Oleh FY Al Haj 
Remisier Kenanga 
Fair Value adalah harga sepatutnya untuk saham tersebut setelah dikira aset syt ditolak liabiliti, hutang dan sebagainya menggunakan Analisa Financial @ kewangan. 
Katalah harga saham ABC sekarang RM1.00. Harga FV ialah RM1.50 maka saham tersebut adalah undervalue dan punya potensi untuk naik ke harga FV tersebut. 
Dalam hal ini penganalisa akan memberikan saranan Beli! 
atau Harga tawaran IPO ialah 40 sen tapi FV ialah 48 sen maka reseacher akan bagi saranan Subscribe! 
Sebaliknya harga semasa ialah RM1.50 sedangkan harga FV ialah RM1.00 maka ia adalah Overvalue atau terlebih nilai jadi penganalisa akan memberikan saranan Jual! 
Analogi pelaburan ialah untuk membeli kereta Mercedes pada harga Kancil dan bukan sebaliknya. 
Dalam hal ini untuk cek FV portal yang terbaik ialah dengan melayari laman web : https://klse.i3investor.com/m/index.jsp 
Di sini banyak write ups menganalisis FV syarikat menggunakan kaedah FA dipaparkan namun hanya syt yang baik sahaja yang akan diberi saranan beli. 
Selamat menganalisis! 
FY Al Haj 
PS - Jemputlah ke seminar FZTH bersama FY untuk belajar semua sekali... 
PSS - Bukalah akaun CDS dengan FY di Kenanga bagi mendapatkan khidmat nasihat saham yang terbaik!

No comments:
Post a Comment