Dalam pasaran kewangan, tempoh antara kemerosotan dan pertumbuhan silih
berganti. Ia terkait bukan sahaja dengan ekonomi, tetapi juga dengan psikologi
para pelabur.Ramai pelabur cuba menganalisis kitaran pasaran (market cycles) untuk
menjana lebih banyak keuntungan.
Apakah Itu Kitaran Pasaran (Market Cycles)? 
Kitaran pasaran ialah pola atau trend yang cenderung terbentuk dari semasa
ke semasa di pelbagai pasaran. Ia adalah tempoh masa antara dua titik harga
minimum atau maksimum. 
Biasanya, kitaran pasaran baru muncul apabila trend
terbentuk di sektor atau industri tertentu disebabkan oleh sejenis inovasi,
produk baru atau perubahan regulatory.
Tempoh kitaran pasaran boleh berbeza-beza. dari beberapa minit hingga
beberapa tahun, bergantung pada pasaran. Terdapat pelbagai aspek kitaran:
contohnya, trader intraday fokus pada interval 15-60 minit, manakala pelabur
hartanah menganalisis tempoh sehingga 20 tahun.
Memahami Kitaran Pasaran
Kitaran di dalam pasaran wujud terutamanya kerana terdapat kitaran dalam
ekonomi. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebab-sebab lain. Kitaran ekonomi
mempengaruhi bukan sahaja profitability syarikat, tetapi juga psikologi mindset
pelabur.
Mereka jarang berpendirian rasional dan stabil. Dan apabila pasaran
meningkat, pelabur optimis dan bersedia untuk mengambil risiko. Mereka membeli
saham, dan harga naik. 
Walau bagaimanapun, mood tersebut boleh berubah dan
kemudian pelabur mula menjual dan harga sekuriti pun jatuh.
Fasa-fasa Kitaran Pasaran
Terdapat empat fasa dalam setiap kitaran pasaran:
Fasa Pengumpulan (Accumulation Phase)
Ini adalah fasa pertama kitaran pasaran. Pengumpulan bermula selepas
pasaran telah mencapai paras terendah di dalam kitaran sebelumnya. Apabila
permintaan mulai meningkat, harga tidak lagi mampu membentuk paras terendah
baru. Akibatnya, downtrend mula kehilangan momentumnya. Pasaran menjadi
bullish.
𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐫𝐤-𝐔𝐩
Dalam fasa mark-up , pasaran mula mengukuh. Harga mula meningkat dan
pasaran menarik sebilangan besar pembeli yang ingin menyertai uptrend baharu di
peringkat awal pembentukannya. Trend bullish mendorong harga naik ke paras
tertinggi baharu. Pembeli kali pertama mengambil kesempatan daripada harga yang
tinggi untuk menuai keuntungan dari pelaburan mereka yang dibuka sejak dari
awal. Pedagang juga mengambil kesempatan dari uptrend pada masa ini.
 
𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 (𝐃𝐢𝐬𝐭𝐫𝐢𝐛𝐮𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐡𝐚𝐬𝐞)
Di fasa pengagihan, pasaran mengalami penjualan besar-besaran (sell
off). Walau bagaimanapun, harga kekal stabil untuk satu jangka masa yang agak
lama. Ini disebabkan agihan pembeli dan penjual yang sama rata di pasaran. 
Sentimen kenaikan harga pada peringkat markup mulai pudar, dan tiada paras
tertinggi baharu muncul. Pelabur yang belum memasuki pasaran sudah ketinggalan
dan terlepas peluang. Ini adalah masa yang sesuai untuk pelabur menjual aset
mereka kerana harga telah memuncak.
𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐫𝐤-𝐃𝐨𝐰𝐧
Ini adalah fasa yang terakhir dalam kitaran pasaran. Dalam fasa ini,
pelabur besar mula menjual pelaburan mereka untuk mengunci keuntungan. 
Para
peserta yang selebihnya mengikut mereka dari belakang. Apabila harga jatuh di
dalam downtrend, sentimen pasaran menjadi lebih bearish. 
Pelabur yang memasuki
pasaran ketika harga sudah berada di kemuncaknya akan mengekalkan pelaburan
mereka dengan harapan harga akan meningkat. Malangnya, harga terus jatuh. 
Ini
adalah petunjuk kepada pelabur yang mampu mengesahkan berakhirnya downtrend
untuk membuat pembelian baharu. Apabila itu berlaku, fasa pengumpulan bermula
dan kitaran pasaran yang baharu pun terbentuk.
𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬-𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧
Terdapat pelbagai jenis kitaran pasaran. Mari kita pertimbangkan
beberapa jenis yang utama: universal (kitaran pasaran Wyckoff), pasaran Wall
Street, pasaran forex dan kitaran pasaran perumahan.
𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐲𝐜𝐤𝐨𝐟𝐟
Kitaran pasaran Wyckoff adalah berdasarkan pemerhatian harga,
detik-detik penting perkembangan trend, dan tempoh pengumpulan dan pengagihan.
Walaupun kaedah Wyckoff pada asalnya hanya tertumpu pada saham, ia kini
digunakan untuk semua jenis pasaran kewangan.
Kitaran pasaran Wyckoff terdiri daripada empat fasa utama: pengumpulan,
mark-up, pengagihan dan mark-down.
1. Fasa pengumpulan menentukan julat perdagangan. Golongan yang
dipanggil penggerak pasaran mengumpul aset sebelum kebanyakan pelabur lain
melakukannya. Fasa ini biasanya boleh dikenal pasti dengan pergerakan yang
rata. Pengumpulan berlaku secara beransur-ansur untuk mengelakkan perubahan
harga yang ketara.
2. Di fasa mark-up, pasaran mula berkembang ke atas. Trend terbentuk,
secara beransur-ansur menarik lebih ramai pelabur baru, yang seterusnya membawa
kepada peningkatan permintaan. 
Apabila pasaran bergerak ke atas, para pelabur
lain digalakkan untuk memasuki pasaran dan membeli aset. 
Akibatnya, keterujaan
tersebut mempengaruhi lebih ramai orang untuk mengambil bahagian. Dalam tempoh
sedemikian, permintaan jauh lebih tinggi daripada penawaran.
3. Kemudian datang fasa pengagihan aset-aset yang dibeli. Penjual
menjual posisi mereka yang menguntungkan kepada mereka yang memasuki pasaran di
peringkat akhir. Sebagai peraturan, fasa pengagihan boleh dikenali dengan
pergerakan yang rata, yang menyerap permintaan sehingga ia habis.
4. Fasa terakhir pergerakan harga kaedah Wyckoff ialah fasa mark-down.
Pada peringkat ini, bekalan mendominasi dan harga turun hampir tanpa henti.
Dalam erti kata lain, selepas sebahagian besar saham dijual, pasaran mula
bergerak ke bawah. Akhirnya, penawaran menjadi lebih besar daripada permintaan,
dan downtrend pun mulai terbentuk.
𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐫𝐞𝐱
Terdapat banyak jenis kitaran forex, dan jenis serta cirinya tidak
terhad kepada mana-mana satu parameter atau rangka masa. Mari kita lihat salah
satu kitaran forex tightening dan easing yang paling lazim yang mempunyai empat
fasa: pengembangan (expansion), kemuncak (peak), kemelesetan (recession) (atau
penguncupan) dan palung (trough).
Peringkat pertama kitaran ialah pengembangan. Semasa fasa ini, pasaran
pulih daripada paras-paras terendah sebelum ini. Minat peserta pasaran terhadap
aset berkenaan meningkat. 
Dan mereka mula bertindak: mereka membeli mengikut
uptrend atau menjual mengikut downtrend. Lebih aktif peserta bertindak, lebih
cepat trend itu berkembang.
Seterusnya ialah fasa kemuncak. Indikator ekonomi seperti volume
pengeluaran dan jualan, pekerjaan, dsb. berada pada tahap tertinggi dan tidak
lagi berkembang. 
Pada peringkat ini, trend telah hilang momentum dan
pertumbuhan atau penurunan pesatnya mula berhenti.
Kemudian datang kemelesetan. Saham sudah jatuh, dan komoditi juga mula
merosot, menjangkakan permintaan menurun apabila ekonomi melemah. Pada
peringkat ini, pelabur menutup urusniaga mereka.
Peringkat akhir kitaran trend ini adalah palung. Cirik unik peringkat
ini adalah pasaran yang relatif tenang dan perubahan harga yang tidak begitu
ketara. 
Dalam tempoh ini, pasaran mengumpul kekuatannya dan mengukuh selepas
kemelesetan. Keadaan ekonomi sudah berhenti merosot, tetapi ekonomi belum lagi
memasuki fasa pengembangan.
𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐥𝐥 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐞𝐭
Kitaran pasaran Wall Street adalah serupa dengan kitaran Wyckoff. Ia
juga berdasarkan fasa pengumpulan, mark-up, fasa pengagihan dan mark-down.
Terdapat empat peringkat emosi kitaran pasaran Wall Street pada carta:
halimunan (stealth), berjaga-jaga (awareness), gila (mania), dan meledak
(blow-off).
Fasa pertama serupa dengan fasa pengumpulan dalam kitaran Wyckoff dan
dipanggil fasa halimunan (stealth). Pada peringkat ini harga meningkat secara
perlahan-lahan dan pembuat wang mengenal pasti peluang pembelian yang terbaik.
Fasa kedua ialah kesedaran (berjaga-jaga). Harga mula naik semula,
tetapi pelabur belum bersedia untuk melepaskan kesiagaan mereka. Jika mereka
memutuskan untuk memasuki pasaran semula, mereka berhati-hati.
Di bahagian atas kitaran pasaran adalah gila (mania), titik di mana
risiko kewangan di tahap maksimum. Inilah masanya di mana para pelabur berfikir
bahawa tiada perkara buruk yang boleh berlaku. 
Oleh itu, kitaran yang mampan
terbentuk: semakin ramai pelabur memasuki pasaran dengan harapan untuk membuat
keuntungan yang luar biasa, membawa kepada kenaikan harga selanjutnya, dan
permodalan mencapai tahap yang memeningkan kepala.
Kemudian gelembung pecah dan pasaran memasuki fasa meledak (blow-off).
Memandangkan trend bullish digantikan dengan yang bearish, pelabur kehilangan
harapan dan mula panik. 
Mereka tidak lagi yakin dengan tindakan mereka dan cuba
meminimumkan kerugian mereka. Sebahagian daripada mereka akhirnya hilang
semangat dan tidak lagi percaya bahawa pasaran akan pulih.
𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧
Pasaran hartanah bersifat kitaran terutamanya kerana bekalan sering
gagal untuk bersaing dengan permintaan yang berubah dengan pantas. Kitaran ini
terdiri daripada empat fasa utama: pemulihan (recovery), pengembangan
(expansion), bekalan hiper (hyper supply), dan kemelesetan (recession).
Pemulihan adalah fasa di mana pasaran mula pulih selepas kemelesetan.
Bilangan urus niaga secara beransur-ansur berkembang dan bahagian harta tanah yang
tidak dituntut berkurangan: permintaan mula menyerap lebihan ruang yang dicipta
semasa fasa pengembangan.
Pengembangan didorong oleh pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kuasa
beli penduduk. Kitaran pasaran memasuki fasa ini apabila tahap hartanah tidak
dituntut jatuh ke tahap yang minimum dan, sebaliknya, minat pembeli meningkat.
Pada ketika ini, pelabur mula melabur secara aktif dalam pembinaan kemudahan
baru untuk memenuhi permintaan yang meningkat.
Pada satu ketika, pelabur berhenti memberi perhatian kepada kos tanah
yang melambung atau pada projek itu sendiri, mempercayai bahawa kenaikan harga
dan kadar sewa yang selanjutnya akan membayar balik kos mereka. 
Namun pada saat
itulah harga hartanah di pasaran mula dengan ketara melebihi kuasa beli sebenar
penduduk dan perniagaan, dan bilangan urus niaga mula menurun. 
Pada masa yang
sama, pembinaan projek yang telah dimulakan semasa tempoh pengembangan tidak
boleh dihentikan semalaman, dan pasaran menjadi terlalu tepu, yang boleh
menyebabkan pembentukan gelembung.
Kemelesetan termanifestasi dengan penurunan harga dan kadar sewa, yang
bukan sahaja dipengaruhi oleh permintaan yang berkurangan, tetapi juga oleh
peningkatan bilangan hartanah yang tidak dituntut. 
Semasa kemelesetan, pelabur
membekukan projek baharu dan kadar pembinaan baru jatuh.
 
𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧
Memahami kitaran pasaran yang berulang-ulang adalah kemahiran yang
diperlukan untuk setiap trader. 
Pakar analisis kitaran percaya bahawa hanya
dengan bantuan kitaran adalah mungkin untuk melihat terlebih dahulu ke mana
arah yang akan ditujui oleh pasaran. 
Sama ada ia benar atau tidak, ada satu
perkara yang pasti, kita boleh tingkatkan kecekapan ramalan pasaran dengan
bantuan analisis kitaran.
 
{Sumber maklumat adalah daripada broker FBS}