Friday, November 4, 2022

Jenis-jenis Bon

 


Asas Bon: Jenis-jenis Bon 

Bon Kerajaan 

Pada umumnya, sekuriti pendapatan tetap diklasifikasikan berdasarkan tempoh masa sebelum kematangannya. Berikut adalah tiga kategori utama: 

Bil – sekuriti hutang yang matang kurang daripada satu tahun. 

Nota – sekuriti hutang yang matang dalam setahun hingga 10 tahun. 

Bon – sekuriti hutang yang matang lebih daripada 10 tahun. 

Contohnya sekuriti boleh niaga daripada kerajaan U.S. – dikenali sebagai Treasuries – mengingati garis panduan ini dan ditawarkan sebagai Treasury Bonds, Treasury Notes dan Treasury Bills (T-Bills). 

Secara teknikalnya, T-bills bukanlah dianggap bon kerana tempoh matangnya yang singkat. 

Kesemua hutang yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kita dianggap sebagai sangat selamat, sebagai mana juga oleh pihak kerajaan di mana-mana negara stabil yang lain. 

Hutang daripada banyak negara yang sedang membangun, bagaimanapun mempunyai risiko yang tertentu. Seperti syarikat, negara juga boleh gagal membuat bayaran. 

Bon Korporat 

Sebuah syarikat boleh menawarkan bon seperti juga ia boleh menawarkan saham. Syarikat besar mempunyai banyak fleksibiliti untuk berapa banyak hutang yang mereka boleh tawarkan. 

Hadnya ialah berapa sahaja yang pasaran sanggup tanggung. 

Umumnya, bon korporat jangka pendek kurang daripada 5 tahun, sederhana ialah 5 ke 12 tahun dan jangka panjang ialah lebih daripada 12 tahun. 

Bon korporat dikenali dengan pulangan yang lebih tinggi kerana terdapat risiko yang lebih tinggi sesebuah syarikat gagal membuat bayaran berbanding sebuah kerajaan. 

Di sebaliknya ialah ia juga boleh menjadi pelaburan pendapatan tetap paling menguntungkan kerana risiko yang sanggup diambil oleh para pelabur. 


Kualiti kredit syarikat amat penting : 

Lebih tinggi kualiti, lebih rendah kadar faedah yang pelabur akan terima. 


Jenis-jenis lain variasi bon syarikat termasuk bon boleh ditukar, di mana pemegang boleh menukarnya kepada saham, dan bon boleh panggil, di mana membenarkan syarikat menebusnya sebelum tempoh matang. 

Bon Zero-Coupon 

Ini merupakan jenis bon yang menjadikan tiada bayaran kupon tetapi sebaliknya ditawarkan pada harga diskaun daripada nilai par. 

Contohnya, katalah satu bon zero-coupon dengan nilai par RM1,000 dan tempoh kematangan 10 tahun diniagakan pada RM600 : 

Anda akan membayar RM600 hari ini untuk bon yang akan bernilai RM1,000 dalam masa 10 tahun.

No comments:

Post a Comment