Langkah
Pertama 
Sebelum
anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda iaitu matlamat dan objektif
kewangan anda. Matlamat kewangan anda mungkin untuk : 
- Membeli kereta
 - Membeli rumah
 - Menghantar anak-anak anda untuk pengajian tinggi
 - Pergi bercuti
 - Merancang persaraan yang selesa untuk masa hadapan
 
Objektif pelaburan anda adalah sama ada untuk:
- Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi amaun pokok yang dilaburkan
 - Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda
 - Meningkatkan nilai asset bersih anda
 - Gabungan mana-mana daripada yang di atas
 
....
Anda
boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangka
masa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai. 
Selain itu, adalah penting bagi rancangan pelaburan anda bersesuaian dengan objektif perancangan kewangan keseluruhan anda bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk mencapai matlamat anda.
Langkah Dua
Tahu
isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur.
Memandangkan
pelaburan ialah komitmen jangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan
dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. 
Antara
isu utama yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut: 
- Berapa banyakkah wang yang anda punyai untuk komitmen jangka sederhana dan panjang?
 - Adakah anda benar-benar memahami produk yang anda hendak laburkan?
 - Adakah pelaburan yang dirancang bersesuaian dengan portfolio keseluruhan anda?
 - Sudahkah anda membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama?
 - Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah annda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung? (iaitu berapa banyakkah perubahan harga/nilai pelaburan yang anda boleh tanggung)
 - Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda? (iaitu berapa banyakkah pulangan yang akan memuaskan anda)
 - Berapa lamakah tempoh pelaburan anda? (sebagai contoh, 5 tahun, 1 tahun, dsbnya)
 - Adakah anda mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak?
 - Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah?
 - Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda.
 
Langkan
3 
Tahu
strategi dan konsep melabur:
--> Pempelbagaian
Strategi
yang sudah terbukti berjaya dalam pelaburan ialah pempelbagaian – iaitu
mempelbagaikan pelaburan anda. Pempelbagaian merupakan cara yang berkesan untuk
meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatility dalam sesuatu kelas
asset atau industry. 
Jenis
pleaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan
pempelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbani oleh
perolehan pelaburan lain. 
--> Nilai Masa Wang 
Masa
ialah asset yang terbesar bagi sesiapa yang hendak melabur. Lebih awal anda
melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda. Ini disebakan oleh prinsip
faedah kompaun di mana anda memperolehi faedah atas pelaburan asal anda dan
atas faedah yang telah anda perolehi daripada pelaburan anda. 
Walaupun
dengan perbezaan satu mata peratusan, kesan dalam jangka panjang boleh menjadi
ketara. 
--> Impak
Inflasi dan Cukai 
Perancangan
yang baik serta memastikan kadar pulangan purata yang minimum bagi pelaburan
dalam jangka panjang juga penting kerana wang yang anda punyai pada hari ini
berkemungkinan tidak lagi mempunyai nilai yang akan membolehkan anda membeli
jumlah barangan yang sama pada masaa hadapan. 
Ini
disebabkan inflasi menyusutkan nilai wang. Walaupun anda memperolehi pulangan
daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan
oleh kesan inflasi. 
Matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang anda melebihi kadar inflasi. Cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan anda mendapat pengecualian cukai.
Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang.

No comments:
Post a Comment