikat pengurusan unit amanah terbesar di Malaysia dan beliau berminat untuk berkongsi tips bagaimana cara yang terbaik untuk mencapai kebebasan kewangan dan menjalani kehidupan harian dengan tenang. 


Sekiranya perlukan sebarang maklumat lanjut, boleh klik di sini.


No comments:

Post a Comment